Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 September 2014

Bila soalan UPSR bocor !

 

Hurm… Ingat lagi masa aku belajar dulu.. Soalan bocor ni , lama dah wujud.. Cuma masa tu takde internet jer ! Maaf cakap la yer .. dah lama ! Naik bosan dah dengar .. Aku sendiri malas nak amik tau pasal soalan bocor ! Kenapa ? Aku belajar bukan untuk lulus peperiksaan ! Aku belajar kerana aku perlukan ilmu untuk aku bersaing di atas dunia ini dan juga untuk akhirat ! Kalau aku belajar untuk lulus peperiksaan , aku akan jadi seperti robot !

Cemerlang atau tidak , segalanya bergantung pada aku sendiri .. Yang penting bagaimana aku akan memanfaatkan ilmu tu nanti ! Apa yang berlaku sekarang ni , ramai yang bertungkus lumus untuk cemerlang dalam peperiksaan tapi gagal menggunakan ilmu tersebut di dunia realiti ! Sebaiknya orang kata .. ‘study smart’ dari ‘study hard’ !

Sebab tu .. ada pelajar tertekan bila kena duduki semula peperiksaan setelah dapati soalan bocor hingga ‘air melimpah’ keluar dari kertas soalan tuu .. Haaa..

Ke anak tak stess tapi mak ayah yang stress ? Hahaha.. ok la.. aku tak leh nak kata apa sebab anak anak aku kecik lagi.. Sebaiknya , elakkan stress perkara yang tak penting .. Kita ni , dapat tekanan perasaan sebab dok fikir perkara yang boleh .. hurmm.. diselesaikan dengan mudah..

REDHA… kalau kita dah sedia .. ulang la banyak kali mana pon , inshaAllah kita akan dapat menjawabnya.. sebab kita ada otak dan ilmu itu ada di dalamnya !

Photo

Aku belajar bukan untuk lulus periksa tapi untuk manfaatkan ilmu tersebut !

7 komen :

Ayuni Rafilah berkata... [Reply to comment]

Sistem pemilihan kemasukan asrama atau sekolah cemerlang, penerimaan biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran terlalu mementingkan pointer dan markah sehingga membuat ibu-bapa stress kerana bimbang anak-anak tidak akan dapat peluang seperti rakan yang lain, walaupun yang terpilih itu cuma cemerlang dari segi akademik tetapi tidak cemerlang dari segi kehidupan. Akhirya ia menjadi satu kitaran di mana terjadinya banyak kes ketidakjujuran seperti ini.

Akmal Rusydi berkata... [Reply to comment]

Itulah realiti sistem pendidikan di malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Anak yang dapat A banyak anak itulah yang paling pandai. Hakikatnya baca quran pun tunggang langgang. Mad asli tajwid yg asas pun tak kenal..apa kes? Ada mak bapak kisah?? Sedih betul

Akmal Rusydi berkata... [Reply to comment]

Itulah realiti sistem pendidikan di malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Anak yang dapat A banyak anak itulah yang paling pandai. Hakikatnya baca quran pun tunggang langgang. Mad asli tajwid yg asas pun tak kenal..apa kes? Ada mak bapak kisah?? Sedih betul

Aziela berkata... [Reply to comment]

Saya antara yang terlibat. Saya setuju dengan pendapat Ben, tapi waima macam mana sekali pun, hanya orang yang berada dalam situasi ini sahaja yang merasainya. Kecemerlangan di masa hadapan haruslah bermula dari awal, kan? Hatta ibu bapa Luqman Hakeem sekalipun memulakan kecemerlangan sejak Luqman Hakeem belum dilahirkan lagi. Selainnya kita berserah. Ilmu dan amal harus seiring.

Yang cuma di luahkan ralat sekarang adalah kerana mangsanya anak kecil berumur 12 tahun dek kerana kerakusan orang2 yang tak bertanggungjawab. Ini yang menjadi kekesalan.

Cik Asma BLuppy berkata... [Reply to comment]

aah. kalu ikutkan memang dah lama isu bocor ni. tapi memasing diam kan aje.
huhu.

comel qhaliff jadi pengawas. garang nauu. hikhik

azimah mohd zainuddin berkata... [Reply to comment]

Sebenarnya soalan bocor ibu bapa lagi stress. Mereka terlalu meletakkan harapan yang tinggi sebab masing-masing berlumba nak jadi terbaik

http://www.lovehutladyvitamin.com

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

sijil mampu dibeli tapi apa erti sjil kalau takde ilmu. luar cntik tp dalam tkda isi . mcm tin kosong .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI