Terbantut kari kambing !

 

Yummy… Terima kasih kak D’Lalila ( tokey Mee Udang di MMA Santai Corner , Nilai ) , sebab tapaukan kari kambing semalam .. Gi sana semalam sbb dia kirim beli Nutri Goat Miracle 8. Dekat je ngan rumah , tu yang leh gi antar ..

Sedap mee udang dia ! Serius .. Kalau kat rumah , memang aku hirup abis kuah mee tu.. hahahaha ..

Haaa… dia bagi aku kari kambing ! Wife panaskan pagi tadi.. Siap dengan nasi panas.. Pastu dia gi keja.. Dan aku keseorangan ! Hehehe.. Yang lain masih tidur..

Masa untuk sarapan.. Letak nasi , taruk kuah.. Bau semerbak ! Hurmmm.. sedapppp ! Duduk , bismillah… Satu suap ke dalam mulut ! Allah.. sedapnyaaaa..

Nak masuk ke dua jer .. terdengar sesuatu .. dan !

Photo

Budak ni dah jaga ! Dok memangggil dari dalam bilik ! Cepat cepat basuh tangan dan gi amik dia ! Mampu tengok nasi dari jauh jer ! Hahahaha !! Adehhh ..

Tak kiraaaaa … aku duduk dan pangku dia .. makan tetap makan ! Aku letak atas tilam , menjerit dia ! Tamooo .. nak dukung gak.. Adehhh …

Patutlah banyak ibu ibu kurus walaupun beranak pinak.. Tapi bila anak anak dah besar panjang , berubah terus bentuk badan.. Dah boleh makan dengan tenang ..siap tambah lagi.. kan ? Hahahaha ..

10 ulasan:

  1. sedapnya kari kambing.. terliur sya..ank2 time kecik mcm tu lah abg ben..baru nak makan, dia dah panggil..sama la kita..

    BalasPadam
  2. hhahaa..
    zahra nak makan skali tue.
    kuat sgt bau kari kambing tu sampai terjaga

    BalasPadam
  3. Haha! Zarra langsung tak kasi can daddy nak memanjakan tembolok..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  4. Hahahaa sabar jelah. Yang penting muka Zahra sangat cute! Comel!

    BalasPadam
  5. betol tu . my mum pon cakap macam tu . bizi dengan anak, nak banding dengan bizi kerja lain .

    BalasPadam
  6. betul tu a.ben...ibu2 yang ada anak ramai plus tak da maid memang akan maintain jer badan...hihihi...itu la rahsia badan slim mlim....x payah diet sakan...hahhahah...salam perkenalan...

    BalasPadam
  7. Dah lama tak makan kari kambing... Teringin pulak bila bro buka cerita nie ^_^

    BalasPadam
  8. amboiii pas anak besar berisi ye...hahaa

    BalasPadam
  9. Hahaha..a'alah.bila anak dh besar skit baru lah bole.makan nasi dengan aman.kalau tak.ada je gangguan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009