Ahad, 31 Ogos 2014

Cermin mata baru aku , lagi !

 

Gulp .. apa jadi dengan Ray Ban yang aku beli sebelum Ramadhan ari tu ?

Sehari sebelum aku gi Paris ari tu , Qhaliff telah 'menodai’ cermin mata aku ni.. Aku dah cukup selesa dengan spek ni ! Nampak terserlah kekacakan aku bila pakai spek ni.. Uhuk..

Apa Qhaliff buat ? Dikala aku sedang lena tidur , Qhaliff amik spek aku yang mana aku letak sebelah aku selepas update blog ( kesilapan besar bila ada anak kecil ) .. Dia pegang dan kangkangkan ‘kaki’ spek aku tu seluas alam !

Kesannya ? Bila aku pakai , kaki tu tak terletak dah kat telinga aku.. Terlebih sudah ! Geram ? Perghhhhh ! Allah je la yang tahu betapa aku geram giler babas masa tu ! Dah la nak gi outstation. Spek lak jadi gitu ! Grrrr…

Nak tak nak aku betulkan bingkai tu skit dan pakai .. Memang tak best langsung ! Hantar balik kat kedai tu , dia kata tak leh buat apa apa dah ! Cehhh .. Pemalas tul ! Bukan patah pon !! Haishh.. Memang aku pangkah terus kedai spek kat Alamanda ni ! Harap nampak pro je tapi amatur .. Caits..

Dan tadi , aku ajak wife gi buat spek baru. Plan nak gi Menara di Alamanda tapi aku batalkan hajat aku.. Gi ke Bangi . Sana ada satu kedai yang lama dah aku perhatikan .. Baik gi kedai cermin mata yang benar benar jual cermin mata ! Bukan sekadar jual tapi profesional !

Maksud aku kan.. Kedai yang aku gi sebelum ni , dia tak uji langsung mata aku.. Cuma guna mesin kat depan tu pastu terus cerita pasal harga cermin ! Gilaaaa ! Siap bagitau harga cermin dan suruh guna cermin yang kaw kaw mahalnya ! Hampehh ! Nak tak nak , aku suruh staff tu ikut je power lama .. Haihh.. Dia ikut je tanpa ada test langsung ! Tak ke … Grrrr !!!

Di kedai yang aku gi tadi ni ..

Masuk je kedai.. bagi salam pastu dia layan dengan baik sekali. Sediakan air dan gula gula untuk Qhaliff.. Selesa !  Pastu dia tanya spek camana aku nak.. Aku bagitau aku nak spek yang lasak ! Dia pon keluarkan macam macam spek untuk aku untuk bagi aku pilihan dan pada masa sama , aku tengok tengok yang lain jugak.

Aku berkenan yg merah hitam ni dan yang Nike… Tapi Nike ni tak tahan lasak ! Bagus diorang ! Yang Nike ni jauh mahal dan yang merah hitam tu , murah sangat tapi dia tetap syorkan yang merah hitam tu..

Photo: Spek baru..

Memang lasak benar la spek tu.. kalau Qhaliff kangkangkan pasni , aku tak perlu risau dah ! Waranti pon ada .. Penting tu ! Hehehhe.. kan kan ?

Pastu baru check mata.. check saraf .. Katanya power naik skit jer. Ok la tu .. Aku tanya dia , boleh ke aku pakai contact lense je ? Dia kata boleh.. Takde masalah ! Wah , seingat aku dulu .. aku tak leh pakai sebab power aku ni ..hurmm.. Tapi aku tak nak pakai contact lense.. aku nak pakai spek .. ala ala Clark Kent gitu.. Menyorokkan ‘ kepoweran’ aku ! Hahahaha ..

Harga keseluruhannya ? Spek + cermin yang leh jap hitam jap putih tu , RM970 ! Huhuhuhu.. Mahai ? Murah dah ni !! Kalau kat kedai ari tu ? Dah leh deposit superbike koooo !!

Lepas settle bayaran , staff tu tanya perihal spek lama aku.. Dia mintak aku bawakkan nanti untuk diorang betulkan. Boleh betulkan kecuali spek tu patah ! Aiyokkkk !! Awat tak bilang awal awal ???? Hahahaha.. biasa la kan , bisnis tetap bisnis..

Apa pon aku puashati di kedai ni , setakat ni la.. Tak tau after sale service lagi .. Hehehee..

Bila cari dengan lubang hidung !

 

Gatal giler kepala ! Shampoo Head and Shoulders yang biasa aku guna , entah mana menghilangnya. Tanya wife , dia kata ada je kat atas tu.. Aku cari dan cari .. tak jumpa..

Akhirnya ..

Aku guna je wife punya.. Leh review best ke tak shampoo Shafi Shayla ni.. hehehee.. Maklumlah , biasanya perempuan punya ‘pelik’ dan ‘lain ‘ dari lelaki punya produk.. hehehe ..

Dan aku upload gambar tu ke Facebook. Risau gak nanti kena kutuk sebab guna shampoo perempuan.. Hahahahha .. Tapi ? Tapi ??? Segalanya cumalah mainan mimpi aku je ! Ramai rupanya lelaki pakai shampoo perempuan ni gara gara malas nak beli yang lain atau guna apa yang ada jer .. hahahaha.. Jimat kan ?

Shampoo ni sedap gak pakai.. mmg lembut la rambut aku .. Abis ‘tumbang’ rambut aku yang pacak 24 jam tu ! Huhuhuhuh.. Tapi hilang gatal kepala aku..

Lepas mandi .. kemas atas katil .. dan .. tadaaa ! Jumpaaa laaaaa ‘makcik’ ni !!

Nasi lemak dan Paris !

 

Photo: Nasi lomak utk sarapan pagi ..

Bangun pagi.. rasa lapar sangat ! Mungkin dah biasa bersarapan awal pada Ramadhan lepas hinggalah semalam.. Padahal sebelum tu, aku bukanlah jenis manusia yang makan awal pagi.. Hurmm..

Selepas beli 6 bungkus untuk sekeluarga makan… aku seperti biasa , amik gambar dulu dan up di Facebook dan Instagram. Pasti akan ada rakan bertanya … dan soalannya , berapa harga nasi lemak ?

Terus terang , aku tak pernah bertanya pon berapa harga nasi lemak ni. Aku rasa dalam RM1.20-RM1.40. Kalau tanya , pasti aku tak jadi nak beli sebab mahal !

Tiba-tiba aku teringat sewaktu di Paris.. Sekarang ni , apa saja aku buat , pasti Paris jadi perbandingan ! Walaupun ada yang rasakan aku ni ‘tak logik’ tapi sekurangnya perbandingan yang aku buat tu membuatkan aku rasa bersyukur sangat aku ini WARGANEGARA MALAYSIA !

Sewaktu di sana , aku tak tau nak makan apa. Nasib baik di hotel pertama tu , milik orang arab tak silap aku. Baca pampletnya tertulis semua makanan yg disediakan dalam tu , Halal.. Wallahualam..

Bila keluar makan tengahari .. terus terang , terkedu nak makan apa ! Cari la restoran Halal.. Ada , banyak sebenarnya.. Tu takde masalah pon tapi yang jadi masalah ialah ..

DSC_0995

DSC_1000

DSC_0994

Harganya !! Orang kata kalau kita dok asyik ‘convert’ maka kita tak makan la kat sana ! Memang betul pon sebenarnya tapi memandangkan aku ni kerja di Malaysia pastinya kena convert sebab gaji aku dalam RM .. bukan Euro !! Kalau Euro , semua ni murah bagi aku ! Harga sama je tapi sebab nilai matawang kita murah berbanding Euro , maka ianya sangatlah mahal !

Nak makan nasi yang halal 18.50 euro.. 18.50 x 4.4 = RM ??? Kira la sendiri ! Tu baru nasi.. belum air mineral ! 2 euro ! Murah ..mmg murah kalau aku berpendapatan dalam Euro..

Bila aku tiba di Malaysia , segalanya adalah murah bagi aku walaupun aku bukanlah orang kaya ! Aku masih mampu makan dan setahu aku , takde orang Malaysia mati kebuluran ! Makanan mewah dan murah sebenarnya di Malaysia ni ..

Kesimpulan , dimana kita berada ..sama saja.. Kena ada usaha keras utk hidup ..bukan mengeluh dan mencari salah org.

Ada hikmah rupanya Allah ‘hantar’ aku ke sana .. Buka mata aku luas luas ! Benarlah kata org.. Byk berjalan , luas pengalaman..

Kalau anak aku ..

 

Semalam aku gi servis kereta kat Tan Chong Sg.Besi. Tiap bulan kena servis kereta.. Huhuhuh.. InshaAllah pasni kurang skit sbb aku tak gi Cheras selalu dah .. Kena tunggu Zahra besar skit ..

Di pusat servis .. Ramai pelanggan ari ni.. Yelah , Sabtu kan.. hurmm.. Nasib baik aku sampai tepat pada masanya iaitu jam 11 pagi. Ikut jadual. Kalau lewat , lewat la siap. Aku target 2 jam untuk servis kali ni..

