Sikap tidak sabar , menyusahkan orang lain !

by - Ahad, Julai 27, 2014

 

Sejak kelmarin , berita mengenai jalan jammed sana sini merajai Timeline Facebook aku ! Nasib baik aku sampai lebih awal. Kalau tidak ?? Tak tau laa camana nak cakap walaupun sebelum ni pon , aku sekeluarga memang biasa dah balik berjam jam lamanya sebab banyak sangat berhenti. Heee..

Antara punca kesesakkan lalulintas adalah kerana kemalangan jalanraya ! Kereta bertembung sesama sendiri atau dengan bas ! Pemandu yang tak sabar , lalu memotong dan masuk ke laluan bertentangan tetapi gagal masuk balik ke laluan asal lalu bertembung dengan kenderaan yang menghala ke arahnya..

Ya ! Memang kerap berlaku setiap kali aku ulang alik ke Pantai Timur ! Tak kira la pemandu tu lelaki atau perempuan.. sama je perangainya. Tak sabar sungguh ! Nak potong tu boleh tapi pastikan keadaan selamat terlebih dahulu. Ni tidak ! Main potong jer .. Pastu himpit orang bila nak masuk ! Bila tak dapat masuk ?? Apa jadi ? Jadi la seperti mana yang kita baca di dada akhbar tiap kali menjelang perayaan !!

Bagi kawan kawan yang masih belum pulang ke kampung halaman.. Silalah memandu dengan berhati hati. Banyak faktor kena amik kira. Keadaan kereta , cuaca , pemandu lain dan juga diri sendiri !

Biar lambat asalkan sampai dengan selamat !

You May Also Like

0 comments