Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 7 Ogos 2014

Satay 40 sen !

 

Kali pertama aku singgah ke gerai jual satay ni , sebelum Ramadhan yang lepas. Bila aku up gambar di FB , ramai tanya kat mana. Ada yg gi cari… Tapi tak jumpa.. Rasanya akak tu dah bukak tapak tempat lain untuk jualan di bulan Ramadhan kot…

Tadi , aku nak gi cari satay .. Terlupa si Qhaliff suka makan satay.. Tu pun wife ingatkan aku semalam.. Masa balik Kelantan ari tu , dia mmg pantang nampak satay.. Cuma risau je la ngan batang lidi satay tu.. hurmm..

Ok.. nak dijadikan cerita , tadi aku gi singgah beli selepas nampak gerai ni dibuka jam 5 petang.. Awal tuu… Beli la dalam RM5 .. tu pun banyak dah !

Antara sebab beli ialah nak bantu OKU .. akak yang jual tu OKU .. Tapi bukan semata mata tu tau ! Satay dia murah dan sedap ! Haaa.. Isi banyak ke ? Aku kalau isi banyak , aku pun tak nak .. muak siut ! Makan satay ni bagi aku , macam makan main main jer.. Nak kenyang , jgn bakar satay.. bakar terus kambing kat situ gak ! Haaa.. makan sampai tergolek !!

Apa pun , akak ni bersama suaminya mmg peramah .. Lepas diorang meniaga , mmg diorang bersihkan tapak ni.. Aku dah perati bnyak kali.. mmg bersih la…

Dan sewaktu aku amik gambar diorang … akak ni bagitau diorang amik tempahan untuk Syawal ni .. Yang tinggal area Sepang atau sewaktu dengannya , boleh la try call tanya sendiri .. heee..

2 komen :

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

Ben..satay makan dgn laksa memang ngam lah..cer try, tu pasal akak tu gu mcm tu... cara org utara tak berapa utara makan satay ! , ni wife aku cakap la...dia jenis yg makan satay dgn laksa..huhu aku baru tau pun selepas kami nikah...

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

murahnye...area mn?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI