Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 29 September 2014

Bersyukurlah , Ben Ashaari !

 

Hurmm… Kesian ! Ada ibu bapa tiada pilihan. Terpaksa cari pengasuh untuk jaga anak anak mereka ..Tapi bila pengasuh aniaya anak kita tu , apa yang mampu kita buat ?? Bukanlah mudah nak buat mereka mengaku… Hurmm..

Hidup aku , tak la semewah mana pon. Tapi aku bersyukur. Aku dapat jaga anak aku sendiri dan punya pendapatan walaupun tidak tetap ! Yang penting , kedua dua anak aku ada ditangan aku sendiri.

Bukanlah mudah untuk berkorban terutamanya lelaki.. Setiap hari duduk rumah , jaga anak sedangkan dulu .. kehidupan aku berbeza. Keluar pagi gi kerja .. Lepak ngan kawan kawan.. Petang balik rumah.. Gi gym pastu.. Sekarang segalanya dah berubah , terutama bila anak dah dua ..

Aku tak kisah .. itu namanya pengorbanan..

Carilah duit sebanyak mana pon.. Anak anak bukanlah perlukan duit untuk mereka gembira.. mereka perlukan mak ayah mereka untuk mereka gembira !

Zahra.. payah sungguhlah dia nak senyum dengan orang tak dikenali. Nampak je muka ayah dia , terus terukir senyuman..

Kembali atur perjalanan hidup kita. Sampai bila kita nak mengejar kemewahan dunia ?

9 komen :

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail berkata... [Reply to comment]

ciannya baby tu..hurm..nak buat mcmana ibu bapa zmn skrg kena kerja utk tampung hidup,lebih2 kalau dok kt bandar2 besar.memg lg bagus jg anak sendiri, boleh pantau. =)

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

yang penting anak2 kita ada dengan kita... hurmm... syukur sebab Ash Nek Ma dia yang jaga...tapi risau, sebabnya... Nek Ma Ash pun bukannya sihat sangat...

Nadirah Mohamad berkata... [Reply to comment]

That's the main reason why I'd returned back to HOME!

Tak terbayang rasa sedih pada ibu bapa bayi tu...

skuterlady berkata... [Reply to comment]

takde parents yg nak benda2 camni terjadi kat anak masing2.... napelah sampai leh jadi macam tu... tu bukan sikit2 punye lecur..... azabnye budak tu, Allah je yg tahu.....

timm bill berkata... [Reply to comment]

zaman dlu xsama mcm zamn skrang kan..dlu semua ank2 parents jga..mna ada pengasuh2 ni..tpi klau terpksa apa boleh buat kan..

anajingga berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah Ben, kak ana pun mengambil keputusan untuk membesarkan anak2 dengan air tangan sendiri, hidup memang tidak mewah namun rezeki mencukupi dan syukur juga menjalankan amanahNya sebaik mungkin.

Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah dah jumpa pengasuh anak2 yg baik

annies MAN berkata... [Reply to comment]

Biar sederhana janji bahagia ...rezki Allah yg tentukan , kita hanya perlu berusaha ..tahniah sbb sanggup berkorban utk jaga anak2 sndri ye Ben ..

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

respek dgn abg ben. saya nak jaga 2 org anak pon terkial2.. terpaksalah hantar mereka ke taska. Alhamdulillah, antara taska terbaik pernah saya hantar.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI