Bila bertiga bersama mereka !

 

image

Qhaliff , Zahra dan aku ! Dari jam 8 pagi hingga 6 petang ! Hahahaha ..  Aku harap sangat laa jam tu bergerak dengan pantas ! Kalau Qhaliff sorang je , aku leh handle.. Zahra ni .. Adeh… dia tak nak duduk sorang dia .. Nak kena dukung jer .. Bila dah dukung , baru tidur.. Letak , jaga .. Sakit belakang wooo kalau asik dukung.. Aku bukan muda lagi.. Dah 27 umur aku skang ni.. Haaa .. Diulangi , 27 tahun tau !! Tak caya dah ..

Hari pertama dah selamat .. Esok lak.. Ni masing masing dah pakat tidur awal.. Esok confirm bangun awal .. Aku , dah tertidur tadi selepas balik beraya umah jiran .. Tak sedar pon tertidur ! Hahahaha.. Terjaga sebab nak selesaikan kerja online jer.. Hurmm..

Esok camana lak ? Aku serahkan pada Allah saja.. Gulp.. Sapa kata senang jadi ‘ibu sepenuh masa ‘ ni ?? Duk rileks layan drama filipin ? Huhhh…

5 ulasan:

  1. Ajak main pondok-pondok le Ben!Sambil tengok Kusinero Cinta!

    BalasPadam
  2. Hihi..zahra manja..boleh..abg ben boleh..insyaAllah. .yakin..

    BalasPadam
  3. Bab Zahra asyik nak berdukung tu, sepeten la dengan hero saya, Hud. Sakit pinggang dibuatnya. Agaknya, baby yang lahir tahun ni, semua peten berdukung la. Hahaha...

    BalasPadam
  4. abg Ben...chaiyok2!!! Zahra xnk duduk ke dalam rocker? sian abg kena dukung..hehehe tp xpe..lama2 biasa la tu..hehe chaiyok abg!!!!

    BalasPadam
  5. Tahniah encik Ben kerana telah berjaya melalui satu hari yang amat berbaloi untuk dinikmati..... memang bukan mudah untuk handle baby....especially bila baby suka melekap dengan kita.....chaiiiyoooookkkkkkk......

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.