Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 25 September 2014

Bila sel sel otak daddy kembali berhubung !

 

Setiap hari , aku cukup takut jam 12 tengahari dan 4 petang ! Setiap hari melainkan bila wife ada rumah.Kenapa dan mengapa ??? Sebabnya , Zahra nak ‘makan dan minum’ ! Dia tamo susu dalam botol ! No no noooooo ! Nehi nehi nehiiiii !!

Kalau dia tamo .. paksa camana pon dia akan tolak ! Samada dengan lidah dia atau dengan tangan dia.. Dah tu nak wat camana ? Dah tukar botol pon , gitu gak..

Nak dijadikan cerita , kelmarin wife ada belikan air kotak untuk aku. Sambil aku pangku Zahra , aku minum. Waktu tu dalam kereta la.. Berenti jap kat kedai.

Dia pon sibuk nak berebut air kotak tu dengan aku.. Aku pon kasi la.. Nak tengok apa dia nak buat.. Dia nak ikut aku ! Nak minum gak.. Aku pun sua la straw tu dalam mulut dia.. Jari aku dah standby nak tarik andai Zahra berjaya menyedut air kotak tu !

Dan dia berjaya ! Aku cerita kat wife , dia tak percaya .. Huhhh.. Tak pe tak peee ..

Dan semalam .. Aku kembali ‘berdua’ dengan Zahra. Aku mmg seriau je kalau dia menjerit nak susu.. Cuak siutt.. Sebab dia nangis sungguh sungguh.. Ni bukan nangis cam mengedik.. Haaa.. Kalau jiran dengar , pasti ingat aku dok dera anak walhal anak dok dera aku..

Bila sampai masanya , aku pun panaskan susu botol yang wife dah sediakan setiap pagi.. Aku bagi Zahra. Cam biasa dia ‘reject shop’ kan aku gitu gitu jer ! Perghhh ..

Tiba tiba , di atas kepala aku ada bunyi.. ‘ Ting !!! ‘ . Tu bunyi idea dah datang ! Aku rasa bunyi ‘ting’ tu datangnya dari sel sel yang sedang berhubung.. Hurmm.. Aku rasa la..

Aku gi dapur.. bukak peti ais.. Cari peninggalan straw yang berbaki.. Walaahh ! Adaaaa … Aku pun bukak tudung botol susu Zahra. Masukkan dua potong sayur brokoli. Kemudian masukkan perencah secukup rasa. Didihkan hingga 10 minit ! Kemudian .. Eh , terlari cerita.. hehehe.. Tetiba rasa macam Mat Gebu lak.. hahahah ..

Ok ok .. sambung .. Aku bukak tudung botol dan masukkan straw dalam tu.. Bismillah.. Dan suakan pada Zahra.. Memula tu dia menolak.. Tapi bila berjaya je masuk , dia pon jalankan tugas dia yakni menyedut emas emas tak ternilai harganya , masuk ke dalam mulut ! Dua tiga tegur , dia luahkan balik air susu tu.. Yeayyyyy .. Berjayaa ! Aku cuba sekali lagi.. Yeayyyy.. dia tak nak dah ! Hahahaha.. Ok ok.. Tak kisah la.. Asalkan tekak dia dah dibasahkan. Dan sememangnya dia tak kuat menyusu belah siang.. Malam je kuat.. Daddy kena tengok jer .. Tak leh kaco laa…

Lepas tu , aku terus letak dalam buaian.. Dan , yeayyyy.. Dia tidur tanpa pedulikkan aku dah ! Sampai hati betul buat daddy gini .. Tak kisah laa..

Dan hari ni dalam sejarah , dia tidur tanpa nangis ! Haaaa… Bagi mereka yang berminat nak cari pengasuh untuk anak kecil mereka .. Boleh la hantar ke orang yang berminat.. Tak berminatkah aku  ? Er , er.. jangan.. jangan… Ada yang bungkus blog jugak nanti ! Tiba tiba ada signboard ..

“ BEN ASHAARI KINDERGARTEN ! “

Perghhh.. masyuk.. Leh ajak team #kelabbloggerbenashaari jadi pengasuh sekali.. haaa.. kan kan ?

3 komen :

aisyah sofea berkata... [Reply to comment]

Hihihi...kelakar cite abg ben ni...tahniah kerana berjaya....
Jemput ke blog saye...saya bdak baru belajar...sofiasihat.com

Izza Jay berkata... [Reply to comment]

Boleh cuba nanti....

Liyana berkata... [Reply to comment]

Hihihi thumbs up daddy

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI