PICC LANCAR MENU MAKAN MALAM BUFET STIMBOT

by - Ahad, September 28, 2014



Kenyataan akhbar :


Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan menu makan malam baru, bufet stimbot hari ini. Pengenalan menu baru ini adalah bertujuan untuk merangsang minat orang ramai datang dan makan di PICC terutamanya kaum keluarga dan pelancong berkumpulan untuk makan malam.

Promosi ini telah bermula sejak Ogos 2014 dengan harga RM35.00 nett untuk dewasa dan RM18.00nett bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, kemasukan adalah percuma. Bufet ini akan bermula jam 6 petang hingga 10.30 malam dan dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu

Bersempena dengan pelancaran ini, pengunjung akan dapat menikmati bufet ini pada kadar diskaun sebanyak 20%. Harga promosi ialah RM28.00 untuk dewasa dan RM14.00 untuk kanak-kanak.
Promosi bermula dari 25 September sehingga 31 Disember 2014.
 
Hidangan bufet ini menawarkan pelbagai makanan laut segar, daging, ayam, ladu dan sayur-sayuran dengan pelbagai sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan hidangan. Pengunjung boleh menikmati stimbot dengan beberapa pilihan mi seperti kuey teow, mi kuning dan bihun. Mereka  boleh memilih sup ayam dan halia atau tomyam untuk hidangan stimbot mereka.

Terdapat juga stesen pasta yang merangkumi spagethi, penne dan fettucini dengan pilihan sos Bolognese, Carbonara dan Napolitano. Pelbagai juadah pencuci mulut juga boleh didapati dengan potongan buah-buahan, kek, ais kacang dan bubur.

Selain menonjolkan bufet makan malam stimbot, terdapat juga menu ala-carte untuk pengunjung yang berselera kecil. Pilihan yang disediakan termasuklah masakan Melayu, Barat dan hidangan menu Fusion.

"Café @ PICC kini dibuka kepada orang ramai untuk sarapan pagi hingga makan malam dan kafe ini boleh memuatkan sehingga 800 pengunjung pada satu-satu masa. Kami merancang untuk menambah 'Teh Tarik Corner' sebagai sebahagian daripada jamuan hidangan minum petang dengan pelbagai sajian makanan ringan tempatan dan mempunyai persembahan tradisional dan kebudayaan di PICC tidak lama lagi. Ia akan menjadikan PICC sebagai satu kawasan ‘melting-pot’ untuk pelancong domestik dan antarabangsa di Putrajaya," kata Encik Badlishah Hj Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd ketika ditemui.


Majlis pelancaran bufet stimbot ini telah diserikan dengan kehadiran Tan Sri Dato 'Seri Dr Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya bersama-sama dengan ahli Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila layari
www.picc.com.my. Untuk tujuan tempahan, sila hubungi 03-8887 6162. Untuk mengetahui acara-acara yang akan datang atau pakej yang ditawarkan, sila layari sosial media Facebook, Instagram dan Twitter rasmi PICC di http://www.facebook.com/piccmalaysia dan @piccmalaysia.

Untuk maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di 03-8887 6000 atau e-mel di
kumari.nahu@picc.com.my

PICC diuruskan oleh:
Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel: 03-8887 6000
Fax: 03-8887 6499
Laman web: www.picc.com.my

Facebook / Instagram / ​​Twitter: piccmalaysia

You May Also Like

4 comments