English atau ?

by - Rabu, Ogos 20, 2014

 

Di kota Paris minggu lepas.. Wah , rindu aku kat sana.. udara segar , kenderaan tidak mengeluarkan asap hitam langsung ! Kereta buruk camana sekali pun , takde nampak asap hitam ! Hurmmm .. Eh , salah isu..

Sambung.. Di kota Paris , setiap kali masuk ke mana mana kedai atau butik , pasti akan di sapa dengan ..

“ Bonjour .. “ dalam bahasa Perancis .. bermaksud '” Hello “ dalam bahasa English. Kiranya satu sapaan yang berhemah la.. Takde la nak sebut “ Yoooo yooo “.. Haaa..

Photo

Kita yang dengar pon akan membalasnya ! Sebab dah terlalu kerap dengar , maka kita yang berada di sana akan turut hafal ! Menariknya , ramai pesan dah .. kalau nak gi Paris , pastikan belajar serba sedikit bahasa sana. Yang asas pon ok dah !

Aku test gak la cakap.. “ Bonjour .. “ setiap kali masuk ke kedai .. Bunyi aku cam pelik skit .. Cam kedengaran  “ Benjol “ pon ada .. Huhuu..

Dan satu lagi , “ Merci “ .. iaitu Terima kasih. Wajib cakap ! Bila mereka dengar , mereka akan balas dengan senyuman ! Haaaa.. Tu diaa ! Sepatah bahasa mereka mampu mengubah riak muka mereka !

Tapi bila mereka datang sini ? Apakah mereka akan belajar cakap bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia ? Haaa…

“ Shelemet Pegi .. “ .. Keras lidah ! Tapi mereka berusaha mengucapnya.. Kita yang dengar , secara automatik akan senyum dan bangga ..

Tapi sayangnya .. payah nak jumpa kan ? Bila mat salleh masuk jer . Terus bagi  .. “ Hello.. “. Ada ke kita nak cakap “ Selamat Datang “.. Takde kan ? Takde kan ? Sekali lagi.. Takde kan ? Haaaa .. Kita malu dengan bahasa kita ke ? Aiseyman..

Hurm.. anak kecil kita.. Kecik kecik lagi dah dihantar ke taska dan belajar English.. Bahasa Melayu tunggang langgang lagi ! Bangga mak ayah bila anak cakap English.. Hurm.. Bahasa penjajah .. Kononnya bahasa dunia ..

Aku bukan menidakkan bahasa English ni .. Aku pun suka cakap omputeh ni ha.. Tapi setidaknya kan .. bila mereka di negara kita ni .. maksud aku , pelancong .. biarlah mereka cuba belajar budaya kita.. bahasa kita ! Bukannya kita kena belajar budaya mereka .. bahasa mereka , di negara kita ni ! Kan ?

Seperkara lagi .. Di sana , filem Hollywood atau filem luar , diorng alih bahasa ! Kat tv mereka  di dalam hotel , payah laaa nk jumpa channel English .. Tu pengalaman aku la.. Kalau korang jumpa , ok la tu.. aku je la tak jumpa ..

Belajar bahasa luar ni bagus tapi jangan sampai merendahkan bahasa sendiri ! Kalau boleh , biarlah mereka belajar bahasa kita bila mereka di sini dan kita belajar bahasa mereka , bila kita di sana ! Pertukaran budaya secara terhormat ..

“ Buuu.. shoe .. “. Qhaliff kata ..

Bila pulak aku ajar Qhaliff cakap omputeh ? Bapak dia ni coklat warnanya dan berdarah Pulau Pinang.. Mak dia , Kelate.. Apahal dia cakap shoe ?? Tak reti cakap ‘kasut’ ke ?

Hurm… Nak cakap omputeh tu tak salah tapi jangan tercicir bahasa yang indah ini ..  Ni lahir kat Malaysia , cakap melayu pon hancur ! Aper celita ???

Sekadar pendapat aku ..

You May Also Like

11 comments

  1. Dua2 bahasa penting zmn skrg ni .. tp jgn smpai tenggelamkan bahasa melayu.. tgk sekeliling ramai cakap english wpun sesama melayu .. shopping complex biasa dah tgk mak ayah guna bhasa 'mat salleh' sbgai bahasa pengantara mereka .. huhu bagus ajar tp yg slh smpai lupa asal usul .. jgn smpai 1 hari eh rupanya aku anak melayu ~ hoho tabik spring dgn org asing yg mmg fasih ckp b.mlayu ..

    BalasPadam
  2. hurmmm nak buat mcm mana. kalau tak cakap english dr awal. peluang pekerjaan pun susah nak dpt. tambahan dlm sektor swasta. sekarang english dan mandarin bahasa dunia. kita bahasa melayu jgn dilupakan. bak kata abg ben at least pelancong belajar bahasa dan budaya kita. makanan melayu kita seronok bg pelancong makan. tak kan bahasa melayu kita segan nak cakap. hehehe. org atasan kena terapkan bahasa mudah utk komunikasi utk cakap dlm bahasa melayu. at least selamat datang dan terima kasih pun cukup le. walau apa pun. doakan anak2 kita terang hati nak belajar pelbagai bahasa. melayu, mandarin, english dan arab. 😊😊😊

    -ruby.my-

    BalasPadam
  3. sokong 200%.. sy yg bekerja di slh satu tmpt perlancongan hari2 hadap situasi ni..sy mengalaminya,seronok tau bila jmpa pelancong yg cuba ckp bahasa kita..

    banggalah dgn bhasa kita sndiri, ubah sikap kita..

    BalasPadam
  4. www.errakyra.com




    Papepong.. berbanggalah.bhs arab gak sepatah sebut pon dah dpt pahala.bhs syurga.Bhs lain ade? non hado^^

    BalasPadam
  5. Bangga dgn bahasa ibunda.. Tp belajar bahasa lain sama.. Satu untuk sekarang, satu untuk masa depan..

    BalasPadam
  6. Tak salah anak anak pandai bahasa inggeris nampak sel sel otak dia berkembang. Pengalaman anak saudara pandai sebut perkataan inggeris mcm qhaliff tapi dalam masa yg sama pandai juga baca Al-fatihah wlpn umur baru 2 tahun.

    Ibu bapa main peranan penting. Macam mana nak corak anak anak..hee

    Huwaaa rindu qhaliff!

    BalasPadam
  7. Btul tuuu... english penting tp yg perlu diutamakan adalah bahasa melayu... masalahnya org kita skrg ni sendiri... hmmmm... bak kata2 ni... Bahasa Inggeris didahulukan, bahasa melayu diutamakan... dah tu guane?

    BalasPadam
  8. skong gk tu..dua2 bhasa tu pnting tapi bhase mleyu lagi penting.. jgn la taksub sgt dgn bhasa barat tu.. jgn hilangkan bhasa mlayu kita..

    BalasPadam
  9. saya paling tak suka bila remaja sekarang suka merosakkan bahasa melayu dengan stail perkataan yg konon bagi mereka up to date... contohnya :

    kitew x sukew tau....
    OIt ! HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BolerH ?
    ewwww...jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark.busyan!!..busyan!!...

    sakit sungguh mata bila membaca...especially yg suka update status kat facebook...bukan org lain, my students jugak....adoiii...rasa bersalah sebab tak dapat mendidik mereka dengan baik.....

    Marilah kita sama memartabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris

    BalasPadam
  10. dgn anak2 maq selalu ckp dlm bahasa melayu je,tapi anak2 ajar maq cakap bahase diaorg pulak ( bahasa pasar ) ,sedangkan bahasa melayu yg sebenarnya sgt lah indah dn menarik ...hmm nk buat macamana lagikan ..

    i pon follow je la :)

    BalasPadam
  11. THAILAND pun sama.. susah skit sebab tak ramai pandai english. kita kena tahu cakap dorang. tv pun semua alih bahasa thailand jugak..

    BalasPadam