Laduree , Paris

 

Sekejap je masa berlalu.. Dah tiba masa ke kemuncak.. Tujuan utama ke Perancis ni .. Huhu.. Nak ke Tolouse dalam jam 2 petang waktu Perancis. Maka sila beli apa nak beli yer ! Duit ada skit je ni .. Rakan rakan di FB pm , whatsapp mintak kirim .. Sepatutnya la kan.. awal awal lagi la kirim duit. Bukan dah ada kat sini baru nak kirim. Kan naya dah.. aku tak bawak atm kad ! Haaaa.. Acaner tu ? Takkan aku nak pinjam duit kat rakan rakan sini ? Guna duit aku ? Aku pun tak cukup duit.. Maaf yer kawan kawan ..

Ok.. Sebelum balik , rakan blogger, Cindy ada suruh aku beli macaroons untuk wife .. Bagi dia rasa. Aku tak tau la amenda tu.. Tapi beli jer la..

Maka ajak la blogger Evelyn dan Denzel gi mencari menda tu.. heheehe … Kena jalan kaki dalam 20 minit .. Kalau jalan laju.. 15 minit.. Lagi laju , 10 minit pon boleh..

Kena buat selfie kat sini gak. Kang orang kata aku edit gambar .. Hahahaha .. Takde la.. ‘dia’ gurau jer ..

image

Hurm… bila masuk jer ke dalam LADOREE ni , ramainyaa orang ! Beratur kooo … Macam macam ada jual haa… Pilih jer mana nak dan bayar !

image

Mereka membungkusnya dengan cukup berhati hati..

image

Aku beli dalam 6 jenis gitu. Tu pun Evelyn yang tolong uruskan.. Hahahaha .. Dia banyak bantu aku ngan si Denzel kat sini.. Berpengalaman luas la katakan. Lagi pun , lagi 3 minggu dia akan kembali ke sini. Ada photoshoot katanya.. untuk majalah fesyen terbaru..

Tadaaa.. beli dah ! Dalam harga 20 euro .. Jangan convert ke RM ? Er, bankrupt aku kalau gitu ! Hahahaaha …. Sebab aku berdarah RM .. Kena la convert .. Kalau aku bergaji euro , lain la kan ? Huhuh..

image

Satu lagi , Evelyn punya .. Aku pun tak rasa lagi.. Simpan balik KUL dulu.. Makan sekali ngan wife.. Baru romantik ala ala Paris gitu ! Hahahaha ..

Selesai membeli , kena balik hotel terus !  Masa tak mengizinkan dah .. Berlari !!!! Best berlari dalam cuaca sejuk dingin ni.. huhuh..

5 ulasan:

  1. Comelnya.macaroons ke nama dia.

    BalasPadam
  2. wah..bestnya abg ben beli ladure..sedap tau.takdelaa manis sangat

    BalasPadam
  3. adoii harga dia gigillll nak convert...

    BalasPadam
  4. macaroon dekat KL ni pun sekeping (tangkup dua) pun dah Rm3/-...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.