Tercari tempat duduk.. Ada satu kosong.. Ok la tu.. leh layan movie yang aku dah download malam sebelum tu.. Hurm… Tapi takde feel lak nak layan..

Terpandang satu budak lelaki ni.. Dia dengan keluarga dia .. Dok galak bermain sana sini tanpa larangan.. Rasanya dalam usia 5 tahun gitu..

Sampai la dia bermain sebelah mak dia dan hampir dengan aku .. Dia panjat kerusi sebelah mak dia .. dan kaki dia menolak kerusi aku kuat kuat .. Kerusi aku berganjak jauh.. Amboi , kuatnya..

Aku betulkan balik kerusi yang aku duduk tu.. Dia buat lagi ! Hahahaha .. Amboi… Aku nak tengok respon mak dia .. Hurmmm.. Kalau Qhaliff , sah sah kena marah dah buat gitu kat orang lebih tua.

Dan mak dia ? Mak dia tegur gitu jer.. Takde pon ada inisiatif nak angkat anak dia pon.. Biar je gitu.. Hurmm.. Pastu dia bangun gi amik air.. Dua cawan. Satu untuk anak dia dan satu untuk dia ..

Dan anak dia pun gi main tempat lain.. Dia , mintak maaf ? Hehehe.. Idok laaa.. Wat tak tau jer .. Aiyokkkk ..

Ok.. tak kisah la.. perangai manusia macam macam .. Aku tak kecik hati pon sbb aku ada anak jugak dan kekadang di luar kawalan apatah lagi masih belum mampu berfikir..

Ada orang tak akan marah anak dia … Biar je apa anak dia nak buat atas alasan nak EXPLORE ! Tapi kalau dah sampai ganggu privasi orang .. aku rasa tu tak comey la kan ? Kena la jaga skit dan tegur elok elok..

Kalau la budak tu buat pada orang yang mungkin panas baran.. agaknya boleh timbul pergaduhan gak tu ! Hurmmm…

Qhaliff makin kuat explore tapi aku kena kawal agar tidak mencederakan diri dia dan juga orang lain !

Photo

Selamat Merdekakan Diri Kita !!

 

Alhamdulillah.. Sekali lagi , negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke .. korang teka la berapa ? Tak tau ?  Hehee.. tau dah !! Tu belum suh sebut tema kemerdekaan kali ni.. lalalalal …. Cer bagitau skit kat aku ??? Baru nak google la tuuuu…

Ok , aku pon tak ingat sangat sebab panjang benar .. Hahahaha .. Masa sekolah sekolah , hafal laa.. Sekarang ni , nak ingat tarikh lahir anak pon gagal.. ni kan pulak tema kemerdekaan negara kita !

Tak patriotik sungguh ?? Er … adakah dengan tak ingat tema kemerdekaan tandanya tak patriotik ? Atau tidak mengibarkan bendera di depan rumah tu juga tak patriotik ? Eceh .. mudah benar menilai seseorang dengan cara gitu.. Iskh , iskh iskh.. 

Apakah tanda merdekanya negara tu dengan …

Atau mabuk selepas menjerit MERDEKA ? Atau melakukan perbuatan terkutuk dengan bangganya ? Hurmmm ..

Merdeka bagi aku ialah … bila kita bersatu dibawah satu payung dan setiap antara kita bekerjasama membantu antara satu sama lain tanpa ada rasa syak wasangka tanpa kita bangsa dan agama !

Satu status di Facebook yang dikongsi rakan rakan maya , menarik minat aku dan aku turut sama berkongsi di FB dan dikongsi lebih 43 orang rakan FB

Hurm.. yang semula up ni ialah seorang lelaki cina ! Terus timbul rasa bangga ! Sapa kata negara kita punya masalah perkauman ? Aku tak pernah rasa gitu ! Aku senantiasa berfikiran , kita semua adalah 1 Malaysia !! Walaupun berlainan bangsa dan agama namun kita berada di bawah satu payung yang kukuh !

Makcik Abidah ni akhirnya mendapat periuk besar hasil sumbangan seorang insan yang pantas amik tindakan .. dan sekali lagi aku kasi tabik hormat ! Respek pada keprihatinan semua insan yang sudi menolong mahupun yang berniat nak menolong !

Ini baru namanya merdeka !! Merdeka dari berprasangka  buruk ! Merdeka dari rasa benci.. iri hati ! Walhal diri sendiri malas .. terus salahkan orang lain atau bangsa lain ! Haishhh .. tu tandanya tak merdeka lagi !

4 hari di Perancis tempoh hari membuatkan aku berfikir dengan mendalam.. Betapa aku bersyukur tinggal di tanah tumpah darah aku sendiri di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta bersatu padu !

Bersyukurlah.. Mari meraikan hari kemerdekaan ini dengan cara yang betul ! Doakan keamanan negara kita berkekalan . Ramai jer pihak luar nak tengok negara kita ni , kucar kacir .. Jangan jadikanya realiti ! Menyesal tak sudah kita nanti !

image

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yg ke 57 !  Semoga keamanan , keharmonian ini milik kita selamanya..

Sabtu, 30 Ogos 2014

Slot Akasia ‘ Maaf Jika Aku Tak Sempurna ‘

 

Satu lagi drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel nukilan Acik Lana iaitu ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ bakal menemui penonton selepas berakhirnya Rindu Awak 200%.

Drama rantaian 32 episod ini menampilkan pelakon - pelakon popular tanah air seperti Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shilla, Amy Mastura, Ika Nabila dan ramai lagi.

Poster Maaf Jika Aku Tak Sempurna (1)

Mengisahkan tentang dua hati yang mencari satu cinta. Luqman (Fahrin Ahmad), seorang graduan luar negara, berkerja sebagai pengawal peribadi Melina (Sara Ali) dalam mengawal setiap tingkah laku Melina atas permintaan orang tuanya, Datuk Zakri (Zamarul Hisham) dan Datin Maziah (Amy Mastura).

Melina membesar di keluarga yang kaya tetapi gemar bersosial dengan rakan-rakan kolejnya, Melina selalu menghabiskan masa di kelab dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk. Namun, Melina masih mampu menjaga harga dirinya.

Luqman masih menunggu panggilan untuk berkerja di tempat yang dia mendapat biasiswa. Sementara itu, dia menolong ibu bapanya, Pak Rashid dan Mak Alia di kebun. Sarah menyimpan perasaan terhadap Luqman sejak kecil dan dia cuma akan menerima pinangan daripada Luqman.

Datuk Zakri sudah hilang sabar dengan sikap Melina dan dia mula menyekat sumber kewangan. Datuk Zakri telah berjumpa dengan kawan lamanya, Pak Rashid kerana mahu meminta tolong daripada Luqman. Luqman terkejut apabila Datuk Zakri memintanya menjadi pemandu dan pengawal peribadi untuk anaknya, Melina. Luqman menerima tawaran Datuk Zakri walaupun masih tertanya-tanya tentang tujuan sebenar Datuk Zakri.

Melina membantah dengan tindakan ayahnya. Melina menganggap Luqman sebagai orang kampung yang mahu mengambil kesempatan atas kekayaan keluarganya. Suatu hari, Datuk Zakri meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Datuk Zakri telah meninggalkan wasiat supaya Melina dikahwinkan dengan Luqman. Mampukah Luqman membuktikan cintanya kepada Melina tambahan pula dengan kemunculan Zieta yang ingin merobohkan rumah tangga mereka?

Pastikan yang wajib diutamakan yer … hehehe.. Jangan risau , leh tonton ulangan di Tonton nanti..

Bila dua lelaki bersantai

 

Photo: As sham ..

Dua cara untuk bawak Qhaliff beriadah sesekali.. Belah petang , bawak jenjalan taman tapi dia menghala ke kedai terlebih dahulu untuk mendapatkan ‘as sham’ dia .. As sham merujuk pada aiskrim dia .. Hurm.. satu hari tak kena aiskrim , tak sah !

Malam.. jarang nak lepak melainkan dia nampak kelaparan.. Bawak gi kedai mamak.. Layan milo ais dan roti canai planta. Hurm.. Dia ni bukan jenis boleh duduk setempat lama .. Kejap je .. pastu nak turun merayau cari cat dia .. Pening woo.. tapi sbb nak lepak punya pasal ! Hahahaha .. Terima je la.. nanti dah lama , faham la tu.. Lepak pon bukan lama lama.. abis makan , balik la..

Bila ada anak lelaki gini.. baru tau bestnya bila lepak bersama.. Semua ni , kejap je berlaku.. nanti dia dah besar , ramai kawan.. kita lepak sengsorang kembali .. Hurmm.. time tu baru mesti terasa.. nape la tak ramai anak .. takde la kesunyian .. kan ?

Bila anak-anak aku berbual !

 

Jumaat, 29 Ogos 2014

Singkir uban dan atasi keguguran rambut dengan NUTRI M

 

Uban bukanlah pengukur usia sebaliknya adalah suatu penyakit yang perlu dirawat kerana uban juga adakalanya boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri,menjejas hubungan antara pasangan serta mengundang stress yang seterusnya membawa kepada beberapa masalah lain seperti kegatalan kulit kepala, keguguran dan kebotakan rambut.

Merawat dan mencegah ada ketikanya lebih memudaratkan memandangkan terdapat  banyak produk rawatan rambut berasaskan bahan kimia yang sebenarnya merosakkan struktur sel dan pertumbuhan rambut.

Nutri M Black Shampoo yang berasaskan 100% herba mampu menyingkir uban sepantas 10 minit serta semudah rutin cucian biasa yang hanya perlu dilakukan dirumah dan hasilnya dapat dilihat pada cucian pertama.

IMG_1475161249262

Dihasilkan dari 19 jenis herba terpilih antaranya minyak kelapa, daun urang aring dan kayu beluru yang juga dikenali sebagai sintok bukan sahaja mampu untuk merawat uban malah ia juga melembutkan rambut menjadikannya mudah diurus. Nutri M Black Shampoo ini hanya perlu digunakan seminggu sekali pada bulan pertama dan 2 minggu sekali pada bulan seterusnya.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pengguna dicadangkan untuk mencuba syampu Nutri M Anti Hairloss Regimen yang boleh digunakan setiap hari bagi melambatkan proses pertumbuhan uban, membersihkan kulit kepala dari masalah kelemumur dan  seterusnya meggelak dan mengatasi keguguran dan kebotakan rambut disamping menjadikan rambut lebih,kuat, sihat dan bersinar. Kebiasaannya selepas 2 atau 3 kali cucian pengguna dapat merasakan  keguguran rambut semakin berkurangan.

Pati bunga saffron,estrak daun pudina adalah bahan utama yang terdapat dalam syampu ini selain 9 jenis lagi herba terpilih yang dirumus khas bagi memberi kesan yang pantas dan menyejukkan kulit kepala.kerana kulit kepala yang panas dan kering adalah juga merupakan punca rambut mudah rosak dan gugur.

Gel esen yang didatangkan bersama syampu Nutri M Anti Hair Loss Regimen pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut  bagi semua peringkat usia lelaki dan wanita serta  boleh digunakan setiap kali selepas mencuci rambut tanpa perlu dibilas.

 

Untuk sebarang pesanan dan info lanjut, cari kami di

FB: www.facebook.com/nutrienterprise

Insta: @nutri_m

Whatsapp/sms : 0193117254

Hilang sudah barang barang aku !

 

Sekelip mata ! Dapat kat dia , tau tau hilang ! Berpusing mencari satu rumah .. Hurm.. silap silap leh menimbulkan pertengkaran laki bini selama 5 minit ! Haaa..

Yang amik.. dan sorok .. muka tenang jer ! Takde rasa bersalah langsung ! Huhhhh..

Perhatikan kat mana dia selalu main.. pasti akan ada sesuatu yang menarik di situ !! Dan .. benarlah !!

Photo

Macam macam ada dalam tu rupanya ! Perghhhhhh .. losyen kurus aku pun ada situ ! Opsss…

Cabaran pagi hari !

 

Nampaknya , aku dah semakin berani mandikan Zahra .. Dulu pun berani cuba dah lama tak buat kan.. mandikan bayi ni kena hati hati.. sangat berhati hati !

Teringat kes baru baru ni di sebuah hospital yang mana bayi dimandikan juru rawat tu melecur.. Aku tak tau kisah penuhnya dan tak nak berprasangka buruk tapi amik pengajaran dari situ iaitu , hati hati ! Air mandian kena pastikan dalam keadaan yg suam suam kuku.. kulit bayi dan kulit bapak bayi jauh beza.. bapak bayi dah macam kulit tenggiling.. haaa ! Ada yang terlupa tu !!

Lepas mandikan Zahra , mandikan Qhaliff lak.. Yang ni pon kena hati hati gak sbb dia akan serbu masuk tandas ! Tandas kena pastikan dalam keadaan kering atau tidak licin.. Hurmmm ..

Photo: 1st round.

Selesai part ni , baru leh tarik nafas lega.. Zahra kasi susu walaupun dia tolak ngan lidah dia .. Qhaliff kasi roti telur.. pastu layan phonics video sama sama ..

Fuh… nampak mudah .. tapi ???

Sebelum tidur !

 

Layan buku yang aku dapat dari UmmWalliya ! Qhaliff tertarik pada audio dan visual berbanding buku tu ..

