Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Merdekakan Diri Kita !!

 

Alhamdulillah.. Sekali lagi , negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke .. korang teka la berapa ? Tak tau ?  Hehee.. tau dah !! Tu belum suh sebut tema kemerdekaan kali ni.. lalalalal …. Cer bagitau skit kat aku ??? Baru nak google la tuuuu…

Ok , aku pon tak ingat sangat sebab panjang benar .. Hahahaha .. Masa sekolah sekolah , hafal laa.. Sekarang ni , nak ingat tarikh lahir anak pon gagal.. ni kan pulak tema kemerdekaan negara kita !

Tak patriotik sungguh ?? Er … adakah dengan tak ingat tema kemerdekaan tandanya tak patriotik ? Atau tidak mengibarkan bendera di depan rumah tu juga tak patriotik ? Eceh .. mudah benar menilai seseorang dengan cara gitu.. Iskh , iskh iskh.. 

Apakah tanda merdekanya negara tu dengan …

Atau mabuk selepas menjerit MERDEKA ? Atau melakukan perbuatan terkutuk dengan bangganya ? Hurmmm ..

Merdeka bagi aku ialah … bila kita bersatu dibawah satu payung dan setiap antara kita bekerjasama membantu antara satu sama lain tanpa ada rasa syak wasangka tanpa kita bangsa dan agama !

Satu status di Facebook yang dikongsi rakan rakan maya , menarik minat aku dan aku turut sama berkongsi di FB dan dikongsi lebih 43 orang rakan FB

Hurm.. yang semula up ni ialah seorang lelaki cina ! Terus timbul rasa bangga ! Sapa kata negara kita punya masalah perkauman ? Aku tak pernah rasa gitu ! Aku senantiasa berfikiran , kita semua adalah 1 Malaysia !! Walaupun berlainan bangsa dan agama namun kita berada di bawah satu payung yang kukuh !

Makcik Abidah ni akhirnya mendapat periuk besar hasil sumbangan seorang insan yang pantas amik tindakan .. dan sekali lagi aku kasi tabik hormat ! Respek pada keprihatinan semua insan yang sudi menolong mahupun yang berniat nak menolong !

Ini baru namanya merdeka !! Merdeka dari berprasangka  buruk ! Merdeka dari rasa benci.. iri hati ! Walhal diri sendiri malas .. terus salahkan orang lain atau bangsa lain ! Haishhh .. tu tandanya tak merdeka lagi !

4 hari di Perancis tempoh hari membuatkan aku berfikir dengan mendalam.. Betapa aku bersyukur tinggal di tanah tumpah darah aku sendiri di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta bersatu padu !

Bersyukurlah.. Mari meraikan hari kemerdekaan ini dengan cara yang betul ! Doakan keamanan negara kita berkekalan . Ramai jer pihak luar nak tengok negara kita ni , kucar kacir .. Jangan jadikanya realiti ! Menyesal tak sudah kita nanti !

image

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yg ke 57 !  Semoga keamanan , keharmonian ini milik kita selamanya..

4 komen :

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Tetap tertarik dengan qhaliff! hee gerammm.. Selamat menyambut Hari Kebangsaan abang ben!

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Tetap tertarik dengan qhaliff! hee gerammm.. Selamat menyambut Hari Kebangsaan abang ben!

calrase patrick berkata... [Reply to comment]

selamat menyambut hari kemerdekaan brother ben. . :)

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

suka tema hari kemerdekaan tahun ni, simple yet meaningful

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI