Mee Udang D’Laila Suppower lagi ??


Waahh.. makin terkenal akak kita ni yer .. Hehehehe.. Seorang demi seorang blogger singgah kedainya di MMA Corner , Nilai ! Ternyata , mee udangnya ada aura tersendiri ! Huhuhuh..





Sekali lagi , aku sekeluarga termasuk orang tua aku.. er , adik aku sekeluarga.. er , abang aku sekeluarga jugak turun ke MMA Nilai semata mata rindukan mee udang Kak Laila ni ..

Bila nak gi sini , aku kena mesej dia dulu supaya dapat booking table dulu.. Kalau tak , jangan mimpi laa nak dapat duduk terutamanya , malam minggu.. Huhuh.. Memang meriah la situ ..

Malam ni , aku try pekena sup keting dulu. Saja nak rasa .. Sup keting ni , kedai sebelah yang jual.. Tapi camana pun , aku nak jugak kena makan mee udang kak Laila ni.. Kalau tak makan , confirm tak lena malam ni sbb akan teringat punya !

Alhamdulillah.. mee udang dia tak pernah berubah rasa .. Tetap sama macam kali pertama aku makan .. Rasanya pasni , nak wat perjumpaan #kelabbloggerbenashaari je kat sana .. Macam macam pilihan ada kat sana .. Cuma nak parking kereta je la susah skit .. Huhuh..


Oh ya.. Selamat Hari Lahir yer kak Laila.. Dah cecah 20an akhirnya .. Eh , 20an ke ??? Hehehehe ..

10 ulasan:

  1. kiranya boleh lawan mee udang mak jah ar ni?

    BalasPadam
  2. a ben.. kalau saya balik Malaysia bawak saya ke tempat makan nih ye.. hehe asyik tengok blogger kbba makan sini.. teringin gile huhhu

    BalasPadam
  3. Kedai kak laila ni memang best saya dari utara malaysia pon sanggup mai makan mee udang tuuu

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan mee udang, tgk ni dtg rasa teringin lak...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.