Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 Ogos 2014

Bila si isteri nak beli ..

 

“ Bang .. nak beli .. “

Isteri kita bekerja. Ada duit sendiri. Tapi bila dia nak membeli itu ini , dia mintak izin kita. Padahal dia boleh je nak beli terus .. Wajar tak kasi ? Hurm…

Setiap kali wife aku nak beli barang kepeluarannya , aku akan senantiasa ingatkan diri aku.. “ Bukan selalu dia mintak . “. Dan “ dia dah hadiahkan aku dua orang anak yang comel comel serta lakukan tugas terbaik membesarkan kedua-duanya. Takkan permintaan tak seberapa tu pon tak boleh nak dpt kelulusan.. “.

Dia tak mintak pon duit aku untuk membeli itu ini. Dia ada duitnya sendiri. Bukanlah aku tak bagi dia duit tapi dia tahu duit aku , untuk byr hutang piutang . Dia pon tahu aku tak belanja mewah mana. Kalau nak bermewah , satu keluarga akan turut rasa.. Aku takkan sendiri sendiri punya..

Dan biasanya wife aku nak membeli pon adalah utk keperluan dia di rumah ni.. contoh pinggan mangkuk.. peti ais dan sebelum tu , periuk nasi !

Bila kasi beli kan , maka pulangannya berbaloi ! Suruh je masak apa , dia akan masak ! Hehehehe.. Seronok lagi dia .. Leh explore dan bercerita di dalam group whatsapp dia .. PEREMPUAN .. kan ? Heee..

 

Untuk sarapan aku dan Qhaliff pagi ni , dia dah sediakan bubur..  Suka ,suka , suka … Aku tak payah susah susah keluar gi kedai mamak .. beli nasi lemak ! Makan apa yang dah dia masak ..  Cam pantun lak.. heee..

Terima kasih sayangku.. esok nak nasi beriani ayam madu lak eh ? Pergh.. awal pagi makan gitu ? Memang menempah keboroian aku ni..

Menurut dia , periuk nasi ni mmg best. Begitu juga rakan di FB aku bagi komen mengenai periuk ni ..

“ guna periuk ni senang nak masak nasi..tunggu 3-5 minit saja..siap.. “.

Pasni aku leh belajar memasak dengan periuk ni .. Nak belajar masak air dulu.. Amacam ? Cool tak ? Ada perempuan teruja lelaki pandai masak air ni .. Bayangkan bila masak air tu , ketul ketul di lengan keluar ! Sasa gitu.. Hahahahaha.. Ok , aku gurau ..

Sesekali , bagilah dia membeli apa dia nak beli .. andai ada duit lebih la kan .. Yang penting tidak membazir dan boleh digunakan oleh semua orang .. Heee..

16 komen :

Famili Ceria berkata... [Reply to comment]

guna periuk ni untuk masak nasi beriani, nasi arab memang terbaik..taruk semua sekali, tumis sikit.. pastu tunggu jer masak..nak buat dodol pun boleh..tapi dodol tu tak setahan yang kacau banyak jam la..

asyifa mustaffa berkata... [Reply to comment]

Sy dah msak macam2 guna periuk ni....ada yg sempat tulis di blog...ada yg tdk...bole tgk sini : http://asyifamustaffa.blogspot.com/search/label/Pressure%20Cooker%20Noxxa?m=0

Nurani SHAKLEE berkata... [Reply to comment]

Coretan simple tapi boleh sampai ke hati..

Nora Karim berkata... [Reply to comment]

Setuju dgn en ben... kalau isteri nak beli sesuatu, setuju je la... perempuan kalau nak sesuatu lbh2 lagi barang keperluan di dapur... mmg bersebab!! Sbb kami2 ni lebih lama duduk di dapur berbanding lelaki... (melainkan laki tu chef la...) hahahaha

Noor Idrawaty Shamsudin berkata... [Reply to comment]

3-5 minit jer???wahhhh boleh beli ni...periuk nasi yg ada kat rumah dah berusia 10 tahun....beli masa mula2 kahwin.....
betul tu encik Ben...kami para isteri ni kan, kalau membeli, suka membeli yang boleh digunakan untuk seisi keluarga, set pinggan mangkuk,set periuk belanga,set cadar, dan macam2 lagilah..... tapi, kaum suami ni, kalau membeli, suka beli yang dia jer boleh guna, contohnya my husband, beli basikal...dia jer lah guna....

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

ben memang elok periuk ajaib ni.... kalau nak resepi apa2 just email akak

S E P H I A A berkata... [Reply to comment]

Untung nye isteri kalau dapat suami ber-mentaliti begini,
Semoga kehidupan lebih bahagia dan dirahmatiNya..
*thumbs up!

juls julie berkata... [Reply to comment]

Assalam..

wahh cepatnyer masak nasik guna periuk ni..ade detail tak..? cth : harga..dan nama periuk tu.. ke periuk nasik biasa..?

beli kat Alamanda ke..? hehehe

acik watie berkata... [Reply to comment]

Amboi...request nasi beriyani ayam madu. Tapi kenapa mesti madu?

Ummi Zarra berkata... [Reply to comment]

Salam abang ben...
Masak nasi senang guna periuk ni bkn tu je mcm2 blh dimasaknya.. sepantas kilat gituwwwww..

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

uamh mak mertua dkna ada periuk nie..hehehee..
bukti mak mertua lebih rajin memasak dari menatunya hahahhaa :p

Fiza Rahman berkata... [Reply to comment]

Terbekenan plak ngan periuk ni. Harga pon blh tahan juga.

Pondok Papan berkata... [Reply to comment]

Cam best aje periuk ni..ada duit lebih leh hadiahkan kat isteri ni..nanti jadi macam bro..nak suruh masak apa pun senang..haha

Bannister Road berkata... [Reply to comment]

pressure cooker Noxxa keluaran Amway ni periuk perbagai guna contoh untuk segala resepi kukus, goreng, rebus segala sup, bubur segala bubur, pop corn, segala resepi nasi - dagang, arab, beriani, lemak hanya 7 minit, rebus telur maximum 30 biji hanya 2 minit, ayam golek dan macam2 lagi.. memang berguna sungguh, harga ahli lebih kurang rm700/- ada jual extra inner lagi kalau nak beli harga rm59/- setiap rumah patut ada satu periuk ni..

Zasillah Ariffin berkata... [Reply to comment]

(Y)

Khai Ching Ang berkata... [Reply to comment]

Sy Amway distributor,tp x pnh force org lain beli brg atau join,cuma share apa yg sy tau kpd org lain utk bantu mereka.WeChat:MichaelKCKC 017-4416931(Michael),Michael-Ang@hotmail.com,https://www.facebook.com/dragontooth007 utk contact sy dan sy akn beri servis terbaik utk anda.Thx 4 concern ye.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI