Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 Julai 2014

Tak nak hisap susu botol !

 

Stok dah banyak ! Tapi Zahra tak nak hisap pon susu botol yang dipam oleh mak dia ! Nak direct gak ! Aku pernah tanya Zahra sendiri.. dia jawab laaa cuma aku je la tak paham apa dia cakap tuu..

Aku pernah try gak.. Sekali dua je dia hisap pastu dia tolak ngan lidah dan tangan dia ! Kalau Qhaliff dulu , lahir lahir dah ok jerhisap susu botol tu..

Ini kes nak abis cuti nanti ! Kang wife gi kerja , camana si Zahra nak dapat stok susu ? Camana tu ? Haaaaa …

Photo

Bab tidur takde masalah.. mudah jer .. Bila puas tidur , dia akan ajak bermain.. Tu ok.. Ni bab nak hisap susu jer.. Menyusu badan pon kejap jer.. Mungkin size perut dia kecik kot ? Kalau abang dia , perut .. gajah pon leh lepak sehari dua .. Dulu laa .. skang sejak ikut aku gi kelas six packs , susu pun dah jarang minum. Hahaha..

Sat try google.. tengok otai otai buat camana .. Ok jumpa ! Dari blog Selembutbayupemikirbumi…Tipsnya ialah ..

  • Minta bantuan orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa 'bottle-training' kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang " Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol" atau pun.. "Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x...oh sedap..sedap".
  • Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).
  • Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Dengan botol MIMIJUMI, tugas anda jadi lebih mudah kerana botol ini direka supaya ia kelihatan seperti puting ibu dan susu hanya akan keluar bila bayi mula menghisap.
  • Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  • Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting.

Ok.. satu lagi.. Dari blog puankutu .. Tipsnya ialah ,

  • Beli botol dan puting yang menyerupai puting ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.
  • Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.
  • Sebaiknya elakkan guna susu beku. Susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.
  • Boleh juga mencuba cara ini : Semasa beri bayi minum guna botol, tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk tarik bagi bayi rehat sedikit & kemudian hisap lagi.

 

Menarik .. nanti nak cuba pakai !

14 komen :

ezan berkata... [Reply to comment]

bro ben... my only daugther, Hannah pon macam tue gak..taknak langsung hisap botol. luckily nursery kat office jer...so dalam 2 ke 3 jam sekali runner la saye pegi menyusukan die...
macam-macam botol saya dah pernah try pakai. mimijumi, tommee tippee, avent, dr brown...macam2 laaa... tapi satu pon die xnak...
die lebih sanggup berlapar dari minum ebm pakai botol.
ikutkan abang-abang die ok jer takde problem langsung...
bayangkan 250packs of ebm 5-7oz kene buang macam tue jer...
tapi saye tak pernah stop pump my susu and ask the teacher cube gak bagi pakai botol.
sampai la her age nak masuk 1 y.o baru la finally die nak minum ebm pakai botol MAM.
So good luck and all the best la ek bro!!!
anak perempuan die memang diva skettt

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

Ibu jauhi anak tu mmg ada betulnya.
Pilihan punting botol susu pun main peranan juga.
Kata2 motivasi mampu menenangkan.

Lady D'yot berkata... [Reply to comment]

mungkin kena eksperimen dgn banyak jenis botol..sy guna botol brand MAM..sebelum ni pernah la beli botol avent, etc tapi baby takmo hisap. bila guna MAM elok je coz puting dia leper dan lembut.

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

Akak dulu ada masalah juga... nak kerja sumaiyyah nak ditinggalkan pada bibi... macam2 petua kami cuba... akhirnya bibik terpaksa guna shrink ubat tu... dalam sebulan juga lepas tu dia akan pandai sendiri...

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

Mikhail lak tak mau direct.. nak botol.. oh.. sedih rasanya..

farysa berkata... [Reply to comment]

dah lama gila tak usha blog abg ben, anak dh 2 rupanya. dulu last time Qhaliff kecik lagi. hehe. Congrats =D

IDAZS berkata... [Reply to comment]

memang susah hati bila anak tak nak minum susu botol. dulu saya pun mcm tu juga.. mcm mcm juga yang dicuba..

akhirnya ramai yg syorkan pigeon peristaltic plus. alhamdulilah anak saya nak akhirnya..

apepun semoga Zahra jumpa puting dan botol susu yang serasi dengan dia. amin

kha berkata... [Reply to comment]

Pernah mengalami maslah yg sma..mengasuh anak sedara.2 mggu dia menangis xnak pakai botol nk direct.seminggu tu saya pakai picagari bg ss kat dia.lepas tu cuba byk puting.last sekli..dia nak dgn puting MAM.alhamdulillah....2 mggu je lah tu pun..nge mummy dia xnak.dia nak org lain suapkan kat dia.

Rozita berkata... [Reply to comment]

utk kes macam ni mmg kena berusaha sampai boleh..guna je cara apa pun tp yg terbaik mmg jangan ada ibu berdekatan..

semoga berjaya ye ben!

nurbijen berkata... [Reply to comment]

saya mengalami masalah yg sama masa anak sulung.. tapi masa tu masalah anak sulung lebih kepada keliru puting... mcm2 puting saya cuba kat pasaran.. last sekali cuma pigeon peristaltic mcm IDAZS sarankan, baru jalan...

Bagusnya puting peristaltic tu sbb susu takkan mengalir kalau baby tak hisap.. putingnya juga lembut dan menyerupai yg original..

Jadi saya mmg pengguna setia pigeon peristaltic hingga anak yg ketiga...

Part ibu tak boleh bersama masa proses memperkenalkan botol susu kepada bayi pun betul juga... saya applykan utk anak yg ketiga... Masa hari pertama, saya ada bersama jadi misi gagal... saya selang satu hari, hari yang ketiga saya perkenal lagi sekali... saya siap keluar dari rumah bila pembantu nak cuba beri susu... Alhamdulillah, bila balik rumah baby dah habis minum susu 2oz :)

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

bagus juga tips tu....InshaAllah Zahra akan macam Qhaliff, berselera aje...

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

m'cabar jugak dunia keibubapaan ni, ek? macam2 kene pikirkn.. klu ade yg xsesuai dgn anak. cara itu.. cara ini.. alternatif lain..

SyamilaMohd berkata... [Reply to comment]

biasa nak ajar baby minum dalam botol mmg kena org lain yg suakan.... ;-)

Ayu Zan berkata... [Reply to comment]

Sedang melaluinya.
Anak da 4 hr di rumah pengasuh.. Hany minum 2-3sudu shja setiap sesi smntara nk dtg susukan dia lunch time. Xnangis. Mudah tidur. Tp bab susu..

Masa ngndung dulu baca artikel abg ben psl zahra reject botol. Skrg da bsalin. Anak sendiri pooonn reject.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI