Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 31 Ogos 2014

Cermin mata baru aku , lagi !

 

Gulp .. apa jadi dengan Ray Ban yang aku beli sebelum Ramadhan ari tu ?

Sehari sebelum aku gi Paris ari tu , Qhaliff telah 'menodai’ cermin mata aku ni.. Aku dah cukup selesa dengan spek ni ! Nampak terserlah kekacakan aku bila pakai spek ni.. Uhuk..

Apa Qhaliff buat ? Dikala aku sedang lena tidur , Qhaliff amik spek aku yang mana aku letak sebelah aku selepas update blog ( kesilapan besar bila ada anak kecil ) .. Dia pegang dan kangkangkan ‘kaki’ spek aku tu seluas alam !

Kesannya ? Bila aku pakai , kaki tu tak terletak dah kat telinga aku.. Terlebih sudah ! Geram ? Perghhhhh ! Allah je la yang tahu betapa aku geram giler babas masa tu ! Dah la nak gi outstation. Spek lak jadi gitu ! Grrrr…

Nak tak nak aku betulkan bingkai tu skit dan pakai .. Memang tak best langsung ! Hantar balik kat kedai tu , dia kata tak leh buat apa apa dah ! Cehhh .. Pemalas tul ! Bukan patah pon !! Haishh.. Memang aku pangkah terus kedai spek kat Alamanda ni ! Harap nampak pro je tapi amatur .. Caits..

Dan tadi , aku ajak wife gi buat spek baru. Plan nak gi Menara di Alamanda tapi aku batalkan hajat aku.. Gi ke Bangi . Sana ada satu kedai yang lama dah aku perhatikan .. Baik gi kedai cermin mata yang benar benar jual cermin mata ! Bukan sekadar jual tapi profesional !

Maksud aku kan.. Kedai yang aku gi sebelum ni , dia tak uji langsung mata aku.. Cuma guna mesin kat depan tu pastu terus cerita pasal harga cermin ! Gilaaaa ! Siap bagitau harga cermin dan suruh guna cermin yang kaw kaw mahalnya ! Hampehh ! Nak tak nak , aku suruh staff tu ikut je power lama .. Haihh.. Dia ikut je tanpa ada test langsung ! Tak ke … Grrrr !!!

Di kedai yang aku gi tadi ni ..

Masuk je kedai.. bagi salam pastu dia layan dengan baik sekali. Sediakan air dan gula gula untuk Qhaliff.. Selesa !  Pastu dia tanya spek camana aku nak.. Aku bagitau aku nak spek yang lasak ! Dia pon keluarkan macam macam spek untuk aku untuk bagi aku pilihan dan pada masa sama , aku tengok tengok yang lain jugak.

Aku berkenan yg merah hitam ni dan yang Nike… Tapi Nike ni tak tahan lasak ! Bagus diorang ! Yang Nike ni jauh mahal dan yang merah hitam tu , murah sangat tapi dia tetap syorkan yang merah hitam tu..

Photo: Spek baru..

Memang lasak benar la spek tu.. kalau Qhaliff kangkangkan pasni , aku tak perlu risau dah ! Waranti pon ada .. Penting tu ! Hehehhe.. kan kan ?

Pastu baru check mata.. check saraf .. Katanya power naik skit jer. Ok la tu .. Aku tanya dia , boleh ke aku pakai contact lense je ? Dia kata boleh.. Takde masalah ! Wah , seingat aku dulu .. aku tak leh pakai sebab power aku ni ..hurmm.. Tapi aku tak nak pakai contact lense.. aku nak pakai spek .. ala ala Clark Kent gitu.. Menyorokkan ‘ kepoweran’ aku ! Hahahaha ..

Harga keseluruhannya ? Spek + cermin yang leh jap hitam jap putih tu , RM970 ! Huhuhuhu.. Mahai ? Murah dah ni !! Kalau kat kedai ari tu ? Dah leh deposit superbike koooo !!

Lepas settle bayaran , staff tu tanya perihal spek lama aku.. Dia mintak aku bawakkan nanti untuk diorang betulkan. Boleh betulkan kecuali spek tu patah ! Aiyokkkk !! Awat tak bilang awal awal ???? Hahahaha.. biasa la kan , bisnis tetap bisnis..

Apa pon aku puashati di kedai ni , setakat ni la.. Tak tau after sale service lagi .. Hehehee..

6 komen :

calrase patrick berkata... [Reply to comment]

Mantap spek mata baru brother ben...

Rosmiza Ali berkata... [Reply to comment]

Saya & suami kalau nak cek mata, nak repair or beli spek mata memang tak gi tempat lain.. Gagah balik Ipoh jugak.. Sebab kedai tu memang seluruh kaum kerabat kitorang gi sana.. Harga murah.. Servis terbaik.. Dulu beli spek with power + anti silau, anti calar, & ada yg tukar gelap bila tengah panas tu tak sampai RM1000 untuk 2 pasang spek mata.. Kalau gi hantar cuci tu biasalah free.. Kedai lain pun sama kot.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™

Zasillah Ariffin berkata... [Reply to comment]

mahal kan cermin mata ni..adeii, saya baru buat jugak hari tu sale raya kata nya. Tumpang tuah ibu mertua buat cermin mata baru, pastu encik suami sudi belanja saya sekali hehe. mak mertua jenama bonia rm230..saya jenama biasa2 tapi cermin dia kejap gelap kejap cerah jugak lah cam en ben, ada silau semua lengkap la, harga rm250. inilah cermin mata paling murah yang saya pernah ada...tulah pasal encik abang sudi belanja satu kikiki. kalau kena kat saya harga cermin mata cam en ben ni mmg tak merasa lah saya huhu

DYatie berkata... [Reply to comment]

Yt tak ada pengalaman buat spek. Alhamdulillah stkt ini mata ni 'caragas' lagi. Hihi.

Mohd Ashraf berkata... [Reply to comment]

Ape nama kedai spek yg Ben pegi ni ya? Sy takleh buka pic attached tu

Mr Em berkata... [Reply to comment]

Main ribu dah rege nak buat spek skrg. Cis.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI