Bilakah usia sebenar bayi boleh mula makan ?

by - Rabu, Oktober 15, 2014

 

Wife kata , tunggu cukup 6 bulan baru ok.. Logiknya kasi organ dalam kuat dulu.. Yeke ??? Ada parents dah mula bagi bayi mereka makan.. Kesian sebab tengok baby terliur.. Benarkah mereka terliur ??

Dan tadi , ada sahabat blogger tinggalkan komen di satu status aku.. Menurutnya pendapat bayi perlu lebih 6 bulan baru boleh makan tu adalah mitos jer .. Makin menarik pulak pendapat rakan rakan ni..

Seperti biasa , aku google je la.. Cari infomasi mengenai isu ni.. Hurmm .. Dan jawapannya ..

“ Terdapat banyak kekeliruan tentang bilakah selamat untuk memperkenalkan sesuatu makanan untuk bayi. Ibu yang mula memperkenalkan pepejal awal kepada bayi mereka sering mendengar rayuan menderu-deru "telur tak boleh, kacang tak boleh, buah sitrus tak boleh, gandum tak boleh, kismis tak boleh, kiwi tak boleh", dan senarai pantang larang ini kian bertambah. Kadang-kala nasihat yang diberikan khusus untuk bayi yang mempunyai kesulitan tertentu, contohnya, bayi dari keluarga yang mempunyai sejarah alergi yang ketara, langsung diterima dan digunapakai untuk semua bayi.

Jika keluarga anda menghidapi penyakit asma,ekzema atau alergi makanan, adalah baik jika anda berbincang dengan doktor keluarga untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu mengelakkan makanan tertentu untuk masa yang lebih panjang.

Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan selama enam bulan. Bacalah artikel kami tentang memperkenalkan pepejal untuk maklumat lanjut.

Jika anda memilih untuk memperkenalkan pepejal lebih awal dari enam bulan setelah berbincang dengan doktor anda, ada sebilangan makanan yang anda patut elak sebelum usia enam bulan. Bacalah artikel di sini untuk maklumat tepat supaya boleh membezakan antara fakta dan dongeng. “ – BabyCenter

Maka , dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu..

You May Also Like

19 comments

  1. Ash start makan pada usia 6 bulan ngam2 ...hu hu hu...

    BalasPadam
  2. saya lebih suka mendengar apa yang disarankan doktor
    tak mahu ambil risiko =)

    BalasPadam
  3. xnk amik risiko...tggula 6bulan bru bg..

    BalasPadam
  4. better 6 bulan. lagi2 klu bayi tu menyusu ibu sepenuhnya. yang pasal rules pemakanan pula kita boleh ikut. ada baiknya. tp klu tak mampu nak ikut tak pe. klu sy, ikut. sbb anak memang mudah elergic. nak thu, kena try 1 per1

    BalasPadam
  5. Zara Faleesya pun start makan pada umur 6 bulan..

    BalasPadam
  6. Saya pun lebih prefer ikut nasihat doktor. As a mother, memang la kita seronok bagi anak makan...lagi2 la bila anak excited tengok kita makan...tangan kecik duk gapai2 nak grab bila kita riba depa time makan...

    But as a mother too, kita kena hati2 dan aware dengan 'do' and 'don't' for babies ni...perut baby lembut lagi...

    Ada reason kenapa doktor sarankan supaya kita start bagi baby makan masa depa 6 bulan...

    BalasPadam
  7. Paling bagus start kat 6bulan. Sebelum tu digestive system tgh develop. Usus belum bersedia untuk mencerna makanan solid sebab enzim xde. Yang saya belajar, nak selamat after 4-6 months old. :D

    BalasPadam
  8. kat klinik, hospital pun terpampang tak boleh bagi bayi bawah enam bulan makanan pepejal tanpa nasihat dari doktor.. kalau mitos tepuk dada tanya selera. masing2 anak.. masing2 risiko tanggung sendiri. sapa nak bagi.. terpulang tapi kalau saya saya pilih untuk tidak ambil risiko. Lagipun anak saya dulu masih boleh kenyang dengan susu kenapa saya perlu ambil risiko bagi dia makanan pepejal dalam usia bawah 6 bulan

    BalasPadam
  9. Anak sy makan masa 4 bulan.. tu pon puree buah sahaja.. atas nasihat paed..

    BalasPadam
  10. Akiff start mkn pun umur 6 bln...

    BalasPadam
  11. anak sulung sy dlm bbrapa minggu mak mentua kasi makan bubur tepung. tak larat dengar, melalak aje. Skang dah 16 tahun umurnya.

    BalasPadam
  12. Kasi finger food kat baby.kalau dia masuk mulut, maknanya dia dah sedia utk makan.biasanya dalam 4-6 bulan.itu la dia baby led weaning.

    BalasPadam
  13. Anak saya start makan masa umo 4 bulan.saya bagi dia puree kurma..it depends pada anak.seawal umur berapa dia dah tunjuk signal untuk makan.

    BalasPadam
  14. Memang betul, apa pun kena refer pada doktor

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  15. Nasihat daripada pakar memainkan peranan penting... =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. pernah tengok ibu-ibu dengan bangganya bagi anak makan nestum seawal 3 hari!

    wow!

    mungkin ibu tu tak merasa apa yang saya rasa. menghadap anak yang kena GA akibat masalah usus pada usia 3 bulan, bukan sebab beri makan, tapi sebab kebodohan saya beri susu formula je pun...

    sebaik-baiknya, berilah susu badan. tak mampu cari ibu susuan. dan tak salah kalau lewatkan pengenalan kepada makanan pejal.

    Perkongsian Mama Hebat

    BalasPadam
  17. seeloknya bagi cukup 6bulan baru bagi mkn.sblm 6 bulan perut die lum cukup kuat nk terima mknan lagi.6 bulan pun suruh bagi mknan dlm bntuk puree..dh bnyk kes, bile bayi diberi mkn sebelum 6bulan..perut xdpt nk hadam, usus pecah,.so seeloknya lagi bgus biar die dpt khasiat susu ibu dlm ms 6bulan tu.if susu formula pun disarankan 6bulan awal adalah susu ibu..

    BalasPadam
  18. Dua-dua anak akak pun 6 bulan baru bagi makan, tak ingat jenama apa tapi yg dlm kotak bancuhan dgn air panas/suam dari beras.Susu badan sampai 2 tahun ++

    BalasPadam
  19. Biasanya yang bagi makan awal tu.. mesti nenek yang bagi... kalau mak bby mesti ikut saranan doktor..

    BalasPadam