Perketatkan etika pemakaian !

by - Khamis, Julai 17, 2014

 

Kalau orang tu pengemis , fakir miskin .. ok lagi la.. Tapi kalau dia punya gaya serupa memiliki kereta Peugeot yang baru dibeli semalam .. tu melampau laaa !!

Maksud aku ialah pemakaiannya ketika berada di hospital ! Tak kira la samada datang melawat , mendapatkan rawatan ( melainkan kebetulan dia sakit ) , pemakaian perlu sama sekali diambil berat !

Semalam di HKL.. Teman ayah aku buat rawatan lanjutan kansernya..
Skg di bhgn menunggu. Terpandang seorang perempuan berkaca mata hitam berjalan ke arah aku dan berhenti lalu duduk disebelah seorang lelaki yg nampaknya mcm sebangsa aku .

Yg menarik perhatian aku ialah perempuan tu.. Berbaju jarang cerah hingga menampakkan baju dlm warna pinknya.

Maaflah.. aku bukan nak mengajak mengumpat tapi sebaliknya meminta kita sama sama bersepakat meminta kerajaan menguatkuasakan etika pemakaian di  tempat awam seperti hospital , jabatan kerajaan.. Kalau mereka berpakaian yang boleh dikategorikan sebagai ‘melampau’ , jangan benarkan mereka masuk ke premis mereka atau sediakan jubah untuk mereka seperti mana nak masuk masjid Putrajaya.. Heeee..

Bukan apa.. Bila berurusan dengan perempuan yang berpakaian seksi , mata tertarik pada tempat tak sepatutnya disebabkan syaitan dok bergayut kat situ ! Kalau berusaha melawan pon , jadinya tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelanggan yang berada di hadapannya !

Jangan sampai ada berbra dan berseluar dalam je gi hospital , baru nak amik tindakan !

You May Also Like

5 comments

  1. setuju tu bangbeng.. agaknya kena tunggu wanita seksi tahap telanjang bru nak amik tindakan hmmmmm..

    BalasPadam
  2. Kalau ena nampak perempuan macam tu pun akan tengok tang tuuuttt je... Haishhhhh Semoga dijauhkanlah

    BalasPadam
  3. memang dia nak fashion mcm tu kot aben. haha

    BalasPadam
  4. betul tu. pemakaian jugak merupakan salah satu sebab kecenderungan bertambah masalah sosial

    BalasPadam