Zahra sakit mata ..

by - Isnin, Ogos 04, 2014

 

Hurm…  Mata kiri yang awalnya kena tu dah makin ok.. Tapi mata kanan , semakin naik merahnya. Susu ibu dah letak .. ada jugak la kurangnya tapi camana pun , kena dapatkan rawatan dari pakar gak .. Alang alang ada klinik kad , baik gi kan ? Apa guna dah bayar ..

Keluar dalam kul 10 pagi gitu dengan harapan klinik tak ramai orang .. Destinasi , klinik An Nur yang jadi panel klinik kad Zahra.. Bila sampai sana , wife ngan Zahra turun dulu.. diikuti Qhaliff… Dia awal awal lagi nak turun dari kereta.. Hurm.. Aku sorang je dalam kereta. Memerhati tindak tanduk Qhaliff di dalam klinik , bermain dengan rakan sebaya. Risau jer aku dengan perangai Qhaliff.. Ringan je tangan dia tu.. Bukan ringan tulang yer.. ringan tangan ! Kang ada budak meraung dalam tu.. Haish…

Tak lama kemudian , wife masuk ke bilik doktor.. 5 minit selepas tu .. dia keluar.. dan dapatkan ubat untuk Zahra. Hurm.. Pastu dia kembali ke kereta ..

“ Klinik An Nur tak cover dah klinik kad .. Diorang dah batalkan .. “

“ Hurm… Tanya Ady nanti .. “ .

“ Dah .. nanti dia whatsapp utk beritahu info .. “ .

Yup… sememangnya Klinik An Nur / Dr.Maria bukan lagi panel sejak Mei 2014 hari tu.. Hurm… Nak tak nak kena bayar RM41. Salah sendiri sebab tak check dulu panel .. Hurmm..

Zahra , doktor kata kalau tiada perubahan dalam 3 hari .. kena gi jumpa pakar.. Harapnya ada perubahan sebab nak gi Sedenak Sabtu ni.. huuhu ..

Dan Qhaliff .. kalau bermain dengan budak perempuan , aku tak risau sangat sbb dia tak berminat nak bermain dengan budak perempuan cuma .. aku risau dia akan menolak budak tu ! Dia nak bermain tapi tak dilayan ! Hahahha.. Tu marah kot ? Nak tak nak , kena angkut dia sebelum dia meroyan ! Hurm…

You May Also Like

1 comments

  1. nak g sedenak nnt panjang2kanlah langkah ke Bandar Putra, Kulaijaya... boleh dtg beraya :-)

    BalasPadam