Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 5 September 2014

Bila anak gigit kakinya !

 

Dua tahun beberapa bulan yang lepas !

IMAG2995-1

Orang kata , kalau baby kita tu dah mula gigit kaki .. tanda nak dapat adik tu ! Orang kata laaa .. Setakat ni tak de la pulak aku dengar monyet atau Ultraman yang kata .. Heheehe..

Benarkah ??

Tak lama kemudian .. Tadaaa … Muncul sorang lagi ! Tak sempat Qhaliff belajar lompat bintang , dia dah ada adik..

 

Photo: Jangan coba coba gigit itu kaki !!

Dan , tak sempat cecah 4 bulan.. si adik mula sibuk nak gigit kaki ! Apakah nak adik juga ???

Jangan ! Kasi daddy tarik nafas dalam dalam dulu yer.. Baru gigit kaki tu ! Kalau rasa tak sampai , boleh je gigit kaki daddy .. Sila abaikan bulu kaki daddy tu ! Hahaha ..

Yer , aku tak percaya la cerita dongeng ni.. Takkan la gigit kaki tu tanda nak adik.. Tanda nak adik begini ..

 

“ Daddy , daddy tak nak kasi kitorang adik ke ? Asyik dok tengok laptop dan handphone tu jer.. Acaner tu ? “ .

 

Pergh.. Jawab daddy ketika tu..

 

“ Yelah , masa ni mmg la dok tengok handphone dan laptop.. Bila kamu berdua dah tidur , barulah daddy tengok ibu kamu lak.. Haaaa.. “ . Sambil kenyit mata ..

 

Kalau dia menjawab lagi ??

 

“ Daddy , kalau boleh .. nak adik kembar yer ? Baru seronok ! “ .

 

Dan daddy dah standby dengan  jawapan ..

 

“ Kamu ingat mak kamu tu mesin vendor ? Masuk duit , keluar air apa nak ? Eh ? “.

Kalau dia nak menjawab lagi.. Cepat cepat guna kuasa veto !

 

“ Dah.. gi masuk tidur.. Esok ngantuk nak gi sekolah ! “

Kalau dia menjawab gini ..

 

“ Daddy ,  esok cuti sekolah dah laa .. Sebulan cuti ! Jom gi Paris ! Takkan daddy je nak rasa kan ? Anak anak baca kat blog je keee ?? Mana aci kan ? “ .

Ok fineee ! Daddy mirgrain !!

18 komen :

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

alamak daddy, zahra dah mula menunjukkan tanda2 nak adik ke? Ash pun dah mula gigit kaki jugak... hu hu hu...

rabiatul adawiyah berkata... [Reply to comment]

Nak kembar kena menuntut ilmu ngan abg zaini. Hahaha. Bayangkan kalau ada adik lg. Camana la abg ben nanti. hahaha.

siti zawiah berkata... [Reply to comment]

first time taw tentang ni..hehe

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Bhahahhaah adeiii.. lawak la abang ben ni... XD tapi mana tau betul2 ada ke.. Ahaks

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

hehe lucu je dialog tu

mama'snia berkata... [Reply to comment]

:D
Hilang stress baca tulisan daddy qalif n zahra nih

Azura Aziz berkata... [Reply to comment]

ohh, nak adik tu hehe..

mas saari berkata... [Reply to comment]

heheheeee.. takde makna semuanya tu.. anak2 saya jenuh dok gigit kaki lambat gak dpt adik.. 7 thn jarak.. 😁

Fuza Musa berkata... [Reply to comment]

Assalam..

Hal anak gigit jari kaki then katanya bakal dapat adik ni memang dah dengar lama.
Opah lah suka cakap.

So masa anak ni kecik-kecik dulu memang panic ler bila bebudak ni start hisap jejari kakinya.

Wallahuallam

tarmizi berkata... [Reply to comment]

kalau baby gigit kaki ok la kalau 7 tahun gigit kaki melampau..

miminadam berkata... [Reply to comment]

haha, okay jee kot kalau dapat adik lagi..

Rosmiza Ali berkata... [Reply to comment]

selalu jugak dengar orang tua2 cakap macam tu.. Apakah zarra bakal dapat kawan lagi? Kurus la daddy lepas ni.. Heehee..
Rosmiza Ali Official Blog™

Natasya mohamed wazir berkata... [Reply to comment]

bab gigit jari kaki nih..mak-mak kita selalu cakap macam tula...tanda-tanda nak dapat adik..hehe

nak caye ke idak terpulang kat kite..

Najdah Mohammed Hussain berkata... [Reply to comment]

A'a kan...orang tua2 selalu cakap kalau baby gigit kaki dia, tu tandanya nak dapat adik. Masa anak baru sorang dua dulu, tertanya2 jugak, naper depa cakap camtu. But then, bila anak dah makin bertambah, dah boleh faham sket2 habit depa, dah tahu actually tu perkembangan normal baby. Nak dapat adik atau tak, memang dia akan gigit gak kaki dia...huhu...
Maybe apa yang orang tua2 maksudkan, baby dah besar...boleh dah kalau nak dapat adik... :)

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

semalam jai baru cakap mikhail duk gigit kaki..ok, buat tak tau je suami sembang sorang2..hahahaa

eamy milea berkata... [Reply to comment]

Zahra nak adik tu abg..hehe..

Salam kenal...nama anak kita sama.. :)

Sya_Merpati Putih 88 berkata... [Reply to comment]

pernah jugak dengar org2 ckp mcm gtu... tapi tak tahu lah kan betul ke tak, sbb sy belum kahwin lagi...huhuhu...

haaa.. kalau dpt baby lagi, kira ok lah... anak2 nie kan rezeki kan...anak2 ramai nie bagusnya nnti dahtua meriah sikit, bila sambut raya ke ape... :)

btw, sy doakan encik ben sekeluarga semoga murah rezeki selalu...

ITHNIN NGADIMAN berkata... [Reply to comment]

Dulu kami punmacam tu juga.

Lagi satu kalau nak tau bakal adik nanti lelaki ke perempuan, tengok ketak kat peha.

kalau ada 2 ketak, maknanya adik dia nanti lelaki

kalau 1 ketak maknanya adik dia boy.

wallahu a'lam :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI