Bila Qhaliff bermanja !

 

Badan dia panas tapi tak demam. Macam nak demam tapi tak demam .. Hurmm.. Kelmarin , bawak jenjalan sambil cari makan.. Terhenti di Mr.Kebab & Briyani. Teringin nak makan dan Qhaliff leh bermain dalam tu.. Pastu hilang panas dah badan dia bila dia berpeluh.

Malam ni , dia panas balik.. Aku bawak dia jenjalan.. Bila  keluar rumah , dia ok ! Hahahaha .. kena virus ‘ wajib keluar rumah hari hari ‘ la ni ??

 

Sampai kedai mamak tu , aku letak dia atas kerusi. Dia tak nak .. Terus duduk atas pangkuan aku. Pastu air milo ais kurang manis sampai .. dia kemam ais jer.. Air tu , aku minum.. Kurang nak minum sangat .. mungkin tak sedap mulut.. Huhuh..

Mee goreng kambing sampai , roti planta siap dibungkus .. balik .. makan beramai ramai ! Dan dia , kembali ceria walaupun di rumah , dia ceria.. Dapat keluar kejap pon jadi la.. Hahahaha .. Psst , ni perangai mak dia ! Hahahaha …

2 ulasan:

  1. Betoi tu, anak-anak ni cepat bosan duk dalam rumah, dapat keluar sekejap pun jadi la...terus ceria.

    BalasPadam
  2. Ben, alamatnya sampai besar la Qaliff akan ajak family dia megteh kat mamak macam pcl lah dah jadi sekarang ni...tapi best !

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.