Open house oh rumah terbuka !

by - Rabu, Ogos 20, 2014

 

Syawal bakal menemuinya penghujungnya untuk tahun ini. Sekarang ni setiap hujung minggu , pasti akan ada jemputan rumah terbuka.Aku terima jemputan dari rakan rakan .. Cuma nak pergi ke tak pergi ? Ada yang dekat dan ada yang jauh. Kalau tak pergi , takut kecil hati pulak kawan tu .. hurmm .. Yang dekat tu , InshaAllah akan aku cuba penuhi.

Alhamdulillah .. aku berjaya pergi la dua tiga rumah selepas balik dari luar negara ari tu .. Cuma masalahnya , kalau gi awal , aku jadi pening kepala.. Ramai benar tetamu.. Tuan rumah , aku sempat bersalaman dan bertanya khabar .. Pastu dipelawa makan ! Wowww .. makanan banyak tapi aku datang ni bukan untuk makan semata mata .. Aku nak lepak bual panjang lebar ! Hurm… Datang hari lain je ? Kalaulah hari lain tu tak sibuk.. kan ?

Kalau datang lewat lak .. Tuan rumah mesti dah penat .. Seharian layan tetamu.. Nak berbual dengan kita , muka pon dah terpampang keletihan .. Kita pulak jadi kesian .. Gi la makan.. Nak amik makanan pon , ada jugak masalah kekadang.. Garfu takde.. Sudu takde.. Atau nak minum air , air pun dah tawar.. hurmm… Tak pe la .. Jangan komplen !

Nak pergi ke rumah terbuka tu , bukannya mudah skang ni.. Kena harung kesesakkan lalu lintas yang sangat pelik sesaknya ! Pastu tercari cari rumah.. Dah jumpa .. borak 5 minit pastu makan .. dan balik rumah ! Tu je ? Hurmm .. Niat nak ikhlas gi beraya tak pasal pasal dah jadi mengumpat di dalam hati ..

Buat open house tu bagus.. aku suka la.. tapi sayangnya , tak dapat beramah mesra dengan tuan rumah.. Tuan rumah pulak , kelam kabut.. Kena layan orang tu .. layan orang ni .. Kalau tak dilayan , ada jugak yang kecik hati..

Ada baik dan kurangnya di sini .. Sebab tu , aku jarang nak gi open house yang akhirnya aku sendiri rasa menyesal ! Bayangkan .. rumah kecik , rumah apartment .. buat open house.. Jemputan , abis penuh satu rumah.. Dah tu nak makan kat mana ? Dengan dukung anak lagi.. Dengan nak beratur amik makan lagi.. Hurm..

Aku terasa kehilangan keindahan berhari raya sebenarnya. Teringat masa kecik kecik dulu , ikut mak ayah aku beraya dari satu rumah ke satu rumah  tanpa perlu tunggu jemputan jiran tetangga.. Hanya rumah Agong dan PM je ada ‘ rumah terbuka’ waktu tu ..

Apa pun , pendapat masing masing .. Sesungguhnya aku tak mampu buat open house sbb aku tak mampu nak layan semua orang sekali gus. Nak datang beraya , datang je.. sila bagitau je.. kot kot aku gi open house.. Eh ? Hahahaha ..

You May Also Like

5 comments

  1. Sgt bersetuju. Sy x pernah buat open hse sejak kawen. Klu nk dtg bg tau je blh la masak sikit2 apa yg ada.. Thnlepas buat kenduri time raya pun konon sbb nk rasmi rumah baru tp mmg sedih. X dpt borak dgn sedara mara dan kwn2. Kita bkn ada org suruhan nk buat kerja hidang bagai tu. kejar sana sini last2 kecewa sbb x dpt sembang mesra dgn tetamu.

    Klu g rumah orang pun sama la jugak, dtg dan makan. Tak sempat borak pun.

    BalasPadam
  2. Setuju!! Apapun buat sesuatu ikut keselesaan diri..

    BalasPadam
  3. Setuju...teringat zaman 90an beraya satu kg

    BalasPadam