Bila anak gigit kakinya !

by - Jumaat, September 05, 2014

 

Dua tahun beberapa bulan yang lepas !

IMAG2995-1

Orang kata , kalau baby kita tu dah mula gigit kaki .. tanda nak dapat adik tu ! Orang kata laaa .. Setakat ni tak de la pulak aku dengar monyet atau Ultraman yang kata .. Heheehe..

Benarkah ??

Tak lama kemudian .. Tadaaa … Muncul sorang lagi ! Tak sempat Qhaliff belajar lompat bintang , dia dah ada adik..

 

Photo: Jangan coba coba gigit itu kaki !!

Dan , tak sempat cecah 4 bulan.. si adik mula sibuk nak gigit kaki ! Apakah nak adik juga ???

Jangan ! Kasi daddy tarik nafas dalam dalam dulu yer.. Baru gigit kaki tu ! Kalau rasa tak sampai , boleh je gigit kaki daddy .. Sila abaikan bulu kaki daddy tu ! Hahaha ..

Yer , aku tak percaya la cerita dongeng ni.. Takkan la gigit kaki tu tanda nak adik.. Tanda nak adik begini ..

 

“ Daddy , daddy tak nak kasi kitorang adik ke ? Asyik dok tengok laptop dan handphone tu jer.. Acaner tu ? “ .

 

Pergh.. Jawab daddy ketika tu..

 

“ Yelah , masa ni mmg la dok tengok handphone dan laptop.. Bila kamu berdua dah tidur , barulah daddy tengok ibu kamu lak.. Haaaa.. “ . Sambil kenyit mata ..

 

Kalau dia menjawab lagi ??

 

“ Daddy , kalau boleh .. nak adik kembar yer ? Baru seronok ! “ .

 

Dan daddy dah standby dengan  jawapan ..

 

“ Kamu ingat mak kamu tu mesin vendor ? Masuk duit , keluar air apa nak ? Eh ? “.

Kalau dia nak menjawab lagi.. Cepat cepat guna kuasa veto !

 

“ Dah.. gi masuk tidur.. Esok ngantuk nak gi sekolah ! “

Kalau dia menjawab gini ..

 

“ Daddy ,  esok cuti sekolah dah laa .. Sebulan cuti ! Jom gi Paris ! Takkan daddy je nak rasa kan ? Anak anak baca kat blog je keee ?? Mana aci kan ? “ .

Ok fineee ! Daddy mirgrain !!

You May Also Like

18 comments

  1. alamak daddy, zahra dah mula menunjukkan tanda2 nak adik ke? Ash pun dah mula gigit kaki jugak... hu hu hu...

    BalasPadam
  2. Nak kembar kena menuntut ilmu ngan abg zaini. Hahaha. Bayangkan kalau ada adik lg. Camana la abg ben nanti. hahaha.

    BalasPadam
  3. Bhahahhaah adeiii.. lawak la abang ben ni... XD tapi mana tau betul2 ada ke.. Ahaks

    BalasPadam
  4. :D
    Hilang stress baca tulisan daddy qalif n zahra nih

    BalasPadam
  5. heheheeee.. takde makna semuanya tu.. anak2 saya jenuh dok gigit kaki lambat gak dpt adik.. 7 thn jarak.. 😁

    BalasPadam
  6. Assalam..

    Hal anak gigit jari kaki then katanya bakal dapat adik ni memang dah dengar lama.
    Opah lah suka cakap.

    So masa anak ni kecik-kecik dulu memang panic ler bila bebudak ni start hisap jejari kakinya.

    Wallahuallam

    BalasPadam
  7. kalau baby gigit kaki ok la kalau 7 tahun gigit kaki melampau..

    BalasPadam
  8. haha, okay jee kot kalau dapat adik lagi..

    BalasPadam
  9. selalu jugak dengar orang tua2 cakap macam tu.. Apakah zarra bakal dapat kawan lagi? Kurus la daddy lepas ni.. Heehee..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  10. bab gigit jari kaki nih..mak-mak kita selalu cakap macam tula...tanda-tanda nak dapat adik..hehe

    nak caye ke idak terpulang kat kite..

    BalasPadam
  11. A'a kan...orang tua2 selalu cakap kalau baby gigit kaki dia, tu tandanya nak dapat adik. Masa anak baru sorang dua dulu, tertanya2 jugak, naper depa cakap camtu. But then, bila anak dah makin bertambah, dah boleh faham sket2 habit depa, dah tahu actually tu perkembangan normal baby. Nak dapat adik atau tak, memang dia akan gigit gak kaki dia...huhu...
    Maybe apa yang orang tua2 maksudkan, baby dah besar...boleh dah kalau nak dapat adik... :)

    BalasPadam
  12. semalam jai baru cakap mikhail duk gigit kaki..ok, buat tak tau je suami sembang sorang2..hahahaa

    BalasPadam
  13. Zahra nak adik tu abg..hehe..

    Salam kenal...nama anak kita sama.. :)

    BalasPadam
  14. pernah jugak dengar org2 ckp mcm gtu... tapi tak tahu lah kan betul ke tak, sbb sy belum kahwin lagi...huhuhu...

    haaa.. kalau dpt baby lagi, kira ok lah... anak2 nie kan rezeki kan...anak2 ramai nie bagusnya nnti dahtua meriah sikit, bila sambut raya ke ape... :)

    btw, sy doakan encik ben sekeluarga semoga murah rezeki selalu...

    BalasPadam
  15. Dulu kami punmacam tu juga.

    Lagi satu kalau nak tau bakal adik nanti lelaki ke perempuan, tengok ketak kat peha.

    kalau ada 2 ketak, maknanya adik dia nanti lelaki

    kalau 1 ketak maknanya adik dia boy.

    wallahu a'lam :)

    BalasPadam