Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 Ogos 2014

Koleksi Musim Luruh 2014 Royal Selangor

 

Koleksi musim luruh yang terbaru daripada Royal Selangor diilham dari pelbagai gaya dan era dan telah mengakibatkan kewujudan lima koleksi elegan untuk gaya hidup kontemporari.

ZODIAC

Dua belas haiwan ikonik daripada zodiak Cina menyerlah dalam koleksi kaflin dan loket yang elegan daripada Royal Selangor ini.Gambar di bawah adalah sebahagian dari koleksi tersebut.

Zodiac (7) Zodiac (3) Zodiac (5) Zodiac (8)

Reka bentuk haiwan zodiak Cina yang rumit diilham dari seni potongan kertas Cina, salah sebuah bentuk seni berumur 1500 tahun yang disenaraikan di dalam Senarai Warisan Budaya Bukan Kebendaaan oleh UNESCO. Diukir secara halus dalam pewter, koleksi ini menampil kraf yang artistik dan jitu. Sama ada dipakai untuk kerja atau kasual, koleksi ini memudahkan si pemakai menampilkan gaya tersendiri

Koleksi ini boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web www.royalselangor.com .

 

MIAMI

Royal Selangor memperkenalkan Miami, satu koleksi pemegang lilin bergaya retro yang mengambil inspirasi daripada gaya estetik tahun 1950-an. Koleksi Miami menampilkan hiasan minimal, salah satu ciri reka bentuk gaya “mid-century modern” , yang berasal dari gaya reka bentuk “International” dan “Bauhaus” yang ditafsirkan oleh pereka bentuk Amerika . Koleksi ini terdiri daripada pemegang lilin berbatang, pemegang lilin lentera dan bekas pemegang lilin

Miami (4)

Serikan rumah anda dengan cahaya lilin dan cipta suasana yang selesa dengan penampilan lilin strategik . Lilin berharum juga mencipta ruang aman.

Miami (1)

Koleksi Miami boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web royalselangor.com bermula dari bulan Disember.

 

CIRCA

Reka bentuk koleksi Circa dipengaruhi garisan-garisan kemas dan kefungsian tahan lama ala “mid-century modern” pada zaman abad pertengahan tahun 1950-an, , yang berasal dari gaya reka bentuk “International” dan “Bauhaus” yang ditafsirkan oleh pereka bentuk Amerika. Koleksi ini terdiri daripada penggiling rempah, pendingin wain, penghidang salad, mangkuk-mangkuk, alas botol dan dulang-dulang.

Circa (1) Circa (4)Circa (5)

Reka bentuk yang sederhana tetapi elegan ala “mid-century modern” menjadikan koleksi ini sesuai dengan pengaturan meja makan yang kontemporari.

Koleksi Circa boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web www.royalselangor.com bermula dari bulan Disember.

HARD DRIVE

Royal Selangor memperkenalkan koleksi terbaru pemacu kilat USB berkapasiti 16GB dan pemacu mudah alih berkapasiti 500GB, gajet terbaru yang “mesti dimiliki” oleh ahli-ahli perniagaan dan pencinta reka bentuk

Harddrive (14)Harddrive (9)Harddrive (12)

Di bawah bahagian luar yang berkilat adalah penyimpan data berprestasi tinggi yang mampu menyimpan dan membawa video, gambar-gambar dan fail-fail digital lain dengan mudah. Kedua-dua pemacu serasi dengan Microsoft® Windows® XP atau versi selanjutnya, Mac OS X v10.0 atau versi selanjutnya dan Linux Kernel 2.6.33 atau versi selanjutnya.

Dan satu lagi koleksi iaitu Chateau iaitu koleksi aksesori bar elegan yang mengambil idea-idea keindahan seni Renaissance untuk menghasilkan aksesori-aksesori bar yang praktikal untuk gaya hidup kontemporari.

Kesemua koleksi ini boleh didapati di kesemua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar dan dari laman web www.royalselangor.com

2 komen :

mommy idra berkata... [Reply to comment]

lawa...cantik....tapi, rege tak mampu milik....maha seghupo bedil..tengok jer lah....

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

sungguh klasik, unik dan tinggi mutu buatannya....dapat tengok pun jadilah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI