Dengki Che Ta dapat tajaan hospital ?

by - Isnin, Oktober 20, 2014

 

Gambar Media Hiburan

 

Masa mula aku dengar berita ni , aku tersenyum. Pasti akan meletup punya la isu ni ! Dan tentu sekali Hospital Ampang Puteri akan sengih jer.. Nama hospital tu akan jadi sebutan .. Yer , strategi menjadi !

Dari bagi kat dia , baik bagi orang yang lebih memerlukan ! Kan kan ? Huhu.. Tu kata ‘orang lain ‘ la.. Kata aku berbeza lak .. Kalau pihak hospital nak panggil dia dan bayar dia utk promosikan Hopital Ampang Puteri tu , confirm la makan puluhan ribu kan ? Dari bayar dia , baik taja je dia beranak kat situ.. Lebih kurang gak kan ?

Bagi aku semua ni cumalah strategi pemasaran. Tak lebih dari tu.. Manakala soal ‘baik bagi kat orang lebih memerlukan ‘ , mana tau pihak hospital dah pun laksanakan tanggungjawab sosial mereka pada orang awam.. Kan ? Cuma kita je tak tau.. Kang bagi tau , kata riak.. tak ikhlas.. dan sebagainya ..

Saranan NGO pada pihak Hospital supaya tarik balik tajaan tu.. bagi aku mengarut je la ! Banyak lagi menda boleh NGO amik berat kat Malaysia ni.. Yang nak kalut sangat kat Che Ta ni nape ? Adehh.. Dia nak beranak je pon .. Bukan nak beranak atas katil emas , cadar sutera atau live di tv ! Aisyhh..

Aku bukanlah peminat dia tapi aku tau la konsep ni sebab aku blogger ! Aku pun dapat gak tajaan cam home teater , telefon pintar dan sebagainya.. Nak tak nak , kena la war warkan.. Salah satu dari perjanjian kerjasama !

Kalau korang dapat sponsor camana ? Nak kata tak pe la.. bagi pada yang memerlukan walhal dah tau tu periuk nasi kita … Part amal jariah tu , biarlah kita dan Tuhan je tahu.. Part kerja , kerja betul betul.. Tak yah la dok kalut dengan orang walhal muka sendiri penuh dengan contengan ..

You May Also Like

10 comments

  1. Bagi sesiapa yang belajar bidang pemasaran pasti setuju dengan strategi hospital ini. Hospital swasta perlu juga promosi untuk menarik ramai pelanggan kerana sekarang terlalu banyak persainagn. Kita tak perlu bising sebab itu juga rezeki untuk anak Che Ta. Berdoa untuk kebaikan.

    BalasPadam
  2. yehuu... ulasan yg ku nanti2kan dari bro slepas rmai yang dok komen kat status fb bro.. ehehe..

    nice

    BalasPadam
  3. ab ben, ampang puteri nak naik balik imej hosp tu yg dah tercemar. nampak je gah dari luar tp servis hampeh.. boleh baca review saya kat sini,

    http://amerislovely.blogspot.com/search/label/Ampang%20Puteri%20Hospital

    BalasPadam
  4. baca link sini.

    http://amerislovely.blogspot.com/2012/07/review-ampang-puteri-service-hospital.html

    BalasPadam
  5. saya setuju! rezeki dia kan. kalau bagi kat kita apa2 tajaan, mesti kita sapu semua jgk kannnnnn

    BalasPadam
  6. Akhirnya ada jugak tulisan bro berkenaan hal ni..Tqvm. Betul tu, pada saya biarlah tu rezeki dia..Ni memang lebih kepada strategi pemasaran, orang kita ni dok kalut lebih..Mungkin hospital tu dah banyak buat aktiviti kemanusiaan kita tak tau tapi sebab che ta ni selebriti tu pasal orang kecoh..Tu rezeki dia n anak, biarlah..

    BalasPadam
  7. Setuju dgnBen.
    Bab servis mmg mana2 hospital n klinik pun ada kekurangannya... Ampang Puteri mmg slh 1 hospital yg banyak songel n pilih bulu... even kita panel.

    Tapi bab dia nk taja sesape pun biarlah... Tu dah rezki mereka... Servis down mmg kna upkan. Mcm manusia biasa gakla... buat silap segera minta maaf... Nobody is perfect... Dah2...tak yah pening2 fikir hal ni. Perbaiki mutu dan tahap preatasi krja kita sendiri lg baik :)

    BalasPadam