Baru aku tau apa itu ‘UTC’ !

by - Ahad, Ogos 03, 2014

 

Aku kena buat passport kelmarin. Dok rancang nak buat hari Isnin ni di Imigresen Putrajaya. Tapi macam lama sangat je nak tunggu hari Isnin.. Aku ni , kalau dah kata menda tu ‘urgent’ , aku kena siapkan dengan kadar yang segera !

Dan aku rogerlah bekas rakan pejabat sewaktu di Kementerian Pelancongan dulu … Dia pegawai Imigresen di Jalan Duta ..

Tu diaaaa .. Kali pertama aku dengar pasal UTC padahal selalu je nampak dan tonton di tv.. hehehehe .. Tak amik tau sebab takde kaitan , kan ? Hehehe..

Bila dah ada kaitan , mengelabah ! Haaa.. Tercari la kat mana UTC paling dekat dan mudah di cari ! Hurmm.. Tak tau mana mana pon ! Hehehe.. Jauh dari aku yang tercampak di Sepang ni..

Nak dijadikan cerita , kebetulan adik ipar pon sibuk nak buat passport . Pergh… rezeki datang mengolek namanya ni ! Leh tumpang sekaki ... hehehe ..

Dan pagi semalam , pergilah aku , mak aku , adik perempuan dan suaminya ke UTC Sentul .

Buat pengetahuan korang .. Ada satu lagi UTC ni.. di Puduraya sana tu..

Tapi orang kata situ lagi meriah ! Jadi , jangan cari pasal ! Gi tempat yang kurang orang .. Huhuu…

Sampai sampai situ .. Gi amik nombor giliran.. ‘1131’ dan nombor yang sedang dipanggil ialah 1017 ! Perghhhhhh .. amik koooo ! Berapa lama mau tunggu  ??

Menariknya di UTC Sentul ni , bila dah amik nombor .. leh gi minum kat luar premis Imigresen tu.. hehehe ..

Sementara itu , mak aku dan adik ipar , gi ke JPN. Mak aku nak buat MyKad dan adik ipar , nak amik MyKad dia yang dia buat semalam .. Senang kan ? Semua dalam satu bangunan !

Parking pon free ! Macam macam ada haa !! Dan kerana UTC ni , tempat ni kembali meriah , kata adik ipar aku tu .. Hurmmm…

Dalam kul 2 petang , aku dapat dah passport aku ! Happy tak terkata.. Maklumlah , tak sangka ada passport ! Tak pernah rancang nak keluar negara la katakan.. Tetiba kena gi Paris ! Gila kooooo .. Tempat impian tuuu.. Tak sangka jejak je kaki keluar dari negara , terus landing ke tempat impian .. hehehe.. Rezeki.. InshaAllah ..

Apa pun UTC ni telah berjaya membantu ramai orang berurusan dengan agensi kerajaan terutamanya pada hari Sabtu .. Maklumlah , Sabtu kan cuti… tapi di UTC ni , tetap kerja kecuali cuti umum !

UTC – Urban Transformation Centre

Untuk sebarang pertanyaan mengenai jadual operasi , bolehlah rujuk ke :

Bangunan mini UTC – Sentul
Kompleks Bandar Baru Sentul
51000 Kuala Lumpur
Tel: 03 4040 0703 / 03 4040 0705 / 03 4040 0706

Bangunan UTC – Kuala Lumpur
Pudu Sentral
50550 Kuala Lumpur
Email : admin@utc.my
Tel : 0380008000

Atau sila ke http://www.utc.my/ .

You May Also Like

0 comments