Cemburukah Qhaliff ?

by - Jumaat, Ogos 22, 2014

 

Photo

Sememangnya dia dah terasa terancam sekarang ni .. Sian dia .. Bila tengok dia , berusaha dia nak menangkan hati aku. Buat lawak.. Senyum menampakkan gigi..

Dia pon dah mula berebut dengan adik dia yang tak reti nak berebut lagi tu ! Kalau dah reti , silap silap aku pon turut sama berebut dengan dia ..

Photo

Garang ? Dah makin garang.. Pandai dah marah orang .. Berebut mainan.. Hurmm.. Mungkin sebab dia dah rasa ‘diketepikan’ kot ? Hurm…  sian kat dia .. Padahal , dia tetap aku lebihkan setiap hari..

Dia nak sangat berkawan skang ni.. Nak hantar ke taska , sian dia .. Kecil sangat lagi.. Tak puas nak bermanja ngan ayah dia .. Aku pun tak sanggup lepaskan dia lagi.. Baru 2 tahun lebih.. Nak pergi pon , biarlah 5 tahun gitu..

Bila tengok gambar gambar dia yang lama .. sayu je.. Dah besar pon.. Dah pandai membodek daddy skang ni.. Kalau buat silap , muka cepat cepat berubah jadi muka donald duck.. Kalau kena marah , merajuk masuk bilik sambil membebel ! Sambil membebel ok !!!

Tah la.. Esok seharian lagi aku dengan diorang. Nasib baik la tengahari mak dia balik.. Aku nak gi solat Jumaat. Lega la skit aku.. Bukan apa , aku kesian kat Zahra jer.. Dia tak nak menyusu botol. Tahan hingga ke petang.. Aku paksa gak dia minum. Ada la minum skit skit .. Hurm.. Berusaha tolak dengan tangan dia ..

Bila time gini la Qhaliff pon buat perangai.. Saja nak itu ini dari aku.. Pergh.. mmg mencabar minda la masa ni.. Kena cool .. Berusaha tenangkan diri ..

Terlepas jugak kadang kadang .. Tapi cepat cepat pujuk dia .. Dah pujuk , dia buat balik. .. Sabar je la..

Nak marah lelebih , aku selalu ingatkan diri aku pada satu posting yang aku up baru baru ni .. Memang kasihan membacanya..

Sayu hati aku membacanya .. Semoga Allah permudahkan urusan mereka .. dan kuatkan semangat mereka ..

Dunia ni hanya pinjaman.. segalanya pinjaman..

You May Also Like

3 comments

  1. Waaa... Like... like.. berkaca kejap mata nihh.. aarghh... gambar bawah tu lagi laa menambahkan lagi suasana

    BalasPadam
  2. Susah nak kawal marah sebenarnya bila dah ada 2 anak ni. Memang kadang2 terlepas, pastu menyesal. Yelah, sbb anak saya dua2 pun masih kecik juga sbnrnya 4tahun & 2 tahun, so, mmg tak patut pun kena marah lebih2.

    Saya suke baca nasihat2 utk rujukan ibu bapa dari page Prof. Dr. Rozieta Shaary. Mungkin boleh jd rujukan en.Ben juga :)

    https://www.facebook.com/familyguru

    BalasPadam
  3. anak ana pun memang tak mahu sangat minum susu botol,dia sanggup tunggu sampai saya balik...berat badan pun tak naik banyak sangat...perempuan...

    BalasPadam