Aku bukanlah seperti yang disangka ..

by - Khamis, September 04, 2014

 

Sedih.. Benarlah kata seorang rakan blogger , kak  Yati Kapoor pada salah satu status FB aku semalam ..

“ Time anak2 tidur akk suka tenung wajah diorng...timbul rasa unsaf..teringat anak2 yg didera...apalah yang budak sekecil ini tahu apa-apa...tu yg dtngnya rasa kesian bila tgk anak2 kecil tidur...rasa hiba “ ..

Semalam , Qhaliff bikin sepah rumah. Aku pulak dok pening kepala.. ditambah dengan Zahra buat kelaku yang aku rasakan kerana dia lapar tapi tak nak susu botol walaupun dipaksa ! Hurmm..

Aku marah Qhaliff kerana dia teraburkan baju yang mak dia dah seterika. Dia menangis.. pastu merajuk masuk bilik.. Dia baru 2 tahun dan dah tahu erti merajuk..

Alahai .. Nak nangis rasa bila dia buat gitu. Aku panggil dan pujuk balik.. Dia kembali ceria dan buat balik perangai dia .. Redha je la… Tak kisah.. Aku terlupa dia nak explore perasaan dia dan nak tau macam macam perkara ..

Bila aku tengok kembali gambar gambar lama dia sewaktu berusia beberapa bulan .. aku jadi sayu.. Anak yang aku sayang sangat tu dah pandai buat macam macam karenah .. dan kerap kali buat aku tersenyum.

Antara yang membanggakan aku , dia gemar ucap terima kasih bila kita bagi sesuatu kat dia dan gemar lemparkan senyuman yang mana aku ‘terpaksa’ membalasnya dengan ikhlas juga..disusuli dengan pelukan dari dia .. Huhuh..

Dia nakal tapi bijak.. Aku bukan puji dia sebab dia anak aku tapi sebab mmg betul gitu ! Pantas belajar dengan hanya melihat perbuatan aku dengan sekali saja ! Budak kan ?

Bila kawan kawan kata aku ni bapa mithali , bapa yang baik .. aku malu ! Aku bukanlah seperti yang mereka kata .. masih terlalu jauh untuk jadi begitu.. Masih terlalu jauh !!

Aku harap aku masih punya masa dan peluang untuk perbaiki segala kelemahan aku. Aku bertuah ada 2orang anak yang comel dan bijak.. Hurm..

You May Also Like

11 comments

  1. saya selalu rasa kesal bila marahkan anak-anak. Biasalah bila anak-anak kecil suka sepahkan rumah dan terlalu aktif..bila balik kerja letih lepas tu ditambah pula perangai anak-anak yang tidak reti duduk diam. Bila mereka tidur adakala saya berbisik pd mereka yg saya minta maaf dan tak sengaja nak marah mereka...semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya..selalu ingatkan diri yg anak-anak adalah amanah dari Allah dan mereka hanya pinjaman sahaja...

    BalasPadam
  2. ank sy yg 16bulan tu pn dh pndi merajuk skrg...

    BalasPadam
  3. insyallah,sebagai ibubapa,kita selalu ingin memberikan yang terbaik dan menjadi yang terbaik untuk mereka aben..

    BalasPadam
  4. memang sayu rasa hati kalau tgk anak2 tido.. nak2 pulak kita lps marahkan dia.. kalau saya mesti nangis bila tgk anak2 yg dah besar tido sebab bila mereka jaga selalu sgt marah dan leterkan mereka.. sob3

    BalasPadam
  5. terharu baca nie.. pikir mcm mne la mak ayah jage dulu2..huhu..

    BalasPadam
  6. insya Allah...semoga bro ben berkesempatan memperbaikinya...sama2lah kita baiki apa yang kurang...

    BalasPadam
  7. betapa brtuahnya en.ben memiliki 2 org cahaya mata yg sgt comel..

    BalasPadam
  8. Bro...Mr Mama yg paling saya sanjungi...hebat bro...wpun suami julia bekerja...dia pun kadang kala jd mr mama di rumah...membantu mop lantai...sidaikan kain...basuh pinggan...tak semua suami ni pemalas...kalau rajin ya Allah...kita yg bernama isteri ni pun rasa sgt kesian...by the way sikap rendah diri bro buat kami semua respect bro...

    BalasPadam
  9. Itu la cabaran jadi ibu bapa kan. Saya ni pun haa..husband kena kursus 2 minggu. start isnin baru2 ni..tp semalam tersasul gak p mrah si kecil setahun tujuh bulan tu. sebab geram sangat. dengar suara dia menjerit tu..Ya Allah rasa stress btol! lepas dah marah p pujuk balik sebab kesian. sayang sebenarnya tapi mai tang penat, letih memang jadi la hahaa~ camne pun tahniah Ben seorang yg hebat boleh handle anak d rumah setiap hari

    BalasPadam
  10. Super papa. jangan lemah semangat jaga anak2 .

    BalasPadam
  11. sedih bila baca tentang perihal anak2...tugas ibu bapa bukan senang dalam mendidik anak dalam zaman mencabar ini...doa ibu bapa sangat baik utk anak2..

    akak ada kawan..suami kwn akak dah berumor hampir 60 tahun..orng teganu..Kemasik,ayah dah takde,ibu dah tua...kata isteri dia setiap kali balik kampong di Kemasik..dia selalu terjaga tgh malam...nampak mak mertua dia yg dah 80thun lebih bangun tgh malam selimutkan anak dia(suami rakan akak) sambil diciumnya ubun2 anaknya yang dah bercucu tu..Allah...betapa murninya kasih ibu..beruntung dia ada ibu spt itu....itu yang akak serapkan pada diri akak ...bila semua anak2 dah tidur..jengah bilik diorang...selimutkan walaupun masing2 dah besar panjang

    BalasPadam