Persiakan masa ?

by - Khamis, Oktober 30, 2014

 

Hurm.. Jam 4 pagi ! Aku masih tak dapat tidur. Yang lain , jam 12 tengah malam dah lena termasuk Qhaliff yang selama ni suka tidur lewat. Tapi malam ni dia tidur awal sebab terlalu penat seharian bermain.

Tiba-tiba teringat , Qhaliff.. Dia sering ajak aku bermain bola dalam rumah. Hurm.. saat tu aku dok ngadap laptop. Aku mmg tinggalkan laptop dan bermain dengan dia sekejap. Tapi terpaksa berhenti bermain sebab dia terlalu suka hingga ganggu adik dia yang sedang tidur. Kesian dia .. Hurmmm.. kesian sungguh..

Hurm.. serba salah sering menjelma dalam diri ! Bukan mudah tugas aku. Mencari duit dan pada masa sama menjaga anak ! Kadang kadang rasa bersalah di kala Qhaliff ajak bermain dan aku terpaksa siapkan kerja ..tak kira siang dan malam ! Hurmm.. sedih !

Kalaulah aku boleh tutup laptop ni dan layan dia setiap hari … Tak perlu sibuk cari duit dan tumpukan perhatian pada dia dan Zahra ! Tapi tak boleh.. Keadaan kehidupan di negara kita makin mencabar ! Setiap langkah memerlukan duit ! Takde yang percuma dah sekarang ni ..

Bayangkan tak lama lagi dia akan masuk taska.. Mesti kena hantar dia untuk dapatkan pengalaman sebelum berada di sekolah rendah ! Dia perlu bergaul dengan rakan rakan lain untuk elakkan dia ketinggalan ..

Sekarang aku rasa apa yang bapak aku rasa ..hurmm .. Siang dia bawak bas sekolah.. malam dia bawak teksi ! Alasan dia ,  “ Kalau aku tak buat cam ni .. camna hampa semua nak sekolah ?  “.

You May Also Like

5 comments

  1. zaman setiap gerakkan itu perlu di bayar even hanya hujung jari.. pening jugak la bagi kami yg sumber pendapatan hanya tertumpu pada seorang jer. Moga Allah sentiasa cukuplah rezeki untuk kita semua..

    BalasPadam
  2. disiplin paling penting bg saya,
    ada disiplin semua masa kita boleh handle,
    takde disiplin mmg susah nak bahagikan masa.
    comel sungguh budak 2 orang ni senyum.

    BalasPadam
  3. comel sggh amanah Allah berdua ni...

    BalasPadam
  4. Semoga Allah memberikan En. Ben ketabahan hati , kekuatan iman serta sihat tubuh badan agar dpt melaksanakan tugasan harian dengan baik. Aaminn...

    BalasPadam