Terpaksa beli majalah Ujang !

by - Khamis, Julai 17, 2014

 

Photo: Lama tak layan..

Kali terakhir aku beli majalah ni , rasanya 4-5 tahun lepas kot .. Tu pun sbb nak feel raya bersama majalah kesayangan aku ketika aku remaja dulu ! Wajib beli setiap tengah bulan dan hujung bulan ! !

Pada ketika tu , UJANG sendiri menjadi tarikan majalah tu.. Selepas kehadiran komik komik HongKong , majalah ni aku kurang dah beli apatah lagi aku tak dapat rasa ‘hot’ lagi ..

Aku tahu.. bukan mudah nak hasilkan satu satu karya yang mampu membuatkan pembaca tersengih cam kerang busuk ! Aku mampu ketawa sendiri dalam bas mini ketika membaca majalah ni ! Hingga beberapa kali ditegur oleh ayah aku kerana ketawa sorang sorang !

Sekarang ? Tadi di HKL , aku nak pecah duit untuk bayar parking. Masuk kedai runcit , tak tau nak beli apa.. Ternampak satu brother tu amik majalah Ujang ni.. Aku pun amik gak la.. Lama tak baca ..

‘Isu Bumper’ .. Isu kegilaan aku dulu. Tebal dan memuaskan hati ! Dulu laaa .. Sekarang ? Hurmmm .. Aku buka sehelai demi sehelai .. Dan akhirnya aku letak atas katil .. tak sampai tengah pon aku belek ..

Hampa… Di mana UJANG yang berjaya menghiburkan hati aku , satu tika dulu ???

You May Also Like

8 comments

  1. kalau bulan puasa atau raya memang sedap baca edisi bumper. lama dah tak beli. Ujang kena buat edisi ebook la pulak

    BalasPadam
  2. lawak komik sekarang dah tak macam dulu..

    BalasPadam
  3. Majalah Ujang dulu serius memang legend. Budak asrama masa tu memang berebut nak baca keluarn baru. Selepas dah tukar pengurusan, karya pun dah kurang menyengat.
    Din beramboi ujang dengan Arwah Din Beramboi pun dua karakter yang berbeza sebenarnya ramai tak tau, lepas Arwah menang kes, Majalah Ujang guna PCD (pak cik Din) untuk gantikan DB (din beramboi) dan ujang ditegah dari buat apa apa statement mengenai din beramboi di media plus kena bayar something lagi kat DB.

    BalasPadam
  4. Bru teringat lama dh x beli mjlah ni~

    BalasPadam
  5. Ujang dah jadi pengarah Menantu 10 Ribu, 4 petang tv3..memang best drama bersiri tu..hehehe

    BalasPadam
  6. Ingatkan majalah tu dah berhenti diterbitkan.....dulu mmg kelakar

    BalasPadam
  7. sekarang harap harga mahal berganda tapi isi tak ada.

    BalasPadam