Berbaloi beli untuk anak ?

by - Khamis, Ogos 07, 2014

 

Di Aeon Alamanda.. Aku mmg cukup suka singgah di bahagian permainan kanak kanak.. Ada je aku nak cari mainan untuk Qhaliff.. Saja nak kasi dia kreatif… Nak gak tengok perkembangan mental dia.. sedikit demi sedikit ..

Lalu section kereta kawalan jauh.. terpandang koleksi koleksi kereta yang menarik perhatian aku .. Hurm…

Tengok harga .. Ok , mampu beli ! RM49 jer.. selepas diskaun… Nak beli ke tak eh ???

“ Qhaliff nak tak ? “ .

“ Nak nakkk .. “.

Aku kekadang terfikir gak.. Dia ni tau cakap NAK je ke ? Ke tau gak nak sebut TAK NAK ?

Aku test kasi patung Barbie lak..

“ Nak tak ? “.

“ Tak nak .. “.

Ok .. confirm .. Aku beli satu kat dia .. Warna lak jadi masalah .. Biru , merah dan silver .. Tanya dia..  Dia pilih silver .. Ok fineeee !

Akhirnya ‘aku sebuah kereta’ sampai di rumah.. Mencari la bateri untuk digunakan.. Huhuhu.. abis punggah satu rumah mencari bateri tu sbb ari tu mmg ada banyak simpan size AAA tu.. hurmm…

Jumpa dan pasang… Baru 2 kali aku tekan , Qhaliff ‘rampas’ dari aku remote tu.. Amboiii.. tak menyempat ! Macam reti sangat nak main .. hurmmm…

Dan .. 10 minit kemudian , ariel remote patah dan kereta pon tersadai sepi di tasik madu ! Haihhh … Terbang RM55 !

Berbaloi ke beli mainan kat budak ? Hurm… Tak beli , kesian lak dok punggah kat dapur tu .. hurmm..

You May Also Like

2 comments

  1. begitulah keadaannya abg ben. saya dan suami pun mcm tu. bila kenangkan anak, bestnya dpt belikan. kang tak beli, takde benda nak main. tp tula, bila mainan tu dah sampai rumah, tak samapi setengah jam, dia tinggalkan mainan tu, dan pergi main benda yg bukan mainan. selalu kata tak nak belikan lagi. tp setiap kali keluar, bila anak2 minta mainan, mesti belikan. kadang2 terfikir, sapa yg nak ni. anak atau parents yg nak mainan tu;-P

    BalasPadam
  2. Hahaaha...encik ben ..tak mudah...tesadaii sepi di tasik madu...sentap hakak tau..tu lagu kenangan lama dolu zaman fauziah latif muda...hahaha..hakak pon muda....

    BalasPadam