Kalau blogger macam aku dikenakan GST !

by - Khamis, Oktober 30, 2014

 

Pendapatan sebulan aku berapa ??? Ada tak nampak aku tayang duit atau pendapatan aku  kat blog atau Facebook ? Takde kan ?? Jadi aku tak la masyukkkkk !

Namun begitu ,  Alhamdulillah .. Aku berjaya langsaikan hutang piutang aku setiap bulan dengan hasil dari blog ! Hurm.. Masih boleh bernafas la jugak pastu ..

Tapi kalau lepas ni blogger macam aku ni pon nak dikenakan GST , nampak gayanya terpaksa la aku pikirkan perancangan lain untuk mencari rezeki.. Yelah , nak dapatkan RM1 dari blog bukanlah semudah ABC ! Tau tau nak kena GST lak.. Dah tetiba macam cukai yg dipungut dek orang orang penghulu di zaman filem P.Ramlee.. Padahal sekarang ni pon apa saja yang aku buat , dalam tu dah terpampang cukai sana sini ! Kalau sampai pendapatan tak seberapa ni pon nak dikenakan GST , rasanya .. hurmm..

Yelah , aku tau laa … Niat kerajaan bagussss ! Nak setarafkan semuaaaa ! Tapi apakah benar benar setaraf ??? Hurmmm… Setaraf ke ? Sekarang ni pon , kalau gi beli barang dapur ..bawak RM100 dapat apa la sangat ! Takkan nak suruh gi cari kedai 1 Malaysia kot ? Nak gi naik apa ? Basikal ? Nak kena guna kereta gak kan ? Pi mai pi mai tang tu gakkk !

Print screen yg aku dapat dari group Whatsapp ni buat aku pun kembali berfikir .. Kalaulah GST yang dikenakan pada blogger ni membuatkan aku rasa tak berbaloi berblog , maka aku pon akan tutup blog dan … hurmm .. Cari kerja ? Hahahhaa.. Sama je kan ? Tetap kena bayar GST !

Tertanya gak la aku ni .. Aku ni hidup mmg untuk tolong bayar hutang kerajaan yang mana tak patut ada langsung hutang piutang tu !

Aku harap pasni  , dengan adanya GST ni segala insfrastruktur dapat diperbaiki seperti internet percuma di mana mana saja .. masuk  tandas percuma dan pastikan bersih sebab rakyat bayar GST setiap saat ,  tol dihapuskan sebab GST dah boleh cover .. Apa lagi eh.. Haaa… Hutang PTPTN takde bunga .. berapa pinjam , bayar yang tu jer ! Janji bayar kan ? Yelah , GST ni tak kira umur dah kena bayar.. Beli puting botol pon mesti ada GST kan ?

Hurmm… Apakah aku tak faham tujuan GST atau ? Hehehehe.. Sendiri mau ingat laaa .. Apa pilihan kita ? Kita memilih untuk bersuara dalam hati je kan ? Atau jadi keyboard warrior ? Huhuhu.. Tu je kita mampu selain berdoa pada Allah ..

Entah laaa.. Apa laaa nasib anak cucu aku nanti ! Sekarang ni pon duit syiling dah tak berbunyi.. entah zaman mereka , duit syiling pon entahkan wujud , entah kan tidak ? Segalan guna sekeping kad .. Situlah tunai , situlah hutang ! Huhuhuh…

You May Also Like

7 comments

  1. hurm..time pakai kad tu mmg xdak dah amalan menabung kot..tetttttt

    BalasPadam
  2. kalau setakat tapak iklan kecilan pun kena ke?emm..

    BalasPadam
  3. mr ben, GST ni..dia ada konsep input tax n output tax..

    sesetengah boleh claim dan adanya tak boleh..cer mr ben tanya dari kastam sendiri.

    BalasPadam
  4. Sepatutnya kadar keuntungan setiap projek kerajaan kepada kroni dikurangkan terlebih dahulu. Ni blogger pun jadi mangsa..

    BalasPadam
  5. Gst kat blogger memang sangat tak patut...

    BalasPadam
  6. gst mmg x patut diwujudkan...bkn shj utk blog atau peniagaan online. konon2 daftar SKMM dpt benteras pnipuan internet....konon2

    BalasPadam
  7. Jangan risau.. arahan tu lebih menjurus kepada blog/website jual beli. Web peribadi..setakat dpt income dr iklan x terlibat.. Fahami GST.. Boleh rujuk website kastam..atau pergi ke pejabat kastam berdekatan utk maklumat sahih..

    BalasPadam