Hurmm…. Dia tak tumpu perhatian pon.. Tiap kali aku pandang dia , dia segan .. terus dia gomol aku.. Kalau aku buat tak tau , dia diam diam ikut ! Hahahaha … Pemalu rupanya anak aku ni ..

Dapat abiskan satu buku pon ok dah .. Pastu mesti nak tengok cerita dia sebelum tidur ! Hurmmm… Pandai dah kasi remote kat aku .. Nak bukak youtube kat tv tak reti.. heh …

Berperang sebelum tidur !

 

Hurm.. sian dia .. Tiap malam ‘bergaduh’ ngan mak dia .. Mak dia , nak bangun awal.. Kena tidurkan Zahra .. Dia lak , nak main lagi.. hurmm..

Aku ? Hurm.. masa masa ginilah aku nak update blog.. Kang lewat sangat , masalah ngantuk di pagi hari. Diorang , tak pe la.. leh bangun sesuka hati jer .. uhuhuh..

Nak tak nak , aku kena layan dia dulu sampai dia terlena ..

Dah jadi tabiat , tiap malam gini.. Cari aku , tidur .. Dah tidur, terjaga.. masuk bilik… cari mak dia ..

Camana la aku nak gi jauh lagi pasni ? Qhaliff makin manja.. makin banyak cakap.. makin … hurmm.. panjang kaki ! Nak berlari je keje dia ! Tak kasi orang lain uruskan dia

Tak kisah la.. sekarang ni la saat saat indah.. Walaupun geram tapi kenangan inilah akan dibawa semasa tua nanti ! Sekarang ni pon kalau tengok video video dia masa kecik , aku pasti akan ketawa.. Huhuhu..

My AirAsia Free Seats

 

My FREE SEATS

Wow ! Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma AirAsia , saya akan ke Langkawi dan akan membawa bersama ahli keluarga saya sendiri dan termasuk ibu bapa serta keluarga adik perempuan saya.

Kenapa ? Ini kerana ibu bapa saya kali terakhir menaiki kapal terbang pada awal perkahwinan mereka iaitu hampir 40 tahun dahulu dan amat teringin kembali merasai detik detik menaiki kapal terbang terutama ayah saya yang baru saja selesai menjalani pembedahan kanser lidahnya dan amat teringin ke Pulau Langkawi.

Manakala adik perempuan saya serta keluarganya masih belum pernah ke mana mana destinasi dengan kapal terbang dan amat teringin sekali menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dan pastinya keluarga saya sendiri yang telah pun mencapai 4 orang. Anak lelaki saya yang cukup teruja apabila ternampak kapal terbang  pastinya ingin merasai keseronokan bila berada di dalam kapal terbang.

Semoga impian mereka tercapai , satu hari nanti ! InshaAllah.

Khamis, 28 Ogos 2014

Bila suami jadi suri rumah !

 

Aku pandang jari jemari aku ..

Perghh.. ada panjang.. ada pendek kuku aku ! Mak aihhh !! Dulu aku tak macam ni pon haaa .. Kemas jer dulu.. Tu belum masuk part rambut yang gunting 2 minggu sekali.. Dan baju serta seluar baru ..asal ada koyak skit ! Tengok wayang , seminggu sekali ..

Sekarang ? Hurmm… Baru nak potong kuku , anak menangis.. Baru nak potong kuku.. anak datang datang kacau.. Tu belum part nak update blog ! Update blog ni , kerja aku ! Kalau blog tak jalan , orang pon tak nak letak iklan atau bagi job pada aku.. Hurm.. Kena selalu update..

Dulu , aku pernah up status di Facebook.. Isteri , kalau bizi camana sekali pun , janganlah abaikan diri sendiri. Biarlah kemas , cantik setiap kali suami balik rumah ! Tak la serabai macam mak limah !

Tapi tu duluuuu.. sekarang baru aku rasa ! Baru padan muka aku ..Hehehe…

Mengenangkan si isteri yg 'bertugas' sbg suri rumah sepenuh masa , kelihatan selekeh sepanjang hari bg memastikan tumahtangganya terurus ..anak cukup makan..bersih pakaiannya.. Si suami patut bersyukur !!

Jgnlah komplen si isteri malas menghiaskan diri.. Cubalah bantu meringankan beban.. Jgn sangka bekerja cari duit , dah memadai memenuhi tanggungjawab !

Bawa bawa la bantu isteri..hargai mereka.. Hiburkan hati mereka sbg hadiah menjaga waris kita..Kurangkan komplen .. banyakkan kerjasama !

Bila ada anak dua orang ni , baru tahu betapa nikmatnya tidur itu ! Nikmatnya dapat makan dengan tenang ! Tapi semua tu tak dapat tandingnya nikmatnya berkeluarga ini !!

