Dimana berakhirnya perjalanan ini ?

by - Jumaat, September 05, 2014

 

Hurm.. Bila aku terpandang gambar gambar ni , betapa kerdilnya aku ini jika nak dibandingkan dengan alam ni ! SubhanAllah.. terlalu luas alam ini !

image

Dulu aku selalu terfikir.. Sampai bila aku nak hidup macam ni ? Bangun pagi , gi kerja.. buat kerja , pastu balik.. Sampai rumah , tidur ! Esok gi kerja .. Hari Sabtu dan Ahad , baru nampak dunia ! Iskhh… takkan la ni kehidupan yang aku nak sampai ke tua ??

Aku perlu mengubah diri aku menjadi lebih menghargai masa sebelum aku kehilangan masa ! Camana ? Langkah pertama , berkawin dan enjoylah laki bini .. Gi la ke mana mana saja , berdua !

Kemudian dapatkan zuriat. Pada awalnya , mmg ada konflik sedikit tapi alhamdulillah .. berkat usaha kami berdua terutama wife yang sanggup dibedah , memberikan kami rezeki tak berbelah bagi ..

Bila dah ada anak.. takkan aku nak biar kan anak aku tu membesar dengan orang lain ? Takkan la tu motif aku nak ada waris ? Memadai ada anak dan berbin kan aku ? Haihhh .. Takkan tu tujuan hidup aku ?

Aku fikir dan fikir .. aku perlu lebih bijak gunakan masa dan ruang sepenuhnya. Dulu aku banyak abiskan masa dah harap cepat sampai ke hujung minggu pastu boleh berehat sepuas puasnya ..

Betapa ruginya aku ! Bayangkan waktu yang terluang tu diabiskan dengan tidur , usia meningkat begitu saja tanpa ada sebarang nota !! Ruginya !!

Fikir dan fikir .. terus berfikir .. Ke mana hala tuju hidup kita dan apakah kita nak pengakhiran hidup ini , tiada memberi manfaat pada insan lain ?

Sampai bila nak kerja dengan orang ? Sampai bila aku nak ‘Yes’ saja walaupun ‘No’ ? Terpaksa angguk demi sesuap nasi ..

Itulah yang aku selalu fikir dan aku ambik keputusan membuat apa yang aku suka , sejak kecil lagi .. Sukar jika kita tak mulakan langkah ! Payah jika kita tak reti merayu meminta pada DIA !

You May Also Like

4 comments

  1. teringat tentang the things that I've shared with you not so long ago aben... luahan yang hampir sama tapi tak serupa... Betul tu, berbalik kepada yang Satu dan yang Esa... ^_^ ...salam jumaat...

    BalasPadam
  2. Oh! Hidup.... Byknya pngorbanan...

    BalasPadam
  3. rezeki di bumi Allah ni luas dan DIA dah tetapkan perjalanan hidup seseorang tu.. cuma kita kena pandai uruskan hidup tu ke arah yang lebih baik.. tak kiralah dengan apa cara sekali pun.. semua dah ada bahagian masing2..

    BalasPadam
  4. Macam terkena dengan kehidupan saya. Memang berusaha untuk melangkah keluar dari perkara yang biasa dan selesa lakukan.. Nak lebih banyak masa dengan anak-anak

    BalasPadam