Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Julai 2014

Tak sesuai rambut panjang !

 

“ Ben , tak nak gunting rambut Qhaliff ke ? “ .

Hurm.. tahukah anda , aku cemburu tengok rambut dia tu ! Haaa.. Idam woo aku dengan rambut dia tuuu .. Tapi kalau sekarang ni aku berambut cam tu , nampak sangat la aku ni buang tebiat ! Dah tua gini nak wat style gitu.. Mana sesuai dong ! Buruk banget !!

Ramai kawan kawan aku malah isteri aku suruh potong rambut Qhaliff ! Aku tamoooo .. Apasal lak ? Terikat sungguh kita dengan , anak lelaki berambut pendek dan anak perempuan biar panjang mengurai !

Aku nak wat rambut Qhaliff cam budak ni .. Haaa .. Comel peee ..

Haaa.. Dari aku puji anak orang comel .. Dan anak sendiri , rambut digonjengkan .. Baik aku buat anak aku kelihatan comel kan ? Haaaa ..

Cam isteri  / laki orang kita puji cantik / hensem tapi laki / isteri kita sendiri , tak kasi comel atau kacak bergaya ! Takut kena kebas alasannya .. Haaa ..

Photo

Tak selesa ? Tak kemas ? Alaaa.. Semua tu atas kita sendiri ! Kasi sikat dan letak la minnyak skit kasi kemas ! Panas ? Yang suruh berjemur tengah panas tu apahal ? Duduk dalam rumah je pon .. Sesekali je keluar !

Dah sekolah tu , lain cerita laaa .. Kena la pendek kan ? Bukannya suruh panjang sampai ke tua tu haaa..

Lelaki boleh berambut panjang .. tapi sebaik baiknya janganlah menyerupai perempuan .. Kemas , bersih dan rapi.. Rasulullah s.a.w sendiri berambut panjang .. Tapi kalau kita nak berambut panjang , biarlah kerana nak mencontohi Rasulullah s.a.w… bukan kerana nak ikut mana mana artis atau selebriti.. kan ? ( Rujuk SINI )

Dalam kes Qhaliff sebenarnya , dia tamo potong haaaa.. Asal masuk salon , dia menjerit ! Asal nampak gunting , dia menjerit ! Menjerit sampai kuar anak tekak lak tu ! Kang orang ingat aku dok dera anak lak ! Haaa ..

Camana pon , nak kena gunting rambut tu sikit terutama belakang tu ..

Photo: Haitttt..

Sebelum raya ni , kita kasi pendek sama ini rambut haaa !! Tapi tamo la pendek sangat ! Nampak bulat pulak dia nanti .. Pendek , tunggu zaman sekolah nanti ! Buat masa sekarang , biar kasi nampak comel… Heeee …

11 komen :

Nani berkata... [Reply to comment]

heee..sorry le Ben...saya hanya memandang rambut yg depan tu shj, kesian dia sampai tercucuk biji mata...
tapi klu ikat tocang cam gitu..no hal ler...

Cik Asma BLuppy berkata... [Reply to comment]

alolooo. comel nya ikt rambut pokok nyior tu. haha

Hayani Nor berkata... [Reply to comment]

try fesyen rambut korea la pulak.. :)

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

haishhhhh.... geramnya kat qhaliff ni, bam bam!!!!! anyway rambut sekarang ni dah cukup comel dah...

antalya berkata... [Reply to comment]

laki ku pon xkasi potong rambut anak bujangnya. dh mmg gaya pompuan pon bdk tu.pegi memana sure org ckp dia girl adehhh.

Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]

@Nani

eh..tak pe..saya tau rakan rakan prihatin.. heee..

Ahmad Tajuddin berkata... [Reply to comment]

Dah nak dekat sama dah tu.. budak dalam Iron Steel tu dah iras2 Qhalif dah haha :D

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

asalkan diorg selesa. kdg2, parents je yg rase rimas. tp, bebudak tu cool je.

Fyna Ahmad berkata... [Reply to comment]

geram tgk pipi die.

Carlos Seira berkata... [Reply to comment]

Takpe kot panjang, nanti sekolah dah tak boleh dah simpan rambut. Anak aku pun sama, sebab bapak dia masa kecik rambut sama panjang jugak. Alhamdulillah, tak jadi lembut pun.

http://4ever-in-time.blogspot.com/p/galeri-peribadi.html

Safiya Amaran berkata... [Reply to comment]

anak saya pun selalu rambut panjang.. tapi gara gara sebuk x sempat potong :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI