Makan tengahari di Mr.Kebab & Briyani

by - Khamis, Oktober 02, 2014

 

Burger cheese lamb dia ! Sedap gak walaupun kering .. Hehehee.. Selain burger , nasi serta pizza dia mmg menawan tekak aku.. Aku tak tau la orang lain punya tekak.. Lain orang lain tekaknya.. Bagi aku , sini mmg menepati selera aku di kala tak tau nak makan apa ! Hahahaha …

Harga ? Standard Putrajaya laaa bangg oiii ! Mana nak murah.. Sewa kedai saja dah berapa.. Tapi tak la tahap cekik darah sebab ramai je orang datang makan sini..

Pekerja dia pon takde la poyo atau kerek semacam.. Mesra je terutama dengan budak budak.. Qhaliff yang lari sana sini , ketuk aquarium ikan pon diorang masih senyum dan bergurau dengan dia .. Kalau tempat lain , rasanya kena jeling dah ..

Yang bagusnya , tempat ni menyediakan ruang untuk kanak kanak bermain ! Haaa.. Cuma kena perbaiki sikit la.. maklumlah , ramai dah budak dok main dalam tu ..

Mr. Kebab & Briyani ni terletak di Presint Diplomatik, Putrajaya. Nun kat belakang yang dekat ngan Imigresen tu haa… Syok sesekali datang lepak sini beramai ramai ..

You May Also Like

4 comments