Bugaboo Bee 3 untuk Zahra .. dan Qhaliff !

by - Jumaat, Oktober 17, 2014

 

Satu stroller , kongsi dua ! Ok la tu kan ? Qhaliff bukan nak duduk sangat.. Walaupun dia selesa , tapi dia lebih gemar berlari sana sini sambil dikejar ayahnya. Bila penat baru nak duduk kembali dalam tu..

Keutamaan adalah pada Zahra.. Bila dia duduk dalam ni jer , confirm dia akan lena ! Suka benar dia tidur dalam ni.. Fabrik dia mmg lembut. Boleh dibasuh lagi kalau kotor.. Nasib baik amik warna yang terang dan gelap.. Macam warna lebah kan.. Sebab tu panggil Bee In The City kot ? Tapi tak juga sebab ada macam macam color lagi.. Cantik cantik semua !

Ok .. sebelum ni aku guna satu lagi stroller yang berjenama dikenali ramai .. Tapi sizenya yang besar dan .. hurm… mmg padat terus kat belakang bonet tu buatkan macam perlukan stroller yang lebih kecil tetapi selesa ! Dan Bugaboo Bee 3 adalah pilihan paling tepat , setakat ni !

Setelah digunakan 2 minggu lamanya.. aku mmg puashati laa.. Dari segi nak kemudi stroller ni.. tayarnya yang fleksible tanpa ada masalah buatlah aku nak guna 24 jam je stroller ni.. hehehe..

Cuma satu je masalah.. Walaupun tak besar mana tapi aku rasa kalau boleh didesign dengan lebih mudah disimpan agar ruang bonet lebih punya ruang .. tu lagi bagus !

Kalau ditegakkan , mungkin lebih ok .. berbanding baringkan gini ..

Cara begini tapi agak panjang ke depan ..Nasib baik aku guna mpv.. jadi ada ruang.. Kalau Myvi macam dulu tu ? Huhuhuh.. Mau pikir 3-4 kali gak kan ?

Kelebihan yang aku suka selain mudah nak kendali ? Ahaaa.. Mudah nak buka dan juga nak simpan ! Selain dari tu , tempat duduknya yang boleh ubah suai ke 3 posisi dari menegak ke baring dan juga tempat punggung boleh diubah juga sebanyak 3 kali dari pendek ke panjang juga membuatkan si pemakai rasa selesa sangat !

Kedua dua video tu boleh ditonton di Facebook aku.. Dah upload kat sana .. Senang nak tengok kawan kawan komen.. Hehehe .. Klik PART 1 dan PART 2 ni kalau nak tonton..

Harga ? Hehehehe.. Boleh je gi ke Mothercare mana mana cawangan. Pastu , leh deal kat sana .. Cara pembayaran dan yang penting jaminan yang ditawarkan ! Kalau anak pertama tu , boleh turun ke anak ke dua dan ketiga.. Haaa.. Berbaloi la gak kan ?

Kalau tak mampu tu , jangan paksa diri la.. kan kan ? Keseluruhan , aku berpuashati guna Bugaboo Bee 3 ni.. heee..

You May Also Like

2 comments

  1. Sy pulak prefer babyzen yoyo. compact and senang bawak travel :) boleh check kat YouTube :D

    http://youtu.be/taBPxDUDWNE

    BalasPadam
  2. ekeke... cam sama jer sarat ngan kete saya... Pada hal dah abih "tapis' dah bebarangnya tuh.. tapi....

    http://supernifzvitamin.com/

    BalasPadam