Apakah aku sudah ‘tua’ ?

 

Sejak balik dari Paris hari tu , aku non stop update blog ! Hurmmm .. Ditambah dengan masalah masalah di kiri kanan , aku semakin kehilangan rentak dan mood untuk menulis..

Masalah peribadi ,masalah rakan rakan ,masalah itu ini .Segalanya di benak aku ! Aku kadang kadang pon hilang punca ! Dah tak tau apa nak buat !

Hurm… Kadang kadang , aku takut ! Aku beri madu , dibalas tuba dalam diam ! Bukan tak pernah kena .. banyak kali dah ! Aku cuma mampu geleng kepala jer ..

Apakah aku sudah tidak relevan lagi untuk berblogging ? Atau aku sudah lari dari motif sebenar hingga tiada rasa seronok lagi berblogging ? Hurmm ..

Hanya ‘mereka’ ni saja menguatkan aku semangat dan alasan  utk terus menulis ..

Hurm… mmg mood kelaut sungguh ! Aku perlukan percutian sekeluarga … Kasi tenang dan kembalikan mood menulis !

8 ulasan:

  1. In Shaa Allah... seperti yang pernah diperkatakan, tiada tuba... bukan tua aben, maybe need a vacay for a while giteww katanya... rest and lapangkan fikiran yer...

    BalasPadam
  2. pergilah jalan2 luar dari kotak bambeng... release mind banyak2 ^^

    BalasPadam
  3. Abang ben jangan mudah give up ye. Abang ben kena pergi bercuti... Kasi kosong sat kepala otak tu

    BalasPadam
  4. ambik masa.. bercuti... selamat bercuti abang ben dan keluarga

    BalasPadam
  5. Jangan tension2 bro... Semoga Allah permudahkan segalanya untuk bro... Insha Allah ^_^

    BalasPadam
  6. Refresh minda dan jiwa..dan alhamdulillah anak anak abang ben itulah salah satu penyumbang inspirasi terbesar sebenarnya..hakikatnya blog abang ben milik mereka berdua..bakal menjadi memori terindah oneday..amin.

    BalasPadam
  7. jangan berhenti menulis..tak berseri dunia blogging tanpa ben ashaari..

    BalasPadam
  8. Biasala manusia... Feel ada up & down... Boring semua ada... Apa2 bda pn...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009