‘Trick’ mu sudah dalam poketku !!

 

Minggu lepas , aku cuak giler bila dengar Zahra menangis ! Aku kelam kabut amik dan dukung.. Pastu dia pasti akan meronta ronta ! Berpeluh di dahi…

Minggu ni ? Segalanya telah aku tahu ! Jangan kau permainkan lagi daddy mu ini ! Telah rahsiamu itu dibongkari ! Hehehehe.. Hehehehhe.. Hahahahahhahahah !

Giler kejam punya ketawa ..

Dia akan menangis untuk mendapatkan perhatian aku ! Bila dukung , terus senyum ! Atau membebel dulu.. Seolah macam nak kata..

“ Ya Allah… lambat betul laaaa nak dukung kitew nieee.. “

Kalau atas jam 2 petang.. dia punya perangai lain skit ! Dia nak tidur tapi payah ! Caranya ? Mudah jer.. Biarkan dia menangis dalam 4-5 minit.. Pantau la .. bukan biarkan..

Kemudian , gi amik dia .. dukung.. terus duduk atas bola gym.. InshaAllah , dia akan lena hingga jam 5 petang ! Huhuhuh…

Manakala abangnya ? Kalau belah petang tu.. mudah jer.. Mandikan dan bagi susu kambing NGM8 ! Inshallah akan lena punya ..

Dan daddy baru boleh update blog ..

Jom Shopping kawan kawan !

 

image

Terkejut ? Rilekss … Murah ? Rilekssss .. heehehhe …

image

Rambang bijik mata ? Yer .. aku tau…. aku pun ! Hahahahah .. Tapi aku nak pakai camana kan ? Heehee… Wife ? Nanti dia order sendiri laa..

sila ke web http://www.crazybeautysale.com/ terlebih dahulu. Ok… aku rasa korang lebih bijak dari aku bab ni kan.. Jenama So Susan dan Jelly Pong Pong ni rasanya ramai dah kenal kan ? Ok .. berminat nak beli ? Stok terhad ni.. Dibuka khas untuk rakan BA saja.. Kalau bukan rakan pon boleh je beli.. asalkan bayar.. hee..

Camana nak beli ? Mula mula klik mana mana pakej set yang korang nak.. Contohnya #2 .. klik pakej tu kemudian klik ADD TO CART ..

image

Kalau dah abis memilih barang .. sila ke bahagian atas web dan akan nampak di bahagian Cart ada nombor.. Tu tandanya korang dah pilih dan tunggu nak bayar jer ..

image

Klik Checkout !

image

Isi ruangan kosong tu yer.. Bila dah diisi , akan keluar berapa bayaran penuhnya .

image

Pastu …. pastu…. isi butiran peribadi anda dengan tepat yer ! Kang barang tak sampai lak ..

image

Pastu SUBMIT ORDER ! Selesai part order barang ..

image

Cara pembayaran ..

image

Pastikan nama , no akaun tu betul yer …

MAYBANK ( Lim Kah Yoong - AC NO: 114495002529 )

Kemudian  email slip kepada crazybeautysale@gmail.com dengan subject : kelabblogger ( nama ) . Jangan lupa letak ‘KelabBlogger' & nama’ agar melayakkan korang untuk memenangi lucky draw iaitu Samsung Tablet ( dalam masa 4 hari saja .. sehingga 31hb Ogos ! )

Pastikan segalanya betul yer. Simpan bukti pembelian untuk memudahkan urusan ..

Tiada alasan untuk ‘ tiada masa ‘ ?

 

Jimat jika masak sendiri ! Pastinya ramai setuju , kan ? Alangkah beruntung dapat isteri atau suami yang pandai masak dan rajin nak memasak..

Sampai je rumah , terus masak untuk makan malam. Tak kisah la simple atau beraneka juadah .. Sebelum tu dia tanya aku dulu samada nak makan kat rumah atau makan di luar..

Semalam dah makan kat luar.. Hari ni , makan kat rumah je la.. Aku tak kisah la bab makan terutama sekali bila dah berpengalaman di luar negara… walaupun beberapa hari tapi dah cukup mengajar aku betapa nikmat beruntungnya aku lahir di negara yang cukup makmur ini.. Makanan bersepah di sana sini.. Segalanya mengiurkan ..

image

Masak bihun sup … Heee.. Tak banyak pon.. cukup untuk aku tambah sekali jer.. Alhamdulillah.. perut tak penuh ..

Photo

Rasanya , malam ni saja dah jimat RM40 .. heheeh.. Sekali keluar makan , bukan murah dik oii ! Nak kena makan dengan pantas lagi satu hal ..

Rabu, 27 Ogos 2014

Tak perlu beria sangatlah , sayangku !

 

Baru baru ni , wife ajak aku gi ke Alamanda. Dia nak beli alat mekap. Katanya dah lama tak beli.. Abis dah.. Aku , ok jer. Takde masalah.. hehehe…  Belilah selagi mampu..

Esoknya , wife bersiap nak gi kerja. Dia mengadap depan cermin. Beria ‘mencontengkan’ dirinya.. Aku senyum jer.. Aku yang masih berkain pelikat sambil dukung Zahra berkata..

 

“ Wah.. beria mekap.. “.

“ Saja test mekap baru.. heee..”.

“ Oh.. ok la.. Tapi mekap lawa lawa ni , nak tunjuk kat sapa di opis tu ? Abang duk kat umah je ni.. jaga anak .. “.

Terus berenti dia .. Senyum. Dia paham maksud aku.. Heheheeh.. Takde la dia nak marah atau tersentap.

Bersiap ala kadar , asalkan kemas , berpenampilan .. memadai. Nak buat kerja pon , tenang. Takde la menimbulkan rasa kurang senang mana mana pihak di pejabat nanti.. kan kan ?

Kekadang aku terfikir laa .. Perempuan yg bersungguh bermekap ni , nak tunjuk kat sapa sebenarnya ? Ada yang kata nak berkeyakinan lebih tinggi.. Apakah tanpa mekap , tidak berkeyakinan ? Hurm… Bukankah bermekap over ni akan menarik perhatian orang lelaki seterusnya dia akan ‘mendapat’ masalah sendiri !

Ok.. hak masing masing .. Aku tak kisah .. Masing masing , ada' ‘penjaga’ .. Sapalah aku nak cakap pasal ni kan ?

Satu lagi .. Aku try gak mengayakan satu jenis gaya ni ..

Photo

Ternyata.. tak mudah nak jadi ‘perempuan’ sebenarnya.. Hingga ada yang ada jadi mangsa fesyen semata mata nak kelihatan anggun dan cun di mata .. er.. mata sapa ?

Tak perlu nak marah atau melenting.. Berfikiran logik la skit yer.. Bersederhana tu jauh lebih cantik dari mereka yang over berhias ..  Umpama pelita dengan bunga api .. bunga api ni kalau selalu tengok , lama lama jadi bosan. Tkde kelebihan pon.. Berbanding pelita.. nampak biasa tapi menerangi tempat yang gelap..

Tak boleh nak tinggal anak !

 

Hurm… ikutkan Jumaat ni , aku kena gi Taman Negara dengan kawan aku. Dia mintak aku promosikan pakej pelancongannya di sana. Hurm… Aku suka sebenarnya tapi sejak kebelakangan ni , aku sukar sungguh la nak tinggalkan mereka berdua ni..

Rasa lain semacam bila bangun tidur , diorang takde .. Hurm.. Kalau dah bersama diorang sejak lahir lagi.. jaga.. kasi makan.. tukar lampin .. hari hari !! Bila sehari tak buat gitu .. hurmm…

Teringat aku di Paris hari tu ..Tak sabar sungguh nak balik jumpa diorang ! 16 jam dalam kapal terbang , terasa berhari lamanya ! Ni nak pergi tinggalkan diorang 2 hari lagi ! Tamo laaa.. tak sanggup dah !

Baru aku tau perasaan seorang ibu bila anak mereka nak sambung belajar di luar negeri atau negeri orang .. Dekat sekali pun , tapi jauh di mata .. mmg mendatangkan perasaan yang .. rindu sangat !

Kensel gi Taman Negara !

Sedap benar pizza ni !

 

Ada 8 potong pizza kambing ni.. 6 potong aku sorang je makan ! Serius , aku dah lama tak bernafsu makan gini sejak bulan puasa ari tu.. Kalau gi rumah terbuka pon , tak de selera makan ..

Tapi semalam, aku makan sekenyang kenyanganya ! Huhuhu.. Pizza kambing yang aku  gi makan kat restoran pak arab , Presint Diplomatik di Putrajaya ni mmg kegemaran aku sekeluarga andaikata bila teringin nak makan sesuatu yang mengenyangkan..

Harga pon leh tahan la.. Nak kata murah tu , tak gak la.. Nak kata mahal pon tak gak.. Semalam makan pizza , briyani kambing sepinggan , air tiga gelas .. tak sampai RM50.. Mahal ? Kot .. tapi berbaloi..

Sesekali , boleh laa kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI