Merayau di bandar Tolouse , Perancis

 

Sampai je depan hotel.. aku terpandang taman dia yang sangatt romantik !! Hahahaha.. Aku suka betul lepak taman gini. Kalau ada wife , Qhaliff dan Zahra .. mesti diorang suka punya.. huhuhuh..

Malas berjalan , leh naik basikal atau ‘keretapi kecik’ tu.. Apa tah nama dia.. Hahahaha ..

Hurm.. Kota ni kecik je.. Jap je jalan , dah leh hafal .. Tapi meriah .. Macam macam ada jual tapi yang pastinya bukan barang tempatan. Maka , aku tak beli apa apa kat sini ..

Yang ni paling menarik perhatian aku ! Lampu isyarat dia .. Hahaha.. Siap naik menda ni haaa.. Jadi kereta tak leh sesuka hati nak jalan gak laa .. Dah ada penghadang ..

Kalau nak naik feri pun boleh.. Jenjalan kat sungai ..

Hurm.. Banyak gambar kalau nak letak… Hahaha.. Letak mana yang sempat je la dulu .. gambar lain , aku letak kemudian dengan cerita yang berbeza ..

Kesimpulan , bandar Tolouse ni .. menarik bagi mereka yang nak relaks.. Mmg best lepak kat taman sambil membaca , minum kopi dan sebagainya. Menurut sumber, masalah jenayah pon tak seteruk di Paris tu.. ‘ Super safe’ katanya .. Heee..

Ok .. nanti aku cerita lagi.. Nak kemas beg. Jap lagi nak ke kilang AirBus… Ni tujuan utama ke Perancis .. Pastu , akan terus balik ke KUL dengan kapal terbang Air Asia X yang baru !!! Aku antara yang pertama berada di dalamnya ! Tak ramai pun.. Blogger dan engineer serta pilot jer dalam kapal terbang tu ! Wahahaha .. Tak sabar !

Tapi.. perjalanan akan memakan masa 16 jam ! Hahahaha .. Masak laa.. Ha , sila pilih tempat duduk masing masing.. Nak ubah pon tak peee.. Takde sapa nak marah.. nak jenjalan pon boleh .. Lalalala ..

Doakan kami selamat tiba di KUL .. Jangka tiba , Jumaat  petang. InshaAllah ..

12 ulasan:

  1. untunglah untunglah...ahakss...itu flight aben yang punya...ahakss... have a safe journey aben...

    BalasPadam
  2. selamat berseronok... beli brg tuk bini lebih2 sikit... wakakak... br jadi suami mithali.

    BalasPadam
  3. insyaAllah bro.moga selamat pergi dan baliknya.bestnya..pariss kau..aku ada?huhu..nan adoo lagi. T_T

    BalasPadam
  4. Dulu berangan nak pergi France tp sekadar angan2 jer..hehehehe

    BalasPadam
  5. Ini bermakna Air Asia X akan buat penerbangan ke Paris lah ye?

    BalasPadam
  6. Terbaik Abg Ben!
    http://vitamincintaummi.blogspot.com

    BalasPadam
  7. cantik bandarnya tidak ada kenderaan yang banyak dan boleh berbasikal sahaja serta air sungai yang jernih....boleh santai2 lagi, memang negara maju...seronoknya En Ben

    BalasPadam
  8. kota yang cantikk..sesuai bawak anak2 sbb ada taman kan...

    ok tiba bab airbus.- jelessssss hahahahahaha

    BalasPadam
  9. Menarik sangat2 ..Untung ler En Ben ..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009