Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 13 Ogos 2014

Hampir diseluk saku di kota Paris !

 

Hari pertama di Kota Paris ..

Sebelum keluar , rakan blogger .. Evelyn dah nasihatkan aku untuk bawa sejumlah wang yang mencukupi dan juga tinggalkan passport dalam peti besi. Bawa saja MyKad atau lesen memandu. Jangan risau kerana mereka akan menerimanya..

Kemudian aku masukkan duit yang aku bawa .. Rasanya tak sampai pon 200 euro dan MyKad dalam travel purse yang aku beli.. Aku beli warna hitam agar sama dengan porch bag aku tu.. Kalau orang nak  curi , dia takkan nampak .. InshaAllah ..

Awal pagi selepas makan pagi .. Semua berkumpul dan bergerak berkumpulan ke hentian bas.. Plan nak naik bas pelancong je untuk pusing kota Paris ni .. mudah dan cepat..

Maka semua berjalan kaki dari hotel ke hentian bas yang memakan masa .. 5 minit jer .. Tak jauh pun.. Pastikan sebelum nak buat kerja gini , dah ada sedikit research yer.. Nak kena tahu berapa tambang , pukul berapa bas berakhir dan destinasi.

Bila tiba di perhentian bas , blogger Cindy pergi tanya la berapa tambang kena bayar .. Kemudian dia maklumkan pada rakan lain berapa jumlah dan kita kumpulkan duit..

Aku yang sedang keluarkan duit , tiba tiba diserang oleh sekumpulan budak budak perempuan yang memegang pen dan kertas ! Mereka mintak suruh sign kertas tu.. Macam sign memo apa kejadah tah..

Aku cepat cepat tolak mereka permintaan mereka . Aku tak berani nak bersoal jawab dengan mereka.. Mereka terlalu ramai.. Dalam 5-6 orang datang.. Aku pelik la apahal gitu sekali .. Aku cepat cepat jaga handphone aku.. Aku tak sedar porch bag aku terbuka..

Tiba tiba blogger Evelyn menjerit !

“ Ben , mereka nak curi dompet !! “ .

Cepat cepat aku pegang porch bag aku.. Everlyn terus marah mereka dan mengatakan mereka nak seluk porch bag aku.. Budak budak tu menafikan ..

Everlyn dah mula nak marah.. Cepat cepat aku coolkan dia .. Aku halau budak budak tu… Dan aku check porch bag aku.. Adeh , diorang dah amik travel purse aku !

Evelyn yang dengar suara aku tu terus jerit  kat diorang .. Budak budak tu dah terus tak nampak ! Kemudian aku cek betul betul ! Ada rupanya ! Tersorok dan sememangnya tak nampak sebab warna hitam ! Nasib baik …

Evelyn cerita semula detik tu.. Dia kata dia nampak salah seorang dari mereka dah masukkan tangan ke dalam porch bag aku ! Sebab tu dia jerit !

Selepas dari kejadian tu , aku mmg terus zipkan sweater aku ! Semua orang berhati hati dengan budak budak yang bawak pen dan kertas ! Diorang mmg akan berada di lokasi yang ramai pelancong seperti di Eiffel Tower dan hentian bas.. Tempat yang ada polis , diorang mmg takde ! Diorang ni , bukan orang tempatan !

Cuak gak ! Memang tak berani dah aku ! Bukan apa , dalam beg aku tu penuh gadget !

Selepas kejadian tu , Evelyn nasihatkan aku supaya letak duit yang diperlukan di poket ! Kalau nak membeli , keluarkan duit yang sedia ada dah ! Tak perlu nak buka tutup porch bag.. Betul jugak kata dia ..

Alhamdulillah .. lepas dari kejadian tu , mana mana budak nak datang kitorang akan lari .. Dan yang pasti kami senantiasa menjaga antara satu sama lain !

13 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

hati-hati bang ben... ^_^

Zamani Abe berkata... [Reply to comment]

Modus operandi yg tak terfikirkn oleh lita.. lain tmpt lain caranya

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

Syukur Alhamdulillah selamat lagi harta ben tu.
Bagus berjalan berkumpulan ni dan menjaga antara satu sama lain.

*gambar tercucuk jari di menara eifil tu menarik :)

.*.WiE.*. berkata... [Reply to comment]

Fuhh.. nasib baik.. kena lebih berhati2 tu Ben..

E Y C H A berkata... [Reply to comment]

Bonjour!
Comment Allez Vous, Monsieur Ben Ashaari?

Dah sampai Eiffel Tower? Last time, dkt area tower nie ramai anak-anak pelarian/bangsa asing yang mengemis. If diorg masih ada kat sana lagi.. pls be careful dan don't start sedekah seposen dua.. because seorang yang kita bagi, semua akan menderu mintak sedekah dengan cara yang ganas!

Enjoy your stay!

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

fuh.. sib baik perasan.. syukur semuanya selamat..

KH KS berkata... [Reply to comment]

Masa saya pi eifel tower tahun lepas pon camtu gak suasananya, dikerumuni bebudak pempuan utk minta donation kot...tapi sy x layan pon...memang dah elert ngan pick pocket neh kalo travel...tambah pulak sy ni alone travellar from KLIA to Fance to Italy....lagi la cuak kalo berhadapan dalam suasana cam tu...sy simpan duit merata tempat spt dlm stokin n kasut...porch bag 2 lapis...banyak menda wooooo nak kena beringat...anyway have a great journey Ben!.miss Paris much!

MissNadia berkata... [Reply to comment]

bahaya nya.. berani betul derang ni kan.. ish ish

Fiza Rahman berkata... [Reply to comment]

Alhamdulilah tak der yg hilang. Cantik last pic ni ☺

eima berkata... [Reply to comment]

tu dia bahaya betui la .....

Solehah Shamsuddin berkata... [Reply to comment]

Oh rupanya budak2 yg bwk pen n kertas yg suka mencopek, bahaya juga ni. Nasib baik solehah baca entri ni, kalau x mesti xtau jenis cmne pencopek tu. tapi cekap jgk bdk2 tu nk mencuri ye, berani lgi tu nk buat kt org luar.huhu

Nurani SHAKLEE berkata... [Reply to comment]

Hati2 bang ben..tak sabar nk bara lg story psl paris

ummi aqilah (LM) berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah x berlaku kehilangan. Nmpknya mana2 negara pun klu kita pergi kena simpan duit yg nk pki dlm poket. Mata2 yg memerhati tu terlalu byk.bahaya

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI