Hypetension !

 

Pandang 2 orang anak aku ni , memang bikin stress hilang !

Malam tadi , aku bantai tidur awal ! Terlalu penat.. terlalu mengantuk dan terlalu stress ! Hurmm… Subuh , wife kejut.. Terasa segar sangat ! Segala penat seminggu .. hilang ! Sememangnya aku perlukan rehat begini rupanya !

Sebelum tu.. aku baca mesej whatsapp dari seorang rakan.. Dalam tu menceritakan nasib seorang guru yang koma akhirnya meninggal dunia gara gara hypertension . Sama umur dengan aku !

Pagi tadi.. wife bagitau aku yang dia malas sangat nak gi kerja. Rasa stress dan penat .. Aku suruh je dia amik cuti. Wat pe nak gi kerja dengan perasaan tertekan ? Kita jugak yang sakit nanti ! Bila sakit , berapa kerat menteri atau KSU mai turut lawat anak buah dia ??

Kadang kadang , kita ni terlupa dah .. mana yang penting dan mana yang patut diutamakan ! Ada ura ura tempoh pencen hingga umur 70 tahun ! Apakah sampai umur gitu baru nak bersara dan tumpu pada anak cucu ?

Tak masuk akal kalau hidup semata mata nak kerja sampai ke tua ! Hurmm..

11 ulasan:

  1. kalau pencen umur 70 tahun.. kerja sampai mati la.. nak merasa duit pencen tu agak tipis. Tak sempat pencen ajal sampai dulu

    BalasPadam
  2. kerja memang takkan habis, kerja2 jugak ye tak? tapi life jangan dilupakan... hu hu hu...

    BalasPadam
  3. sebab tu saya tetap pilih pencen awal walaupun sekarang leh pencen masa umur 60 tahun..... biarlah tempoh yang ada tu digunakan untuk cari balik apa yang hilang dalam hidup selama kita bekerja nih....

    BalasPadam
  4. kesian ur friend. semoga rohnye ditempatkan di kalangan org2 yg diberkatiNYA. hopefully the family is managing well.
    btw, hypertension is medical term for high blood pressure. stress boleh contribute to getting hypertension, and seterusnye increased risks of getting stroke, heart disease, kidney failure, bleeding in the brain, dan banyak lagi.
    so, do take care everyone.

    yg ikhlas memberi nasihat skema:
    doc jauh di perantauan.

    BalasPadam
  5. Kdg2 kita ni kurang bg badan rehat..bila dapat rehat secukupnya rasa mcm dpt bateri baru:)

    BalasPadam
  6. semakin hari, manusia semakin tertekan. aduh! dunia hari ni...

    syikinmaarop.blogspot.com

    BalasPadam
  7. pencen 70 tahun!!! nak mengabiskan 56 tahun inipun dah terasa berat....

    BalasPadam
  8. Kalau umur 70 baru nak bersara, anak2 muda lagi susah nak dpt kerja. hmmm

    BalasPadam
  9. assalam abg ben...

    pasal guru yg meninggal tu bkn sbb hypertension...dia guru anak saya yg umur 12thn dan saya kenal guru tu..selalu contact dia tanya psl pelajaran ank...org klate...dari guru² lain sy dapt tahu dia mmg tak sihat dari pagi..mas dia tgh rehat kat bilik operasi tiba² dia tak sedar...xde jatuh xde mulut berbuih² tu.dah tokok tambah..apa² pun alfatihah...

    (maaf panggil abang walaupun ank sulung dah 12 thn tp umur saya baru 34 :))

    BalasPadam
  10. Habis la peluang anak muda nak bekerja... Dah la terpaksa bersaing dengan warga asing

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI