Baru aku faham betapa seronoknya shopping !

by - Isnin, Ogos 18, 2014

 

Bila orang kata best gi Paris ni , baru aku tahu kenapa best !! Apakah sebab leh lepak dan bergambar sepuas puasnya di Eiffel Tower ?? Tu cumalah ‘aiskrim’nya .. tapi yang ‘ayam dan ikan’nya ialah , SHOPPING !!

Di kota Paris , dua jalan ni macam Jalan Tar laa.. Tapi butik kat sini semuanya berjenama .. kalau akak akak kita gi sini , ternganga jap ! Tak tau mana satu butik nak masuk dulu ditambah lagi bila nampak ada harga yang terpapar !

Yang aku dalam gambar ni , jalan A .. dan gambar satu lagi tu , di jalan B .. Nak ke jalan B , kena seberang jalan !

  

Sepanjang jalan ni , korang akan nampak butik butik yang mana kat KL ni , nak masuk pon segan .. Kat sana , silakan je masuk ! Tarak kisah punyaaa ..

Photo

Aku ? Tak gila la kat sini.. Tapi ada satu tempat yang buat aku giler ! Bila aku di Toulouse .. Aku ke H & M ! Memula tu aku tak perasan tapi kawan aku , Danzel yang tunjuk pakaian budak ! Hahahaha ..

Aku masuk .. dan tengok harga ! 4.50 euro ! 5.99 euro dan paling mahal pon 7.99 euro dpt dua pasang ! Huk alohhhhh .. Ni baru betul ! Ni yang aku cari selama aku nak bershopping ! Tak kisah la euro atau RM , selagi mana bawah 10 , itulah yang murah !

Abisss semua aku nak sapu kalau ikutkan .. Nasib baik la Danzel menyelamatkan keadaan.. Dia tolong bagitau mana yang ok dan mana yang tidak.. Hehehehe..

Maka , aku dapat la 6 pasang baju untuk Zahra dan Qhaliff.. Tak sampai pon 30 euro ! Gila kan ? Murah siotttt.. Kalau kat Malaysia , sepasang baju Zahra pon dah nak RM40 ! Tu pon dah abis diskaun ..

Pastu aku gi jalan lagi.. Ternampak head gear ( snow cap ) .. murah kooooo .. 15 euro dan 10 euro ! Perghhhhhhhh ! Gila terketar ketar aku dah kat situ .. Semua aku nak amik .. Tapi sekali lagi Danze menyelamatkan keadaan ..

“ Made in China “ la … Owh.. Kensel beli… Ada banyak kat Malaysia kalau gitu.. heheheh ..

Dan barulah aku tau camana rasa ‘mengelupur’ bila nampak pakaian murah termasuklah LongChamp yang dijual murah je kat sana !

Yang ni kan.. Tak sampai 70 euro pon ! Kalau kat Malaysia katanya dah hampir cecah RM1K ! Diorang kata laaa .. Kat sana jual depan pintu masuk je.. Letak banyak banyak gitu.. hehehehe .. 

Aku tanya wife aku .. dia nak tak ? Tak nak ! Tergaru kepala aku jap.. Aku nak belikan dah ni… Tapi dah dia tak nak.. apa aku nak kata kan ?

Yang ni , Evelyn yang jumpa.. Harganya 150 euro tapi dia kasi 50 euro jer !! Last unit ! Saja nak clearkan stok ! Perghhhhhh .. Aku tanya wife aku .. dia tak nak tak ! Huk aloh… Belikan je ??? Tamo la… kang beli tak nak pakai lak ! Hurm…

Jadi ini bermakna.. dalam syoknya bershopping , aku masih mampu kawal diri lagi la.. tapi bila jumpa pakaian budak dan kegemaran aku , aku hilang kawalan ! Syok shopping bila ada duit.. Takde duit pon syok gak .. syok tengok jer ! Heeee

You May Also Like

4 comments

  1. Wahh, bestnye! Sya yg bca ni pun rase nk trbang trus gi shopping kt sane. part plg best baju budak! Suka3

    BalasPadam
  2. Setuju sgt sgt!

    Memang negara orang sgt 'heaven' utk shopping...
    kalau kat UK ada Primark... baju bajan budak2 boleh dapat dengan harga satu pound jer... mana boleh keluar dgn tangan kosong bila ke Primark... mesti rembat sehelai dua.. dua helai baru dua pound... Murah lagi tu....

    Bila sale lagi la meriah... Kadang2 sale up to 80%... baju GAP boleh dapat dgn harga dua pound jer sehelai...

    SHOPPING, benda yg saya akan rindui bila balik M'sia nanti....

    BalasPadam
  3. abg ben beli la LV kompom wife cakap nak nak nak.

    BalasPadam
  4. Kerana itulah Paris ialah Syurga Shopping, hehehe. Sayang betul isteri abang tak nak. Baiknya.... hihihi

    izzahazryna.blogspot.com

    BalasPadam