Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 23 Julai 2014

Risau pergi shopping mall !

 

Hurm.. budak ni dah dapat kaki .. Dah boleh lari tanpa terhuyung hayang .. laju pulak tu !!

Skang ni , dia gemar test aku.. Tempat dia nak test , shopping mall lak tu ! Haihhhh … Bahaya betul.. Kalau aku letak dalam stroller , dia meronta nak turun. Bila letak , panjang kaki dia..

Sebab tu kalau wife dok mencari barang , keputusannya .. kena segerakan atau pulang ! Jangan dapat barang , anak tercicir kat mana tah ! Haaaa…

Tadi , gi Warta Bangi. Dalam kereta dia tidur. Bila sampai , dia jaga . Letak dalam stroller , memula ok .. pastu boring , dia turun sendiri dengan cara mengelongsor keluar .. Huhhh..

Pastu terus lari ! Jangan kejar dia .. Wat dek jer.. tapi ikut dalam diam.. Kalau kita tak kejar , dia akan patah balik … Sebelum dia lari , dia akan pandang lokasi asal dia.. Dia akan mark dulu supaya tak sesat ! Aku dah ‘belajar’  perangai dia ni ..

Aku pernah cuba ilangkan diri tapi ada dekat ngan dia. Memang mengelabah dia .. Menangis ? Tak de la pulak.. Terus wat hal sendiri.. Bila aku munculkan diri , terus dia datang peluk.. Haa.. Tau takut .

Hurm.. cara terbaik utk elakkan masalah , kena rasuah dia dulu. Bagi dia duduk diam dan pastikan dia bukan dalam kelaparan !

6 komen :

dEdEQ dE wIshEs berkata... [Reply to comment]

COMEY JE KERENAH QHALIFF . TINGIN NK JUMPE DIE . EKEKE . BILE LA AGAKNYE .

permatabiru berkata... [Reply to comment]

sy pun mcm tu biar dia rasa takut dr lari ke hulu ke hilir laju ke..last2 lost..bila takut dia xkan pergi jauh dr kita...

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

Bila akak baca ni akak teringat qayyum dulu

CoachHeRBaLiFe DiLa berkata... [Reply to comment]

hehe..biasala budak..comey tembam plak tu..
abg ben nak buat kerja amal sikit tak?tolong promote projek Mercy Mission untuk selamatkan 5 juat nyawa di 5 negara..
http://sihatitubahagia.blogspot.com/2014/07/hunger-is-worlds-greatest-solvable.html

Jazakumullah Khairan

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

sama la anak saya.. pijak lantai mall macam lipas kudung. nak shopping skrg memang susah skit. jadi lama.. kadang2 sbb letih.. x sempat pun nak membeli. kalau asben pilih brg sy kena jaga anak.. kalau sy pilih barang dia kena jaga.

ummi aqilah (LM) berkata... [Reply to comment]

Hurmm sejak dah ramai askar ni memang kalau nk raya saya list barang apa nk beli sekali dua je kluar terus siapkan utk mereka. Ngeri.. Tak terkejar. Paling sikit dah jauh, takut hilang. Susah nk fokus nk carik barang.

Sebab tu utk raya ni sy shopping selain hujung mgu dan selain waktu org gaji. Sebelum puasa. Sbb time nilah lengang xde org sgt. Ank yg dua plg kecik tgh lasak susah nk kawal.terpaksalah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI