Cabaran pagi hari !

 

Nampaknya , aku dah semakin berani mandikan Zahra .. Dulu pun berani cuba dah lama tak buat kan.. mandikan bayi ni kena hati hati.. sangat berhati hati !

Teringat kes baru baru ni di sebuah hospital yang mana bayi dimandikan juru rawat tu melecur.. Aku tak tau kisah penuhnya dan tak nak berprasangka buruk tapi amik pengajaran dari situ iaitu , hati hati ! Air mandian kena pastikan dalam keadaan yg suam suam kuku.. kulit bayi dan kulit bapak bayi jauh beza.. bapak bayi dah macam kulit tenggiling.. haaa ! Ada yang terlupa tu !!

Lepas mandikan Zahra , mandikan Qhaliff lak.. Yang ni pon kena hati hati gak sbb dia akan serbu masuk tandas ! Tandas kena pastikan dalam keadaan kering atau tidak licin.. Hurmmm ..

Photo: 1st round.

Selesai part ni , baru leh tarik nafas lega.. Zahra kasi susu walaupun dia tolak ngan lidah dia .. Qhaliff kasi roti telur.. pastu layan phonics video sama sama ..

Fuh… nampak mudah .. tapi ???

5 ulasan:

  1. ya betul kita kna berhati-hati kalau x? terima akibat... pandai betul daddy Qhaliff ini :)

    BalasPadam
  2. Dania dulu SA x pnh pun mandikan masa baby..semua mak buat sbb SA x berani.....

    BalasPadam
  3. hahaha...baguslah abang ben ni

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009