Mudahnya jadi blogger !

by - Selasa, September 02, 2014

Aslkm ben, nk tny mcmane ben hadapi org2 disekeliling ben lbh2 lagi jiran2 terdekat yg mungkin jelas dgn blog ben...

Sy skang da rse mcm xde mood nk tls blog sbb tkt org disekeliling kata apa2 dgn penulisan kita..lbh2 lagi sy ade jiran yg suka ambk tahu hal org lain lps tu suka plak jaja kt org n siap buat menganjing lg..

Bg sy tak effect sgt sbnrnya tp lbh kpd isteri sbb jiran sy tu pompuan..klu ikutkn hati ni nk jer g sembur depan2 tp fikirkn plak persahabatan saya dan suami dia..

jadi mohon share pengalaman ben dgn org2 yg mcm nie...” .

Hurm.. Mudah bukan jadi blogger ? Tulis je entri..Pastu post di blog.. Sekian ! Pastu tunggu komen.. Tetiba ada komen menghentam ! Tergamam seketika ! Pastu ada lagi dan lagi ! Akhirnya patah semangat , tutup blog .. lepak kat Facebook je la.. Sekian !

Banyak kali aku terfikir nak tutup blog pastu keje jer kat pam minyak. Best pe tengok orang ari ari .. Hahahaa.. macam macam orang leh tengok .. kan kan ? Takde la tengok gambar orang yang dah 360 kan atau dah ‘dicerahkan’ mahupun diedit kaw kaw sebelum di post ke FB.. pastu WOW !! Realitinya ? Hahahaha ..

OPs… maaf , lari topik. Jiran jiran menganjing ? Hurmmm.. Sebenarnya , ini realiti yang terpaksa kita terima bila hidup bermasyarakat. Tak kira la di dunia sebenar atau dunia maya . Selagi ada manusia di situ , pasti akan ada ‘perangai’.

Nasihat ? Hurm.. buat tak tau je la.. Satu hari nanti , diorang akan senyap.. Yelah , dah bosan isu tu.. Kena cari isu lain lak la.. Diorg tak sedar yang diorang sedang sedekahkan pahala diorang pada orang yang diumpat ..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

"Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani "

(Surah al-Hujurat ayat 12)

You May Also Like

28 comments

  1. wat ilek je... dari ramai2 orang sememangnya akan ada yg dengki ng kita...

    BalasPadam
  2. Kadang kadang mmg ada perasaan macam tu..buat dek je la

    BalasPadam
  3. ajak jiran tu berblogging dan rase sendri macam mana org hentam dye.. cmfirm lepas tu xdan nak jaga tepi kain org..huhu.. pedulikan je org cmtu.. lagi dye mengata..lagi byk "income" kita dapat :)

    BalasPadam
  4. tak boleh nak puaskan hati semua orang,asalkan kita tau apa yang kita buat tu,cukuplah...

    BalasPadam
  5. Orang yang nak mengata akan mengata tak kira kita buat perkara baik apatah lagi buruk.. kalau ikut apa orang kata takde satu benda akan jadi betul sebab kita hidup ni bukan kita2 jer.. di kelilingi macam2 jenis manusia dengan macam2 jenis perangai, pendapat & pandangan.. Nak jadi blogger senang tapi nak bertahan bukan perkara mudah. So, jangan paksa diri kalau tak mampu.. Kalau rasa masih ada jiwa nak berblog kentalkan hati teruskan jer

    BalasPadam
  6. manusia manusia begini memang akan wujud di mana2 ajer pun... bukan alam realiti, alam maya pun ado...

    BalasPadam
  7. manusia manusia begini memang akan wujud di mana2 ajer pun... bukan alam realiti, alam maya pun ado...

    BalasPadam
  8. manganjing tu macam dah sakit hati sangat dengarnya...tak leh tahan telinga boleh keluar nanah ! , itulah mulut orang kecik je tapi susah nak tutup, sudahnya kita buat tak tau adalah langkah terbaik. hanya Hanjeng je menyalak dengan bayangnya sendiri !

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum... abg ben,

    buat releks aje... tak mahu layan sangat... tenang aje, Insaallah lepas tu ok...

    mselim3

    BalasPadam
  10. bila ada sikap phd maka dia akan sakit hati je lah..pantang nampak orang lebih cikit....padahal kadang2 sama bangsa dan agama pun saling mendengki...dunia akhir zaman

    BalasPadam
  11. Orang nak menganjing lantak kan! Tulis apa yang benar, selagi bukan fitnah dan bukan benda yang sia-sia.

    Bila jadi blogger ni, kena siap sedia hadapi haters, bukan semua orang boleh terima penulisan kita ...walaupun benar, tak gitu? ^^

    BalasPadam
  12. Betul tu... Ignore je... Selama mana dia nak mengata kan... Setiap kali dia mnghanjing... Ucap terima kasih kot... Dia tlg sedekahkan pahala...

    BalasPadam
  13. bukan mudah nak puaskan hati semua orang....
    sabar je la.

    --> Saya Tak Mahu Isteri Kurus Melidi

    BalasPadam
  14. Ena dah sangat lali dengan cemuhan dengan kata kata orang sekeliling.. prinsip ena skrg, jadi heartless dan do ur own work, dont be stupid

    BalasPadam
  15. Sabar ajelah dah tentu motifnya jeles. Abaikan saja...

    BalasPadam
  16. Huhuhu mcm itu punyz olang pon adooo..apa pasai maaa talak kelejaa kaa jaga hsl olang sajaaa...itu mcm olang kalau suka sgt menganjing kita hentammm sama dia laa..kasi ajar sikit biar dia rasa camner susahnya hati kita bila dia suka sangt hentam kita..sedap2 mulut dia jer nk kutuk2 kita kan...

    BalasPadam
  17. Saya pun baru berjinak2. tapi kekadang rasa nak give up jugak bila jumpa orang itula diulasnya balik entri kita. Dengan sarcastic Nye plak. Senyum kambing jelah. At least tau jugek dia follow, gitew.

    BalasPadam
  18. Ha'aa betul, buat tak tahu je. Sebab bila kita layan, kita pun akan rasa takut. So better, let it go dan buat macam tak ada apa berlaku dan biar apa orang nak kata sekalipun, yang penting kita tak 'mencipta' sesuatu kesalahan pada mereka. Kuat kan hati, kuatkan semangat dan terus berblogging. Asal kita tak langgar undang - undang dan buat kesalahan sudah, =D

    BalasPadam
  19. Hurmmm...sakit hati tu perkara biasa kan kan ;)

    BalasPadam
  20. lumrah dunia... apa yg kita fikir tak semua sependapat dgn kita. Memang stress kalau jumpa manusia yg sikap mcm ni tapi apa leh kita buat. 1 jari tuding jari kat kita, empat lagi kat diri mereka sendiri. Nak tak nak kita hanya boleh wait n see. Janji ALLAH tahu apa yg kita buat! BE STRONG!(peringatan utk diri sndiri juga)

    BalasPadam
  21. Sukar nak dapat kawan yang membina,, tp ada..kebanyakkannya lebih gemar meruntuh tapi tidak semua begitu..jadi bersabar dan sentiasa berlapang dada asal jangan dedah dada..

    BalasPadam
  22. Pernah jg ade perasan tu. Bile nak taip mcm2 fikir. Nnt ape kta org la. Nk cter psl mkanan, kang nnt org kate mental pulak. At last, eh lantaklah. Bukan dorg yg suap kite mkn pun kan.hehe

    BalasPadam
  23. Teruskan je menulis... Tipsnya mudah je.
    1) Jgn tulis tentang aib (keburukan) org.
    2) Jgn tulis hal peribadi melampau2
    3) Tulis je apa nk tulis...

    Tu tndanya org yg hentam tu prihatin... mmg sntiasa mengintai2 blog kita. Bila dh trkena btg idung mulalah melatah... hehe...

    Syoknya jd blogger...

    BalasPadam
  24. jiran i x kisah.. hahaha tp stalker mungkin kisah... huhu

    BalasPadam
  25. aii... macam sama situasi dengan mama je ni.. mama pun kena begini jugak, sampai diserang, digegar pintu rumah.. mulanya memang nak berhenti kerana tertekan. Tapi, bila fikir semula.. inilah rencah kehidupan bergelar blogger. pedulikan apa mereka kata!!! malas nak layan..

    BalasPadam
  26. thanks ben sbb sudi kongsi pengalaman dan nasihat berguna. InshaAllah lps nie sy akn ignore org2 mcm tu dan akn fokus pd diri sndri.

    thanks jgk kpd komen2 kt entri ben ni sbb sudi bg nasihat. ;-)

    BalasPadam
  27. Zumal pun ada masalah camtu. Kadang-kadang pasal fesbuk pun jadi hal. Sampai ada masa zumal malas nak ambil gambar masa ada event apa2 kat sekitar zumal nie krn kena perli dan macam2 lagi la. Tapi disebabkan berblog ni dah jadi hobi dan rutin hidup, zumal gagahkan jua untuk berblog...

    BalasPadam