Kelebihan bila hantar kereta ke pusat servis !

by - Jumaat, Oktober 24, 2014

 

Hari ni hantar lagi kereta aku ke Pusat Servis Tan Chong. Terlebih 5 ribu km ! Huhhuh.. Terlajak 1 ribu lebih.. Hurm.. takde masa nak hantar kereta walaupun dah buat temujanji..

Seperkara aku suka hantar ke Tan Chong ni , mereka akan periksa badan kereta terlebih dahulu untuk elakkan isu seperti calar , kemek atau kecurian..

Selepas cek tu , diorang suruh tunggu dalam tu atau balik je.. Tempat tunggu atau lounge dia mmg ok la bagi aku. Cuma wifi je payah nak detect.. Hurm..

Kemudian , staff yang berurusan dengan kita tu akan bagi khidmat nasihat apa yang perlu tukar atau servis apa yang akan dilakukan.. Dan hari ni punya servis , aku kena hampir RM400++ . Terkedu gak aku.. huhuuh..

Ok je laa.. Asal kereta ok , takde masalah .. Aku angguk je laa.. Naik atas , lepak.. layan movie I Frankenstein.. Best gak citer ni rupanya… Hurm.. cuma unsur mengarut tu banyak la.. hahaha ..

Tak lama kemudian , dapat call .. Staff tadi call bagitau ada part kena tukar ! Brake dah haus.. kena tukar dan barangnya berharga RM280 .. tambah caj upah , RM30.. Huhuhuh.. Aku ‘ha’ je laaa.. Dalam hati , perghhhhhhhhh !! RM700++ kooo.. Tak pe la.. asal kereta dalam keadaan ok , selamat untuk digunakan .. Dah ! Kan ?

Dalam kul 12 lebih , kereta siap.. Aku pun bayar dan diorang bagi kereta.. Aku pun balik ke rumah mak aku.. Dalam perjalanan , aku perasan kat cermin depan ada semacam retak.. Aku berhenti di tepi jalan..

Hurmm.. Sah ! Aku call Tan Chong balik dan bagitau masalah tu.. Bagitau cermin retak..  Operator akan call balik aku .. Dia nak rujuk pada staff yang uruskan aku tadi .. Aku , ha’kan je lagi..

Dan aku dapat panggil telefon dari Tan Chong tak lama kemudian. Diorang mintak aku gi balik untuk amik report..  Aku cerita banyak tarak.. terus je gi.. Sampai je sana , diorang terus amik gambar dan berjanji akan uruskan secepat mungkin.

Selesai , aku balik terus rumah.. Baru je nak duduk.. diorang call. Mintak aku gi balik untuk uruskan hal tu minggu depan.. Alhamdulillah..

Walaupun Tan Chong kenakan servis mahal tapi kalau ada masalah , diorang cepat buat kerja. Ni kali kedua la kena kat aku.. Ari tu minyak itam ada bocor .. diorang terus tukar sebab ada warranty..

Nasihat , kalau kereta masih dalam jaminan.. jangan gatal gatal gi buat bengkel luar !

You May Also Like

5 comments

  1. ini pun tak hantar servis lagi ni kereta ni...hu hu hu, nak kena hantar jugak ni...dah terlebih km jugak ni...

    BalasPadam
  2. byar lebih xpa.. jnji keta selamat digunakan

    BalasPadam
  3. Betull... Kalau masih dlm warranty mmg kna guna bengkel dan pusat servis... Rugi tu kalau g bengkel luar ..

    BalasPadam