Burger Bakar di malam hari ..

 

Lama tak gi jumpa sahabat aka tokey Lava Grill , Razman Mamu ni .. Entah tetiba semalam , aku ajak wife gi restorannya yang terletak di Seri Kembangan . Teringin nak makan burger bakar kambing pon satu hal gak.. hehehehe ..

Sedap ! Ni bukan kali pertama gak la aku ke sana.. Dah banyak kali. Antara tujuan lain aku ke sana pon sebab nak bagi key chain yang aku beli di AirBus ari tu .. Aku bagi yang paling special sebab dia punya komen membuatkan aku betul betul nekad  pergi ke Perancis baru baru ni .. Dan aku ada satu sebab lagi.. Huhu… Cita cita dia tak jadi kenyataan jadi sekurangnya , sedikit cenderamata dari aku tu , mampu mengubat sedikit perasaan terkilannya tu..

Berbalik pada burger bakar Mamu ni .. Bagi aku rasanya seperti dulu.. maintain sedap ! Servis pon semakin laju sebab sekarang dia gunakan pekerja asing . Dulu guna pekerja tempatan tapi banyak ‘ songeh’ .. Ternyata banyak perubahan.. Alhamdulillah ..

Selain burger bakar di malam hari , siang harinya ada jual nasi bajet ! Menurutnya , nasi yang dijual berharga RM3.50 tu adalah lebih pada nak bantu pelajar UPM yang mana tak mampu atau bajet perbelanjaan.. Nasi campur pon ada dijual belah tengahari ni..

Apa pun mamu , selamat hari lahir .. semoga bisnis terus maju.. Dan dimurahkan lagi rezeki ..

10 ulasan:

  1. Bukan skeptikal tapi pekerja asing memang senang lagi disuruh bekerja...burger itu nampak sedap :)

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  2. lama dah tak kena burger bakar nie.. sodap eh

    BalasPadam
  3. Nampak gambar je dah rasa sangat teruja nak makan ni hoho..

    BalasPadam
  4. Meleleh keluar cheesenya tu.... :)

    BalasPadam
  5. Moga perniagaan beliau semakin baik dan berkembang maju.. ;)
    waktu macam ni tengok burger tu rasa bertambah lapar jadinya..

    BalasPadam
  6. burger bakar nampak marveles sangat... boleh cuba nx time! selalu makan buger bakar kat abang burn je...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.