The Purge : Anarchy

 

Hurm.. tengok kat handphone je tadi.. Tu pon selepas kawan bagitau cerita ni kejam banget dan dia kata DIBENARKAN MEMBUNUH DALAM MASA BEBERAPA JAM !

Aku pernah terfikir sewaktu kecik dulu. Geram kat seseorang ! Kan bagus dunia ni ada undang undang bunuh orang dalam masa satu hari ! Haaaaa.. Aku nak bunuh orang yang sakitkan hati aku !!

Tu ketika tu.. Dosa pahala , aku tak tau.. Sekarang ? Kita serahkan aja pada Allah. Jangan memandai mandai buat undang undang sendiri ! Kan kan ?

Cerita ni , mmg menakutkan aku. Agenda utama dia adalah untuk mengimbangkan dunia.Teringat aku pada perancangan Illuminati yang aku tonton di Youtube baru baru ni mengenai EBOLA yang dikatakan juga salah satu perancangan mereka ! Apakah perancangan mereka ? Nak jadikan penduduk dunia hingga 500 juta sahaja !

Filem filem yang aku nampak la kan .. macam zombie yang baru baru ni.. Banyak melibatkan penularan virus virus maut yang mampu jangkit kepada orang lain ! Pastu yang ni..

Ok la.. mmg nampak mengarut ! Tapi biasanya yang mengarut tu la jadi kenyataan kan ?

Dalam filem ni , kerajaan USA membenarkan rakyatnya membunuh sesama sendiri dalam tempoh masa beberapa jam .. Dan ianya dikira ‘halal’ ! Dan mangsanya adalah , orang orang miskin atau kelas bawahan. Yang berduit , seperti biasa jadi penonton !

Aku mengarut ? Hehehe.. mungkin la kot .. banyak sangat tengok wayang.. Lalalala.. sekurangnya , aku nak gak berfikir dari main telan terus kan ? Apakah mereka buat film sekadar suka suka atau nak dapatkan keuntungan ? Fikir la sendiri..

Wallahualam..

2 ulasan:

  1. Uish..menakutkan pula cerita bunuh2 ni..dah lama x p cinema

    BalasPadam
  2. kita dh tgk cite ni abg ben. walau dh biasa tgk darah, operation pun..tapi ni kejam gila kot ! serius memang mental laa cite ni..xkuat jgn tgk la huhuhu :(

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009