Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 11 Ogos 2014

Normalkah Qhaliff

 

Hurm.. risau aku sebenarnya.. Bila dia gi menghala ke tempat permainan yang ada budak budak lain , pasti aku kena ikut sama ! Kalau tak , naya budak budak kat situ ! Main suka tekak diaaaa je nak amik alih permainan tu dan marah kengkawan tu ! Apa dia pikir bapak dia punya ke ?? Haishhh .. Bapak dia punya , ada kat rumah ! Kat situ , bapak orang lain yang punyaaa..

Tangan dia cepat ! Sebelum dia nak hayun , dia akan bukak kuda kuda Ultraman dia dulu .. Yang tu aku risau tak sempat nak tangkap ! Kalau lewat , confirm hinggap kat budak tu ..

Tapi setakat ni  , yang jadi mangsa .. bapak dia je la.. Budak lain , dia gertak jer.. Dia tampar dinding ke.. lantai ke.. Pastu sendiri sakit ! Bila budak tu sergah dia lak , tau pulak takut ! Hahahahah ..

Seperkara lagi yang merisaukan aku.. Dia nak ajak kengkawan yang tak dikenali tu , main sama dia .. Pastu nak tolak bergurau .. Kena kalau budak tu halus dari dia ? Mau tak tersungkur ? Haihhh …

Rasanya , kena gi sekolah dah ni.. Kalau aku takde , dia takut skit .. Kalau dia tau aku ada situ , dia ‘besar kepala’ .. Hurmmm..

Normal ke ? Ke aku dah manjakan dia sangat ni ?

Hurm.. gini punya gaya , dah tiba masa kena hantar dia ke Oxford .. hurmm.. Ke awal lagi ? Hantar ke Al Azhar ? Erk.. heee.. Taska Melodi Taman Indah dah la…

7 komen :

Lynn Munir berkata... [Reply to comment]

Anak daddy...hehe

rinduan citarasa berkata... [Reply to comment]

Yes. Taska je dulu.
Karang lps daddy balik dr Paris br uruskan hal Qhaliff

Ubj Jahan berkata... [Reply to comment]

Normal lah tu..comelnyer dia.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata... [Reply to comment]

Allah..xtau la nk jwb camno abg ben.xdak pengalaman lagi.hehe.so far xda anak sedara yg ganas camtu.kalau nakal pun sikit sikit je.mungkin dah besar sikit nanti ilang la tu.

juls julie berkata... [Reply to comment]

Assalam.. Budak lelaki mmg lasak..kalau tak lasak, bukan lelaki namanya.. biasanya tgk pengalaman anak3 sedara, dorg biasa lasak masa kecik jer.,.lengan koyak sbb jatuh dr kusi & kene bucu lemari selamba derkkk jer sengih2 sambil cari tola nak lap dara... -_-'

,dah besar kang, takde dah cam tu...eehehe

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Hehehe budak2 biasa la..

Nor Murni Fairouz Rafingi berkata... [Reply to comment]

Manja benor ni....haha
Sib baik comel :p

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI