Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 14 Ogos 2014

Berangkat ke Toulouse , Perancis

 

Selepas berlari 2 km gitu dari Laduree ke hotel .. masa untuk check out.. Jam 1130 pagi. Sebelum tu , ada singgah kat butik Toyota. Tengok kereta concept terbaru mereka ! Perghh… Nanti aku cerita lain ye..

Siap check out.. bergmbar kenangan jap.. Heee.. Saja poyo. Ni gara gara tak cukup tidur la ni.. 2 jam je tidur !

image

Masa untuk ke airport.. Hurm… Apakah aku akan merindui Paris ??? Hehehe.. Kena kembali dengan anak bini , baru best ! Kan kan ?

Dari hotel , naik teksi. En. Fairuz , pengurus Air Asia X yang turut sama ikut uruskan segalanya untuk kitorang sejak dari KLIA lagi.. Bagus orangnya ! Sangat cool dan trendy.. Hehehe ..

Perjalanan ke airport .. aku tengok kiri kanan sepanjang perjalanan.. Hurm… Sibuk !  Banyak orang luar di sini .. Maksud aku , mereka yang berhijrah ke sini dan bekerja di kota Paris ni.. Pemandu teksi kitorang ni pon orang luar aku rasa ..

Dalam setengah jam  , sampai airport… Orang kata bila sampai kat airport ni , sila ke LongChamps. Beg yang dijual murah berbanding di KL .. Orang kata la.. Aku pon ajak la diorang.. Rupanya diorang awal awal lagi dah set dalam kepala ! Memang kepala shopping tul ! Hahaha ..

image

image

Aku pun masuk laaa ke dalam butik ni.. Rakan rakan lain pun turut sama.. Waduh.. Tengok harga , pastu darab dengan 4.4 ! Waaah !! Murahnyaa.. Jap , harga kat KL berapa ? Aku tanya blogger Shea Rosul. Katanya atas RM700 untuk beg yang mereka nak amik ni..

Aku tergaru kepala ! Beg cam ni punya bersepah kat Petaling Street sampai harga gini ? Macam tak berbaloi je kalau aku beli. Bukan apa , beli ori tapi orang nampak macam tiruan.. Aiyokk.. Tak best laaa.. Baik aku cari souvenir yang ada di sini tapi takde di Malaysia ! Haaaa.. baru la berbaloi !! Kan kan ? Lain orang lain pandangan.. kan kan ? Kalau ada duit , beli la.. Takde duit , duk diam diam macam aku ni .. Jimat untuk membeli belah di Tolouse lak ..

Masa untuk check in dan terbang ke Tolouse.. Hurmm.. Bye bye Paris !

image

Selamat datang ke Toulouse , Perancis. Dan disinilah segalanya bermula ! InshaAllah…

image

6 komen :

mama ka0ri berkata... [Reply to comment]

bestnya jenjalan!

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

jauh perjalanan luas pemandangan kan ben

fizafantagirO berkata... [Reply to comment]

seronoknya! , kannn, longchamp tu nampak sama dgn yang fake punya

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Tudiaaa hargaa beg!! Hahahahaha Tak mampu lagi ena nak melancong kat sana... sob!

Famili Ceria berkata... [Reply to comment]

tu beg utk org2 kaya saja..

amiey lee berkata... [Reply to comment]

betul tu... longchamp kawan2 opis ni siap beli yg ori..huhuh tak dapekk la... baik standby duit beli susu n pampers anak..atau duit tu bawa depa jalan2 hihihihih

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI