Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 3 Ogos 2014

Nak marah atau tidak ?

 

Bila tengok dia tidur , aku rasa kesian sangat kat dia .. Kena marah je dia malam ni ! Memberontak kot ? Atau aktif bebenor … Hurmm.. Mengantuk tapi tak nak tidur.. jadi dia buat onar ! Huhuhhu…

Malam tadi , aku bawah dia gi beli makan malam kat kedai luar. Saja nak bawak dia berjalan. Boring kot dia kat rumah.. Tu asyik bising jer .. Hurmm..

Di kedai makan , lain pulak karenah dia.. Meronta nak turun dari kerusi meja makan tu.. Terus nak berlari ke dalam kedai ! Dengan periuk panas kat situ .. Haishh.. nasib baik sempat tangkap dia ..

Dia nak kejar kucing ! Cukup taksub sungguh la dia dengan kucing ! Terus kejar dia nak sergah ! Hurm… Bela kucing ? Wife tak boleh… alergik dengan bulu..

Bila dah dapat tangkap dia , dukung la dia … Meronta nak turun lagi ! Kalau aku lepas , kang lagi laju dia lari .. Bahayaaa ! Camana aku nak buat ? Dah suruh diam pon , dia tak nak.. Malah marah aku balik ! Huk alohhhh ..

Waktu dia meronta tu , aku cubit betis dia .. Terus menangis dia ..

“ Saaakittt.. “.

Alahaiiiii … sayu pulak hati aku dengar dia cakap gitu.. Terus aku gosok kat betis dia .. Kucup pipi dia .. Mintak maaf.. Tapi bagitau dia la kenapa buat gitu..

Bila dah berenti nangis ( kejap je dia nangis ) , dia meronta nak turun balik ! Cuba bagitau aku , apa yang patut aku buat ???? Arghhh..

Apa yang aku buat ialah .. berjalan jalan di kawasan tu dan cari kucing ! Beb , Qhaliff tu , dah 15kg tau berat dia ! Mau sakit pinggang aku dok dukung dia gitu ! Bukanlah mengeluh tapi bagitau korang je la.. Bukan senang nak jaga budak ni ! Kalau nampak parents marah anak dia tu , bukan tanda dia dera atau benci tapi adalah sebab dia tu..

Jangan cepat nak pk buruk kat orang .. Ha ! Nasihat untuk aku ni ..

2 komen :

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

huhu..cabaran toi jdi ayah ni kan..

annies MAN berkata... [Reply to comment]

apa yg dpt maq nasihatkan , bnykkan bersabar sebab budak sebaya qhalif mmg mcm ni lah perangainya (utk yg aktif )biasanya budak lelaki , perempuan ni slow sikit .

maq pulak bila anak2 nakal diluar ,maq akan cakap ...

'esok2 kalau maq keluar , awk jgn ikut kalau awk nakal lagi '

^_^

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI